Thursday, 19 October 2017

Swinger Malaysia


Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan.

Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”.

Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB.

Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka.

Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar.

Tapi kawan aku tu kata dia sudah bercakap menerusi telefon dengan pompuan tersebut. Tapi kawan aku kata dia tak sanggup untuk serahkan isterinya kepada lelaki lain walaupun dia dapat “main” dengan isteri orang selain dia kata dia masih beriman kepada Allah dan Islam masih jadi pegangan hidupnya.

Bila aku dapat tahu ada pasangan seperti ini, aku carilah kat Google mengenai kehidupan swinging kat Malaysia ni. Mah aih! Berlambak-lambak “swinger club” ada kat alam siber rupanya!

Aku pasti ramai juga pasangan beragama Islam yang mengamalkan kehidupan seperti ini hanya semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks.

Dan menurut cerita beberapa kawan lain, amalan swinger ni dah makin jadi trend di kalangan pasangan Melayu/Islam di Malaysia. Biasanya mereka bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan.

Sebabnya kalau dilihat secara luaran, pergaulan antara pasangan ini tiada keganjilan pun. Contoh pasangan A berkunjung dan menginap di rumah pasangan B. Siapa sangka di dalam bilik, rupanya si isteri A tidur dengan si suami B, dan sebaliknya?

Khabarnya kegiatan seperti ini diamalkan di kalangan pasangan elit. Malahan mereka juga tidak kisah kalau pasangan yang mereka mahu bertukar itu berlainan agama, berlainan bangsa, asalkan pasangan terbabit seronok dan mendapat kepuasan. Pasangan A puas, pasangan B juga puas!

Kegiatan Yang Boleh Berlaku Di Dalam Bilik

Biasanya, kegiatan penukaran pasangan berlaku apabila sesuatu pasangan suami isteri atau pasangan yang mempunyai hubungan terikat melakukan kegiatan seks dengan satu pasangan yang lain, beberapa pasangan, atau sesuatu individu yang tunggal.

Kegiatan itu boleh berlaku di dalam bilik yang sama (seringnya dikenali sebagai penukaran pasangan bilik sama) walaupun penukaran pasangan bilik berasingan juga berlaku.

Dalam keadaan-keadaan sedemikian, penukar pasangan sering merujuk kepada bersetubuh sebagai bermain dan pasangan seksnya sebagai rakan sepermainan. Ada kalanya, satu pihak pasangan tidak berminat menyertai gaya hidup penukaran pasangan.

Pihak ini biasanya dirujuk sebagai pihak bertahan, manakala pihak yang lain dirujuk sebagai pihak berhasrat. Justera, “pihak berhasrat” ialah pihak tunggal dalam sesuatu pasangan penukaran yang mencari-cari gaya hidup yang bertentangan dengan pihak pasangan yang lain.

Bertukar-tukar pasangan dahulu dikenali sebagai penukaran bini tetapi istilah itu telah dikritik sebagai mengambil sudut pandangan lelaki serta tidak memerikan dengan tepat berbagai-bagai kegiatan seks yang dilakukan oleh para penukar pasangan.

sumber Hmetro