Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Benarkah Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura

Sehari dua ni pemakan dedak yang semakin terdesak mula menyebarkan cerita konon nya Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura untuk pembinaan empangan bagi membekalkan air ke negara tersebut. Dan konon nya keluasan tanah tersebut dua kali ganda berbanding tanah Forest City yang Najib jual ke China. FAKTA SEBENAR. Pada tahun 1990 Tun membuat PERJANJIAN TAMBAHAN kepada perjanjian air Malaysia - Singapura 1962. Dan perjanjian kali ini memberi BANYAK KELEBIHAN kepada Malaysia berbanding perjanjian sebelum nya yang lebih memihak kepada Singapura. Intipati perjanjian: Kerajaan Malaysia MENYEWAKAN tanah seluas 24 ribu hektar kepada kerajaan Singapura bagi negara tersebut membina empangan di Sungai Linggui Johor. Empangan yang siap di bina pada tahun 1993 dan di kendalikan oleh Syarikat Air Singapura sehingga tempoh perjanjian asal tamat pada tahun 2060. Antara terma dan syarat yang di tetapkan ke atas Singapura 1. Kerajaan Singapura membayar PREMIUM TAHUNA

Hishamudin Badut Tak Tau Tugas Menteri Pertahanan

YB Menteri Pertahanan, kalau kabinet masih belum bincang isu Baitulmaqadis, kenapa Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dah buat pengumuman untuk hantar ATM ke Baitulmaqadis? Baru2 ini Hishammudin telah mencabar seolah2 mahu berperang dengan Israel dengan bercadang untuk menghantar ATM ke Baitulmaqadis. Dengan kenyataan Hishammudin itu, Malaysia muncul sebagai negara pertama yang berani untuk mengerahkan bala tenteranya untuk berkemungkinan bertempur dengan pihak yahudi selepas president Trump mengumumkan untuk memindahkan kedutaan  Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baltulmaqadis. Kenyataan Hishammudin dilihat sungguh berani  kerana malaysia lah negara pertama yang mengatakan Tenteranya hanya menunggu arahan dari Yang Di Pertuan Agong sahaja untuk dikerahkan. Hishammudin bercakap seolah2 malaysia lebih hebat dari Negara Turki Yang mempunyai Angkatan Tentera kedua terbesar dalam NATO dan ke14 terkuat di dunia. Saya tidak tahu apa sebenarnya Hishammudin nak buktikan kepada parti UM

Kehujahan Hadith yang Tiada dalam Kitab : Satu Perbincangan" - Dr Rozaimi Ramle jawab Syeikh Nuruddin Banjari

  Berikut adalah respon balas rasmi Dr Rozaimi Ramle terhadap syarat-syarat yang dikemukakan oleh Syeikh Nuruddin Banjari terhadap isu diskusi diantara mereka berdua.  Setelah mengulas dan menyatakan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Syeikh Nuruddin Banjari itu tidak adil terhadapnya kerana dianggap berat sebelah, Dr Rozaimi telah mencadangakan syarat-syarat yang lebih mudah dan adil untuk kedua belah pihak berdiskusi seperti berikut :  Saya telah pun menerima respon Syeikh Nuruddin Banjari tentang isu diskusi yang ingin dianjurkan oleh jabatan agama sebuah negeri. Saya mengalu-alukan kesediaan beliau untuk berdiskusi. Namun syarat yang beliau letakkan itu bagi saya adalah syarat untuk melihat diskusi ini tidak berlaku. Berikut adalah komentar saya:  1. Beliau mensyaratkan untuk memanggil kesemua tokoh Wahabi di Malaysia dan beliau akan membawa bersama 5 atau 6 orang lain. Tuan Syeikh, kita akan anjurkan diskusi berformat. Terlalu ramai panelis akan menyebabkan diskusi ti

Bangsa Rom menurut al-Quran dan hadis

Rom adalah suatu bangsa yang  kewujudannya dijelaskan dalam al-Quran dan hadis. Sejarah membuktikan sebelum kelahiran nabi Muhamad s.a.w. Rom dan Parsi mendominasi tamadun manusia pada ketika itu. Ketika Rom dikalahkan oleh Parsi umat Islam berdukacita. Namun selepas Rom mengalahkan Parsi beberapa tahun selepas itu umat Islam bergembira. Al-Quran telah mengabadikan peristiwa ini dalam surah al-Rum (  الروم ). Ia menjadi isyarat bahawa Rom adalah suatu bangsa yang perlu diberi perhatian dari sudut kekuatan dan beberapa kelebihan yang ada pada mereka. Allah berfirman : الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)  بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5) Maksudnya : “ Alif  Laam Miim  (1) Telah dikalahkan bangsa Rum  ( 2 ) Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah kekalahan itu akan men

Dr Mahathir akan fail semakan kehakiman berhubung laporan RCI forex

Dr Mahathir Mohamad memberikan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal urus niaga mata wang Bank Negara Malaysia tempoh sehingga Jumaat untuk menghentikan edaran laporannya. DR Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dagangan mata wang asing agar menghentikan pengedaran penemuannya atau bekas perdana menteri itu akan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menyekat laporan itu. "Kami bercadang menulis kepada Sekretariat RCI pada Isnin untuk menuntut mereka menghentikan pengedaran atau menerbitkan laporan semasa, sehingga mereka memasukkan kesemua 495 muka surat (penyerahan bertulis Dr Mahathir) ke dalam laporan tersebut," kata peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla. "Kami akan memberi mereka tempoh sehingga Jumaat bagi memberi respons positif, sekiranya gagal kami akan menghantar permohonan semakan kehakiman melarang penerbitan laporan 'separuh masak' dan mengelakkannya daripada diberikan kepada pihak istana, Parlimen d

Kerugian forex: BN Mahu Mendakwa Tun M

Masih ramai percaya RCI kerugian forex BNM ditubuhkan selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi pengkritik tegar Perdana Menteri Najib Razak. JIKA Barisan Nasional (BN) meneruskan tindakan untuk mendakwa Dr Mahathir Mohamad berkaitan kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) 30 tahun lalu, ia dijangka akan mencetuskan tindak balas negatif daripada rakyat yang akan memburukkan lagi BN. Ini kerana, kebanyakan rakyat percaya bahawa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian itu, hanyalah berunsurkan politik. Mereka berkata sementara pentadbiran Najib sibuk menyiasat kerugian urus niaga wang asing bank pusat itu yang berlaku bertahun lalu, ia lembap pula dalam siasatan terhadap kehilangan berbilion ringgit menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul dua tahun lalu. “Jadi, dengan membawa Dr Mahathir ke mahkamah, BN akan berdepan tindak balas dalam pilihan raya kerana beliau masih sangat dihormati di negara ini atas jasanya membina Malaysia