Wednesday, 9 August 2017

Najib Manjakan Ketua UMNO Bahagian Bagai Binatang Lemak Yang Penuh

Najib selaku Presiden parti, ada sekurang-kurangnya 10 orang Ketua Bahagian yang dianggap sebagai MACAI kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain.

Tugas MACAI ini adalah untuk menjaga kepentingan 10-15 Ketua UMNO Bahagian lain; dalam apa sahaja bentuk, halal mahupun haram. Semua MACAI ada amanah tertentu. 

Rahsia Ketua-Ketua UMNO Bahagian sememangnya dipegang rapat dan boleh didedahkan sekiranya mahu.

Jam populasi Jabatan Perangkaan menunjukkan angka 31 juta rakyat Malaysia.
Untung nasib 31 juta rakyat ini sebenarnya terletak kepada 170 orang Ketua UMNO Bahagian yang nampak pandai tapi bebal.

Berapa ramai kalangan Ketua UMNO Bahagian kononnya ada title “Dr.” padahal dibeli.
Berapa ramai kalangan Ketua UMNO Bahagian heboh menyalak isu Melayu – sedangkan mereka sendiri partner dengan Cina. Boleh google tengok Signature Kitchen – yang sedang minta Central Contract daripada PR1MA – siapa Ketua Bahagian yang sedang mencipta kekayaan luar biasa.

Kalau nak ikut sifir, setiap 170 Ketua Bahagian ini patut jaga 183,000 rakyat Malaysia lain. Kalaupun mereka kaya, mereka mesti fikir bagaimana nak pastikan 182,999 rakyat Malaysia yang lain dapat cari makan dan hidup dengan selesa.

7.4 juta rakyat Malaysia berada di bawah angka pendapatan yang memungkinkan hidup mereka selesa.

Tapi kehidupan 170 Ketua Bahagian memang hebat dan bahagia. Mereka dan anak cucu mereka cukup bahagia.

Susah apa nak jaga 170 Ketua UMNO Bahagian.
Kalau ikut kekayaan Jho Low, yang dikatakan ada RM780 juta – kalau nak dibahagikan 170 dapatlah masing-masing RM4,588,235.00 masing-masing. Kalau dah masuk RM4 juta lebih, Najib pasti kekal nombor wahid.
Bukan susah ilmu hisab politik UMNO dan BN ni.

Katanya, antara dua visi utama perjumpaan dengan Najib:-
1) Sokongan 100 % kepada Najib;
2) Tangguhkan Pemilihan UMNO
Ada Ketua Bahagian yang ditugaskan belasah Timbalan Presiden sebagai melebihi kuasa Presiden.

Makna kata, Ketua Bahagian seluruh Malaysia boleh berbahagia sampai 2018. Ataupun seumur hidup. Ko ada pernah dengar Ketua Bahagian mati miskin dan tak ada duit? Tak ada kan.