Friday, 20 October 2017

Najib pengkhianat negara

Mula mula ganti CEO at Proton Holding.
Step kedua ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China.

Step ketiga terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia melalui plant Proton bawah Proton Holding. Akibatnya banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan meningkat.

Step keempat terminate perlahan lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China. Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini. Contoh projek ECRL. Semua limpahan kerja utk projek tersebut patah balik pada contractor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja utk membuat projek itu datang dari negara China.

Step kelima mengedar kereta buatan China dengan guna semua bahan mentah dari China tapi produksi di kilang kilang Proton dan jual ke Malaysia melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang kita telah bina semenjak dari 1985.  Kita semai benih tapi orang lain yang nikmati hasil. Ekonomi China pesat berjalan tapi ekonomi automotif Malaysia melingkup.

Step keenam China akan tukar nama hakmilik Proton ke China Proton perlahan lahan. Hanya menunggu masa. 

Step terakhir masa persidangan Umno semua perwakilan akan di ajak Najib untuk nyanyi ramai ramai Lagu Anak Kecil Main Api-Bumi di pijak milik orang, sambil nangis tersedu sedu.

Juga semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan di salahkan pada Dap dan Tun Dr Mahathir.

Harga yang Najib senang senang jual demi nak lenyapkan satu legasi. Tiada langsung rasa patriotik pada aset negara.

Najib Tertekan

Seorang saintis politik memberi amaran Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dapat mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana masih kekurangan jumlah kerusi selamat yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah.

Prof Marzuki Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, BN akan kekal sebagai parti pemerintah jika mereka memenangi 100 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Melainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat menjadikan baki kerusi itu sebagai kerusi selamat untuk BN, mengadakan pilihan raya umum sekarang agak berisiko untuk beliau,” katanya dalam analisis yang dipetik New Mandala hari ini.

Marzuki berkata, secara realistiknya, Umno hanya berpeluang memenangi 57 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, sedangkan 70 daripada kerusi itu adalah kawasan bermajoriti Melayu, di mana 70% daripada pengundi ialah orang Melayu.

Beliau berkata, 8 daripada kerusi Parlimen itu terletak di Kedah yang merupakan kubu kuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala sekurang-kurangnya 5 kerusi lain mempunyai pengaruh kuat PAS.

Katanya, sokongan pengundi bukan Melayu untuk BN sangat rendah sejak PRU13, di mana tinjauan terbaru menunjukkan tiada peningkatan sokongan bukan Melayu untuk kerajaan.

Marzuki berkata, terdapat 47 kerusi Parlimen di kawasan bermajoriti Melayu kecil di Semenanjung, di mana lebih 30% ialah pengundi bukan Melayu.

“Pengaruh PAS di kawasan ini sangat kecil dan mungkin tidak memberi banyak kesan kepada perpecahan undi Melayu.

“Di kawasan inilah PH cuba tembusi dan memberi cabaran serius kepada BN. Sesetengah kerusi Parlimen di kawasan ini sudah berada di tangan PH.”

Katanya, terdapat 48 kawasan bermajoriti bukan Melayu di Semenanjung yang boleh dianggap kerusi selamat buat pembangkang.

Beliau berkata, BN hanya mempunyai baki 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang merupakan “deposit tetap” parti itu.

Bagaimanapun, katanya, 9 daripada kerusi itu kini dipegang pembangkang, dengan 5 lagi terletak di pantai timur Sabah yang cuba dikuasai Parti Warisan Sabah.

“Kerusi ini bukan lagi kerusi selamat untuk BN. Jadi, daripada 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, hanya 43 kerusi dianggap selamat untuk BN.”

Marzuki berkata, kemenangan BN pada PRU lalu disebabkan kemampuannya membangunkan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik.

Bagaimanapun, katanya, “keadaan ekonomi sekarang tidak kelihatan baik” susulan kenaikan kos sara hidup, pemansuhan subsidi untuk barangan penting, kadar inflasi disebabkan ringgit yang lemah serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Beliau menjangkakan Bajet 2018 yang bakal dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini tidak dapat memberi banyak ruang kepada Najib untuk mencipta faktor “feel good” kerana “dana kerajaan semakin berkurangan, tanggungan besar dan masih perlu mengurangkan defisit bajet”.

Ini di samping skandal 1MDB yang menurut Marzuki, memberi kesan buruk kepada populariti Najib.

“Berdasarkan situasi ini, Najib mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mengubah keadaan.

“Tetapi, masa mungkin tidak menyebelahinya,” katanya. – FMT