Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Hadi Yang Perlu Bertaubat

ARTIKEL TERBARU TUN MAHATHIR 31 Oct 2017 " HADI PERLU BERTAUBAT " 1. Hadi suruh saya bertaubat. 2. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri. 3. Allah melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa) 4. Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. Allah SWT melarang perbuatan mengkafir dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Hadi dan PAS apabila bekerjasama dengan DAP. 5. Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid. 6. Apa hak Hadi dan apa hak PAS mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan me

Pembohongan Najib Dalam Bajet

Dua PEMBOHONGAN Najib TERBONGKAR dalam masa tak sampai 5 JAM. Satu PEMBOHONGAN BARU. Dan satu lagi PEMBOHONGAN LAMA. Pembohongan BARU mungkin semua dah tahu. Pengumuman Najib MEMANSUHAN TOL Batu Tiga dan Sg Rasau Shah Alam. Sedangkan konsesi kedua dua lebuhraya tersebut tamat pada tahun 2018. Lagi 2 bulan. Manakala PEMBOHONGAN LAMA, konon nya TOL PLUS adalah kesilapan lampau Tun yang kesan nya di tanggung oleh kita sehingga hari ini. Yang kononnya cuba di perbetulkan oleh Najib. Sila baca kenyataan rasmi PLUS di bawah. Bila dan siapa yang LANJUTKAN konsesi PLUS setelah ianya TAMAT pada tahun 2011?. Dari wall Mohd Hanizam Yunus

Pahlawan Bugis

(Tun Dr Mahathir) 1. Saya tidak pernah kata orang Bugis semuanya lanun. Yang saya kata ialah Najib mungkin berasal dari lanun Bugis. 2. Sedutan dari ucapan itu berbunyi, “Ya lah, mungkin kerana dia yang berasal dari lanun Bugis.” 3. Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa ia adalah pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri. Najib pencuri besar dan dikenali sebagai penyamun oleh seluruh dunia. 4. Apakah orang Bugis dapat menyambut baik bahawa penyamun ini seorang pahlawan berketurunan Bugis. 5. Di Malaysia ada raja yang berketurunan Bugis. Ada Melayu yang berketurunan lanun. Tetapi tidak ada Melayu yang merompak duit berbillion yang dakwa mereka adalah pahlawan Melayu. 6. Yang kita lihat sekarang ialah seorang perompak Melayu yang mendakwa dirinya pahlawan Bugis. 7. Saya tidak fikir orang Bugis boleh berbangga dengan seorang penyangak mendakwa ia adalah pahlawan Bugis.

Darul Penyangak

1. Kita sekarang berada dalam negara penyangak atau kleptokrasi. Dalam Darul Penyangak pemerintah mencuri. Cara mencuri ini berbeza tetapi matlamatnya sama. Matlamatnya ialah mencuri duit rakyat dengan cara halal dan lebih kerap dengan cara haram. 2. Demikian 1MDB. Syarikat ini ditubuh khusus untuk mengadakan wang untuk dicuri. Prosesnya mudah. Syarikat pinjam berbillion Ringgit dengan jaminan Kerajaan. Duit itu dilabur dalam syarikat yang tidak wujud yang memiliki telaga minyak hanya dalam kertas. Sebenarnya duit itu dimasuk ke dalam akaun orang tertentu, dipindah dari sebuah bank ke sebuah bank, di negara-negara yang berlainan. Akhirnya duit itu terdapat dalam akaun MO1. 3. Apabila MO1 ditanya dari mana datangnya duit berbillion itu, jawapannya mudah sahaja. Arab derma. 4. Dan AG pun mengesahkan. Tidak ada apa-apa salahlaku. Dan ini disahkan pula oleh MO1 iaitu oleh pencuri sendiri. Kes tutup. 5. Dalam cara yang halal, cukai GST diadakan, subsidi dihapus dan lain-lain. Halal dar

Najib ni dah gila

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan. Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara. Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan. Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun. Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil b

Cara Kleptokrat merompak wang Felda?

DAHSYAT PENDEDAHAN RAFIZI MENGENAI Grand Plaza Kensington Hotel MILIK FELDA Lesap duit Felda sudah RM1billion? Beli hotel daftar atas nama sykt yg hampir sama namanya iaitu FCI London Hotel PTE Limited yg didaftarkan di British Virgin Island yg BoD nya dirahsiakan mengikut undg2 BVI. Kononnya itu anak sykt Felda dan disewakan pula kpd anak sykrt Felda yg lain? Tapi isytihar konon dibeli oleh anak syarikat Felda yg sah iaitu Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB). Satu lagi penipuan? FCI Hotel London PTE Limited kemudiannya terbatal pendaftaran sbb tak byr yuran sykt pada May 2016. So ke mana sewa dibyr?? Felda hilg pemilikan hotel berharga RM330 juta tu?? Ada lagi pemilikan hartanah lain yg hilg wang sudah lesap. Ia BUKAN MILIK anak sykt Felda yg sebenar. Gila duit Felda habis lesap, pemilikan hotel ghuyup tak tahu mana company yg yg owner kpd Hotel itu sbb company dulu dah tak wujud. . Cara Kleptokrat merompak wang Felda?? DAHSYAT...peneroka Felda dan rakyat kena kelepet la

Najib pengkhianat negara

Mula mula ganti CEO at Proton Holding. Step kedua ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China. Step ketiga terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia melalui plant Proton bawah Proton Holding. Akibatnya banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan meningkat. Step keempat terminate perlahan lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China. Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini. Contoh projek ECRL. Semua

Najib Tertekan

Seorang saintis politik memberi amaran Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dapat mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana masih kekurangan jumlah kerusi selamat yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah. Prof Marzuki Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, BN akan kekal sebagai parti pemerintah jika mereka memenangi 100 daripada 222 kerusi Parlimen. “Melainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat menjadikan baki kerusi itu sebagai kerusi selamat untuk BN, mengadakan pilihan raya umum sekarang agak berisiko untuk beliau,” katanya dalam analisis yang dipetik New Mandala hari ini. Marzuki berkata, secara realistiknya, Umno hanya berpeluang memenangi 57 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, sedangkan 70 daripada kerusi itu adalah kawasan bermajoriti Melayu, di mana 70% daripada pengundi ialah orang Melayu. Beliau berkata, 8 daripada kerusi Parlimen itu terletak di Kedah yang merupakan kubu kuat Pengerusi Pakatan Harapan

Antara Dajjal dan Majjal

Untuk memburu harimau didalam belantara ada beberapa teknik... Antaranya.... buru dan tembak atau buru dan jerat... Apa yang saya lihat Tun menggunakan pendekatan buru dan jerat.... Belum lagi tembak.... Satu persatu najib dan orang2 nya membongkar rahsia mereka sendiri... Hari ini umum mengetahui bahawa kesemua mereka mempunyai wang yang banyak dan lebih memeningkan kepala ialah ahli ahli umno mula berpusu pusu mahu berkongsi nikmat harta samunan tersebut... Ini membuatkan mereka tidak dapat menyimpan tetapi sebaliknya terpaksa berbelanja lebih wang tersebut. Malah samunan tambahan pula terpaksa dibuat dengan secara terang terangan.... Ini bukan berlaku dikalangan orang2 politik malah penjawat awam dan penguatkuasa pun turut tidak mahu ketinggalan dalam meraih kesempatan. Tiada lagi soal malu, maruah atau dosa lagi.... Najib bukan sahaja telah menghancurkan ekonomi negara malah telah menghancurkan institusi politik dan sosial..... Bukan calang calang orang yang mampu meny

Syabas Najibul Ghuyub

Tulisan terbaru Tun M **************************** BN CELARU 2 13 Oct 2017 1. BN ternampak celaru kerana tak dapat menentukan Pakatan Harapan (PH) ini didominasi oleh siapa. 2. Najib dan UMNO berhempas pulas mendakwa jika PH menang DAP dan Kit Siang akan mengambil alih negara ini. Ini juga yang diulangi oleh ketua penerangan UMNO. Bila ditanya bagaimana Najib boleh ada 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya, Annuar jawab DAP akan kuasai PH. 3. Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri. 4. Sebaliknya MCA pula mendakwa Kit Siang sudah jual dirinya dan DAP kepada Bersatu. Ini disusuli dengan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengumumkan kepada dunia bahawa Dr. Mahathir telah sogok Kit Siang dengan 1(Satu) billion Ringgit. Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 billion, s

Rupa rupanya Mas Sudah Bangkrap Pada 2015

Keputusan untuk tidak merujuk kes 3,600 pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan kerja ke Mahkamah Perusahaan kerana syarikat penerbangan itu "tidak lagi wujud", kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot hari ini. "Sekiranya syarikat itu telah bankrap atau gulung tikar, maka kami tidak boleh mengejar syarikat itu. "Dan menurut undang-undang, kita tidak boleh mengejar individu itu (yang bertanggungjawab berhubung pemberhentian) juga," kata Riot apabila diminta mengulas mengenai perkara berkenaan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Riot sebelum ini enggan menawarkan alasan mengapa kementeriannya tidak merujuk kes tersebut ke Mahkamah Perusahaan. MAS dijenamakan semula sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada tahun 2015, selepas ia dinyah-senarai dan operasinya diambil alih oleh Khazanah Nasional Bhd. Sebagai sebahagian daripada pelan menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu, Khazanah membuang 6,000 pekerja - separuh d