Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

PERNAHKAH PAS MENGAKU LEMAH?

1. Umum tahu, Pas tidak sekuat dulu. Banyak cawangannya sudah bubar. Ramai aktivisnya sudah menyertai parti lain atau tidak seaktif dahulu lagi. 2. Aktiviti Pas juga kini hanya bersifat dalaman saja. Tiada lagi aktiviti terbuka termasuk ceramah umum. Jika ada pun, dibuat di markas parti itu saja. 3. Ketika kuat pun, prestasi Pas tidaklah bagus, apatah lagi ketika lemah seperti kini. Jangan lupa, kerajaan Pas Kedah dan Terengganu jatuh ketika Pas diuar-uarkan sedang kuat. 4. Jika dengar mulut orang besar Pas bercakap, memanglah Pas kuat. Bukan saja mereka bercakap begitu pada masa kini, bahkan semenjak puluhan tahun yg lalu, itulah cakap mereka. 5. Pernahkah sesiapa mendengar drpd mulut orang besar Pas, bahawa Pas lemah? Ketika jatuh tersungkur dan hilang kerajaan pun, Pas tetap mengaku kuat dan semakin kuat. 6. Berdepan dgn Pas dlm pertarungan tiga penjuru dlm PRU tak perlu dibimbangi sangat. Lebih-lebih lagi apabila situasi itu tidak boleh dielak lagi. 7. Pas hanya akan diundi o

72 isu kempen pilihanraya

Ni Zaharin Mohd Yaasin veteran Umno tulih kat bawah ni; Tragedi di Malaysia sejak Dato Sri Najib Menjadi Perdana Menteri. 1. Misteri kehilangan MH370 2. Pesawat MH17 ditembak jatuh 3. Pencerobohan di Lahad Datu 4. Gempa bumi di Sabah 5. Banjir terbesar sejak 30tahun 6. Cuaca panas( Elnino) 7. Jerebu terburuk dalam sejarah 8. MT Jaoquim dirampas 9. MT Orkim Harmony dirampas 10. MT Ai Maru yang ditawan lanun 11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun 12. Kes pembunuhan Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi 13. Kes pembunuhan Kevin Morais 14. Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan Hutang 1mdb kini mencecah 53 Billion ) 15. Menghapuskan DEB ( Dasar Ekonomi Baru ) 16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan 17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia 18. Curi 2.6Billion dan di masukkan kedalam akaun peribadi 19. Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan. 20. Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen 21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan 22. Banyak

Timbalan

Ramai yang tidak faham apa kah tugas seorang timbalan. Malah zahid juga pada awal menjadi timbalan perdana menteri pun tidak faham apakah maksud timbalan perdana menteri. Waktu itu zahid beranggapan Timbalan ialah seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya itu adalah salah. Timbalan ialah seorang pembantu kepada tugas perdana menteri apabila perdana menteri memerlukannya. Setiap perdana menteri memerlukan timbalan dan timbalan kebiasaannya adalah orang kepercayaannya yang dia sendiri pilih dan lantik untuk membantu tugas tugasnya. Manakala ikon bakal perdana menteri yang baru pula akan mula dicipta selepas najib merasakan dia sudah penat atau sudah merasa jemu untuk meneruskan tugas sebagai perdana menteri. Sehingga hari ini hanya ahli ahli bawahan umno saja yang merasakan hisham adalah bakal perdana menteri selepas najib. Hisham juga berasakan demikian dan itu membuatkan dia cuba untuk sabar dengan kerenah rosmah yakni isteri kepada sepupunya itu. Namun begitu najib

GEMPAR: MAHATHIR MEMPUNYAI 83billion

Wang Kertas RM500 dan RM1000 Bernilai RM83 billion: Fakta atau Auta! Oleh: Dr Radzi Jidin, Hobart, Australia 1. Saya terbaca berita yang menyiarkan kenyataan seorang “bekas pegawai khas tidak rasmi” Dr Mahathir tentang wang RM500 dan RM1000. 2. Menurut “bekas pegawai khas” tersebut, Dr Mahathir menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 yang keseluruhannya bernilai RM83 billion. Beliau juga menyatakan bahawa wang kertas RM500 dan RM1000 itu dikeluarkan antara tahun 1982 dan 1995 dan masih ada di Taiwan hingga ke hari ini. 3. Mungkin “bekas pegawai khas” tersebut terlepas pandang tentang fakta berkaitan dengan wang kertas RM500 dan RM1000. 4. Semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, memperkenalkan dasar kawalan modal bagi menghadapi serangan spekulator keatas Ringgit. 5. Kawalan modal ini diumumkan pada 1 September 1998 dan antara komponen utamanya ialah  penetapan nilai mata wang ringgit pada kadar AS$1 bersamaan RM3.80. 6. Seb

Jamal Jamban Layak Menjadi Ketua Pemuda Menggantikan KJ

Tahun hadapan adalah tahun pemilihan agung umno. Pastinya pemilihan di dalam pemuda juga akan menjadi rancak. Perang proksi kebiasaannya berlaku di dalam setiap pemilihan. Penggal lepas jawatan ketua pemuda tidak di pertandingkan kerana kj agak bijak dalam meneutralkan keadaan di mana setiap calon naib presiden begitu mengharapkan sokongan dari pemuda. Namun calon naib pemuda berlaku perang proksi di mana proksi kj nyaris kalah namun dapat di selamatkan oleh KuNan setiausaha agung umno. Tahun depan perang proksi akan berlaku lagi diantara calon yang mengaku orang kuat najib dan calon KJ sekiranya kj mahu bertanding naib presiden yang telah kosong satu kerusi. Sekiranya di analisa Jamal jamban yang berjawatan ketua bahagian amat layak untuk mengisi kerusi ketua pemuda umno berbanding azwan harun yang tidak mempunyai sebarang jawatan di bahagiannya sendiri. Malah jamal telah beberapa kali membuktikan tahap kesetiaannya kepada presiden parti dan telah berjasa besa

Saya Tak Gentar Untuk Terus Bercakap : Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak yang membuat kekecohan semasa program Nothing To Hide 2.0 adalah penyokong Datuk Seri Najib Razak dan sengaja mengganggu majlis itu untuk menyelamatkan perdana menteri. “Yang kita tahu yang tidak senang dengan kegiatan parti lawan dan penglibatan saya (bersama pembangkang) ialah pihak penyokong Najib. Sama ada mereka ahli Umno atau tidak itu soal lain. “Tapi mereka nampaknya cuba sokong Najib dengan menamatkan forum kita supaya Najib terselamat. Ketika kasut, kerusi terbang melayang "Ini saya terfikir terdiri dari mereka yang penyokong kerajaan. Sama ada dari Umno saya tak tahu tapi ada kemungkinan,” katanya. Program Nothing To Hide 2.0 berlangsung di Shah Alam pada Ahad lalu bermula dalam keadaan tenang dan Dr Mahathir sempat mengkritik Najib mengenai hutang negara serta skandal 1MDB. Selepas satu jam kemudian, seorang peserta bertanyakan soalan mengenai Memali - insiden penting kepada PAS yang berlaku pada 1985. Dr Mahathir - perdana

Najib lepas geram pada US

Pertimbangan kerajaan Malaysia terhadap tawaran China untuk membina Pusat Tindak Balas Perisikan Wilayah atau  regional counter-intelligence centre  di negeri Johor yang turut dilengkapi radar pengawasan dan sistem peluru berpandu jarak jauh sangat dikhuatiri akan mengheret negara ke kancah konflik kuasa besar, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub. Katanya, tawaran China itu merupakan momentum negara tembok besar tersebut dalam memperkukuhkan pencerobohannya di Laut China Selatan dan Asia Tenggara. “Laporan Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan bahawa China hampir menyiapkan lebih 20 struktur bangunan di tujuh pulau buatan di lokasi yang menjadi perebutan di sekitar Laut China Selatan.  Pulau buatan ini turut dilengkapi sistem pertahanan termasuk senjata anti pesawat, anti peluru berpandu dan pelancar misil jarak jauh. “Oleh itu, pertemuan November ini bersama Presiden China berhubung tawaran China perlu diperhalusi seda

Kejadian Nothing 2 Hide 2.0 untuk tutup malu najib

Kejadian yang berlaku didalam program nothing to hide 2 semalam menjadi satu petunjuk jelas bahawa umno tidak sama sekali akan menerima kekalahan pada pru akan datang ini. Peringkat mula lagi mereka mahu menghalang rakyat daripada menyokong Tun. Strategi menakut nakutkan rakyat dengan perbagai ugutan dan semalam adalah klimaks nya apabila beberapa orang anak muda di upah untuk mencemarkan program tersebut. Agak ganjil anak muda yang berumur bawah 20 tahun boleh begitu berminat dengan isu memali dan kes liwat anwar ibrahim. Masyarakat amat faham bahawa trend anak muda bukanlah begitu berminat dengan politik, terutama anak muda yang keciciran didalam pelajaran. Apabila ada anak muda yang melakukan tindakan liar dengan membaling kasut, kerusi dan botol mineral kepada Tun Mahathir hanya kerana isu memali maka ia dilihat sebagai berniat  mahu melakukan kekecohan bagi menutup isu Perdana Menteri yang telah di malukan dengan insiden David Teoh yang telah di tampar oleh Mat Ov

Zahid diminta jelaskan pemberian kontrak kepada pembantu khas

TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini diminta menjelaskan tentang pemberian satu kontrak menguntungkan kepada Bukti Megah Sdn. Bhd, salah satu syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan program pengambilan pekerja tanpa dokumen. Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, ketika kontrak itu diberi, pengarah bagi firma itu merupakan Abdul Halim Suleiman yang merupakan pegawai khas Zahid. Katanya, Halim memiliki 70% saham syarikat itu, dengan bakinya dimiliki anaknya, Mohamad Redzuan Halim.  "Mengikut rekod SSM, Halim dilantik pada 27 Mac, 2014 dan firmanya boleh mengambil pekerja dari 15 buah negara. "Ini sangat jelas kes percanggahan kepentingan dan penyalahgunaan kuasa oleh Zahid. "Ia menimbulkan persoalan sama ada menteri dalam negeri yang mempunyai kuasa penuh ke atas Jabatan Imigresen, menggunakan pengaruhnya untuk memberi projek tersebut kepada pembantunya. "jawatannya sebagai timbalan perdana menteri juga memberi kelebihan kepa

Najib Tak Lena Tidur: Kini 1MDB Menjadi Kes Jenayah

Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini memulakan siasatan jenayah terhadap dana dilarikan daripada 1MDB, dan memohon menggantung sementara permohonan sivil membekukan aset mewah dan wang dilarikan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia itu. Dalam permohonan di mahkamah oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam, pihak berkuasa negara itu kini memanjangkan siasatannya untuk mengesan dana 1MDB di seluruh dunia yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan tetapi disalah guna untuk membeli hartanah mewah, barang seni, penerbitan filem dan lain-lain. Pegawai DoJ memohon seorang hakim di sebuah mahkamah di Los Angeles semalam untuk menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low. Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan usaha melakukan siasatan jenayah. Dalam permohonannya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan

Legenda 1MDB : Wajib Hadam

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1. 1MDB bukanlah dana kekayaan sepertimana yang diwar-warkan. Selain daripada RM1.0 juta yang disumbangkan oleh Kerajaan, yang lain daripada RM 42,000,000,000 (42,000 juta) itu adalah wang yang dipinjam. Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ianya adalah liabiliti yang dikenakan ke atas 1MDB dan jika ianya gagal Kerajaan perlu membayar balik faedah dan pokok pinjaman. Jumlahnya adalah begitu besar dan jika Kerajaan tidak mampu membayarnya Kerajaan boleh jatuh bankrap. Ini adalah apa yang telah berlaku kepada Greece. 2. Kemungkinan ini berlaku membebankan pengurusan 1MDB dengan tanggungjawab yang berat dan menunjukkan kecuaian pengawasan oleh pihak Kerajaan. Dan dengan pantas sekali telah jelas kelihatan bahawa eksekutif dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka secara serius. 3. Shahrol, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB meminjam RM5.0 bilion daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan kelulusan L

Najib Manjakan Ketua UMNO Bahagian Bagai Binatang Lemak Yang Penuh

Najib selaku Presiden parti, ada sekurang-kurangnya 10 orang Ketua Bahagian yang dianggap sebagai MACAI kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain. Tugas MACAI ini adalah untuk menjaga kepentingan 10-15 Ketua UMNO Bahagian lain; dalam apa sahaja bentuk, halal mahupun haram. Semua MACAI ada amanah tertentu.  Rahsia Ketua-Ketua UMNO Bahagian sememangnya dipegang rapat dan boleh didedahkan sekiranya mahu. Jam populasi Jabatan Perangkaan menunjukkan angka 31 juta rakyat Malaysia. Untung nasib 31 juta rakyat ini sebenarnya terletak kepada 170 orang Ketua UMNO Bahagian yang nampak pandai tapi bebal. Berapa ramai kalangan Ketua UMNO Bahagian kononnya ada title “Dr.” padahal dibeli. Berapa ramai kalangan Ketua UMNO Bahagian heboh menyalak isu Melayu – sedangkan mereka sendiri partner dengan Cina. Boleh google tengok Signature Kitchen – yang sedang minta Central Contract daripada PR1MA – siapa Ketua Bahagian yang sedang mencipta kekayaan luar biasa. Kalau nak ikut sifir, set

Pas Masih Belum Menang Kes Saman Sarawak Report

Pemimpin atasan PAS dinasihat tidak menjaja cerita kepada anggota bawahan kononnya presiden mereka sudah memenangi perbicaraan saman ke atas portal  Sarawak Report . Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, menjelaskan sebenarnya perjalanan perbicaraan itu masih jauh dan apa yang berlaku semalam masih di peringkat sangat awal. Kata Hanipa sebenarnya perbicaraan belum pun bermula dan PAS tidak memenangi perbicaraan penuh, sebaliknya ia masih di peringkat pengurusan kes. "(Sebenarnya) permohonan Sarawak Reort untuk meminta PAS membayar apa yang dipanggil security for cost  ditolak mahkamah dan seperti yang diduga portal itu diperintah untuk membayar kos kepada parti suci sebanyak sebanyak £15,000 (RM83,719). "Saya harap parti suci tidaklah menjual (cerita) pada orang kampung di bawah yang ia sudah menang bicara. Belum lagi..." katanya hari ini. Itu hal lumrah "Parti suci" yang digunakan Hanipa istilah sinis yang merujuk kepada PAS. Hanipa yang perna

Datuk Seri Vida Makin Menggila

KETIKA  ini hangat diperkatakan mengenai pengasas produk kecantikan dan kesihatan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46. Bukan kerana produknya, bukan kerana kisah peribadinya yang setelah kembali solo tetapi tentang kemunculannya dengan single pertama. Ya, lagu I Am Me dendangan Vida nampaknya berjaya menarik perhatian ramai. Lagunya, liriknya, iramanya yang mudah dan catchy itu membuatkan ia menjadi tular. Dinyanyikan pula Vida dengan gayanya yang tersendiri membuatkan tidak mustahil jika lagu ini bakal popular di serata dunia tidak lama lagi. Seperti lagu Pen Pineapple Apple Pen, mungkin konsepnya adalah seperti lagu ini. Ringkas dan mencuit hati.    Lebih menariknya selepas itu dikhabarkan pula rakan-rakan pengasas kecantikan lain yang seangkatan dengannya seperti Datuk Aliff Syukri dan Sajat juga mahu merakamkan lagu. Namun setakat ini belum lagi kedengaran lagu Aliff Syukri dan Sajat. Mungkin sedang mencari lagu yang hebat dan memasang strategi terbaik.

Malaysia Belum Pernah Mempunyai Perdana Menteri Di Kalangan Melayu Tulen

Belum pernah Malaysia ini memiliki seorang perdana menteri daripada kalangan Melayu tulen sehinggalah tokoh masyarakat Orang Asli dilantik ke situ, kata seorang wartawan veteran. Menurut Subky Latif sejak zaman merdeka hingga kini semua perdana menteri negara ini mempunyai darah campuran luar. Perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, tidak dianggap Melayu sejati kerana datang dari keturunan bangsawan, manakala ibunya mempunyai darah Siam. Tun Razak Hussein pula kata Subky mempunyai asal-usul masyarakat Bugis di Indonesia. "Bugis itu ada yang pelayar, dan ada juga yang lanun," katanya. Mengenai perdana menteri ketiga, Subky yang pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu menjelaskan, Tun Hussein Onn sekali lagi menyambung legasi keluarga bangsawan untuk menduduki jawatan berkenaan. Katanya, Hussein adalah anak kepada Datuk Onn Jaafar dan datuk nenek tokoh itu berasal dari Turki - walaupun tiada sesiapa membuat kajian dari kategori mana

Najib Anggap Orang Melayu Bodoh

HUTANG 1MDB - Tun Mahathir 3 Aug 2017 1. Tiba-tiba 1MDB mengaku tidak dapat bayar hutang sebanyak USD600 million / RM2,580 billion kepada IPIC, sebuah dana pelaburan milik Abu Dhabi yang telah jamin hutang oleh 1MDB. 2. Oleh kerana 1MDB sudah diambil alih oleh Kerajaan, maka Kerajaanlah yang gagal bayar hutang. 3. Kenapa tidak? 4. Tak ada duitkah kita? 5. Bila kita hutang kita perlu ada rancangan untuk bayar. Duit yang dihutang bukan untuk belanja hangus. Tentu ada rancangan untuk melabur, untuk dapat keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang dalam satu jangka masa tertentu. 6. Jika diguna untuk membeli apa-apa, apa yang dibeli akan menjadi aset pegangan peminjam. Aset boleh dijual dan hasil boleh diguna untuk bayar hutang. Taklah semua. Hutang yang perlu dibayar pada Julai 31 hanya separuh sahaja. Lagi separuh boleh dibayar pada bulan Disember. 7. Jikalau harga jualan merugikan pun, sebahagian dari pelaburan atau harta boleh dijual cukup untuk bayar hanya separuh dari hu

Zahid Gagap Checkmate

ZAHID HAMIDI Tun Dr Mahathir 1 August 2017 1. Kita boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka. 2. Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya. 3. Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu. 4. Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka. 5. Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”. 6. Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesah