Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Janda Malang Dipermain Negro

Kuala Lumpur: Hasrat seorang janda hartawan berasal dari Brunei untuk bertemu kekasih yang di kenali melalui laman sosial sebaliknya menyebabkan mangsa ditipu kira-kira RM50,000 minggu lalu. Mangsa yang berusia 61 tahun sanggup ‘menderma’ wang kepada kekasihnya itu yang menyamar sebagai lelaki warga British, namun menetap di Malaysia. Mangsa dikatakan sanggup mengambil penerbangan ke negara ini untuk bertemu suspek dikenali dengan nama Harry Ibrahim pada Jumaat lalu selepas berkenalan sejak Jun lalu. Malangnya suspek yang dihubungi mangsa sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seolah-olah mahu mempermainkan mangsa apabila menyedari mangsa tidak membawa tambahan RM30,000 seperti diminta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Mortadza Nazareene berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dari Polis Diraja Brunei (PDB) selain kerjasama diberikan tiga anak mangsa. “Anak mangsa membuat laporan polis selepas i

Tun Mahathir (Forex )vs Najib (1mdb)

FOREX 1.Modal - 2.Rugi 31Billion 3.Hutang ( 0 ) Kerajaan Tun Mahathir -Tiada kenakan cukai GST -Pelbagai Subsidi untuk Rakyat -Kenaikan harga barang terkawal -Petrol & diesel di naikkan hanya setahun skali, tidak lebih dari  5sen. -Negara pesat membangun. -Khazanah Negara tidak di jual & gadai -Tidak Bebankan Rakyat -Negara luar memuji dan menghormati Tun Mahathir -Dan lain2. 1MDB 1.Modal 1juta 2.Untung Entah ler 3.Hutang lebih 50Billion Kerajaan Najib -Kenakan cukai Gst -Subsidi di tarik balik -Kenaikan kost sara hidup -Segala Harga Barang keperluan naik melambong -Petrol & Diesel Di Naikkan setiap Minggu. -Pembangunan Negara perlahan & membangun dengan Hutang -khazanah Negara di jual & gadai. -Skandal terbesar Dunia -Negara luar mengelarkan PM " kleptokrasi " -Negara di Hina -Membebankan Rakyat -Macam2 lagi bole di senaraikan, tapi cukup la. INILAH BEZANYA DI ANTARA RUGI DALAM PERNIAGAAN DAN MENCURI MASUK KE POKET

PUSH-POCKET DI KUALA LUMPUR, KLIA, LRT, MRT, KTM, MALL SHOPPING

Mesej utama yang dihantar oleh firma undang-undang di Malaysia. Ambil perhatian !! Saya pasti anda semua telah mendengar tentang 'pick poket'. Ada satu jenayah baru yang disebut 'poket push'. Bacalah .. untuk kebaikan anda sendiri. Jenis kejahatan baru telah muncul di bandar. Ia berlaku seperti ini: - Seseorang memasukan telefon bimbitnya ke dalam poket anda. Ini hanya boleh jadi dompet dengan kad pengenalan dan beberapa ringgit. Beberapa minit kemudian, 'Pemilik' muncul dan berhadapan dengan anda, 'Pencuri'. Dia membuat kekecohan besar yang anda mencuri barangnya. Anda, ditangkap tanpa disedari, kemudian ditarik oleh Pemilik untuk penyelesaian. Anda terancam dan mengancam anda bahawa jika anda tidak membayar, polis akan di panggil. Jika anda membayar, Pemilik akan membiarkan anda pergi. Jika tidak, polis dibawa utk menangkap anda Satu lagi perkara yang pelik ialah sentiasa ada 'Saksi' untuk 'kecurian' anda. Saya diberitahu ini

Kenapa Keris Jawa Dibelakang?

Ada beberapa teori kenapa orang jawa jaman dahulu meletakkan keris di belakang: 1. Jaman dahulu keris mereka takde sarung. Ada satu kes tu lepas menang bersilat dengan konfidennya dia selitkan kerisnya di pinggang. Nasib tak baik tersilap ejas terus tertusuk ke anu nya. Akibat peristiwa itu keris di letakkan ke belakang. 2. Jaman dahulu banyak kes panglima suka tikam raja mereka. Sebaik saja berdatang sembah di depan raja mereka pun terus cabut keris di pinggang dan menikam raja. Tapi selepas panglima tu jadi raja dia pun tukar tektik mengarahkan semua panglimanya letakkan keris di belakang. Geliga juga otak jawa ni. 3. Teori yang ketiga plak sebab nak mengadap raja kena tunduk hormat dan jalan dalam keadaan berbongkok dari pintu masuk istana sampai la ke tempat raja bersemayam. Kalau dua tiga langkah jalan berbongkok takpe la jugak. Ini 3 kilometer siot. Bayangkan jalan membongkok dalam keadaan keris tu menikam nikam anu dan perut.... Mau mati gitu je sebelum sempat bepe

Mahkamah tolak saman fitnah, Naib Ketua Pemuda Umno perlu jelas hubungan isu Mara

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kini perlu menjelaskan hubungannya dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia, selepas mahkamah menolak rayuan Khairul 30 Ogos lalu, kata Rafizi Ramli. “Khairul sudah kalah 2 kali berturut-turut,” kata naib presiden PKR itu pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini. “Khairul sendiri setelah mahkamah bersetuju bahawa kenyataan saya bersifat berkepentingan awam dan bukannnya fitnah.” Khairul memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi pada 30 Julai 2015, selepas naib presiden PKR itu mendakwa Khairul mempunyai hubungan dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga hartanah Mara di Australia. Beliau membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Rafizi 20 Oktober tahun lepas. Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel 3 hakim, bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan rayuan

Beza antara Soalan dan Pertanyaan

Apakah perbezaan antara makna perkataan TANYA dan SOAL. Golongan pendidik pasti sudah tahu akan perbezaannya. Namun untuk yang lain, semoga dapat meraih manfaat. Saya sering mengatakan : Saya suka ditanya tetapi tidak suka disoal.  Respons yang sering saya dapat ialah: Kan sama sahaja? Kalau sama, mengapa tidak pernah kita dengar perkataan 'Pertanyaan Peperiksaan' sebaliknya 'Soalan Peperiksaan' dan juga 'Kaunter Pertanyaan' dan bukan 'Kaunter Soalan'? Tentu ada perbezaannya. Kedua-duanya memerlukan sesuatu diutarakan. Yang membezakannya ialah si pengutara tersebut. TANYA: kita bertanya apabila kita tidak tahu jawapannya dan ingin mendapatkan jawapan tersebut daripada yang ditanya. SOAL: kita tahu jawapannya, hanya kita ingin menduga sama ada orang yang disoal tersebut tahu akan jawapannya. Oleh yang demikian, pada pendapat saya (pendapat peribadi), sesi SOAL-JAWAB yang kita gunakan sekarang ini kurang tepat dan kurang elok kerana ada

Melayu, Arab dan Keling

Apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata nama sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”, ia bukan soal fakta semata-mata tetapi lebih penting lagi, nada perkauman yang ditimbulkannya. Kenyataan daripada seorang pemegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan juga parti pemerintah itu tidak mencerminkan semangat kebangsaan Malaysia yang menuntut sikap saling hormat-menghormati antara kaum, sekaligus tidak mencerminkan fahaman politik Umno yang asal. Ini kerana umum mengetahui bahawa bapa Dr Mahathir adalah Mohamad bin Iskandar dan sememangnya keturunan India dari negeri Kerala. Sementara ibunya, Wan Tempawan binti Wan Hamidi adalah seorang Melayu. Kemelayuan Dr Mahathir Dalam amalan berbudaya di negara ini, sesiapa yang mempunyai keturunan Melayu, tidak kiralah dari ibu atau bapanya, adalah dianggap Melayu.  Maka kemelayuan Dr Mahathir tidak dapat dipertikaikan. Sebab itu tidak ada masalah bagi seseorang keturunan India yang juga mempun