Monday, 24 July 2017

Jeritan Dari Lembah

Syair oleh Al Abyurdi pada tahun 1099M semasa permulaan perang salib selepas baitulmuqaddis jatuh ke tangan Salibiah.

Jeritan Dari Lembah

Kita telah mengaduk darah dengan linangan airmata, harga diri dan maruah para kerabat wanita pun telah lenyap di nodai.

Seburuk buruk senjata yang dipergunakan seseorang adalah air mata yang dicucurkannya semasa api peperangan menyala dan mata pedang berkilauan.
Sedarlah wanita kaum Islam!  Di belakang kamu akan peristiwa yang menggenangkan air mata dengan kuda pedang.

Patutkah masih ada orang tidur nyenyak? Tidakkah ada perasaan iri terhadap tindakan musuh? Wujudkah kehidupan mewah laksana indahnya warna warni yang terdapat pada bulu burung unta?

Bagaimanakah mata dapat tidur lelap dengan nyenyak dalam suasana menghadapi beberapa kesilapan yang mengejutkan orang orang yang sedang tidur?

Saudara saudara kamu di Syam tidak dapat tidur disebabkan serangan dan kekejaman para tentera musuh yang menaiki kuda dan unta.

Mereka ditindas dan dihina bangsa Rom sedangkan kamu hanya berpeluk lutut seperti orang yang berbaik baik dengan musuh.

Ku lihat umatku ini tak mahu melepaskan anak panah keatas golongan musuh. Agama mereka sangat lemah dan cetek.

Mereka menjauhi api peperangan disebabkan takut mati. Dengan sikap begitu mereka tidak menduga mereka pasti ditimpa kehinaan dan kesengsaraan yang datang dari perlakuan musuh.

Relakah pembesar bangsa arab menerima dan menghadapi penindasan dan kesengsaraan? Apakah mereka senyap dan diam sahaja terhadap perbuatan hina yang dilakukan para bangsa asing yang gagah dan angkuh?

Seandainya mereka tidak mahu berjuang kerana membela agama, mereka hendaklah memperjuangkan maruah anak isteri dan kaum keluarga.

Dalam menghadapi pertempuran jika mereka tidak menginginkan pahala dari Tuhan, tampillah ke medan perang kerana inginkan harta ghanimah.

Kami telah menyeru kamu sewaktu api peperangan memandang kita dengan pandangan sinis laksana burung helang tua mengamati mangsa.

Serangan musuh tetap mengintip kita untuk melancarkan keganasan. Bangsa Rom melanjutkan serangan tak kunjung putus sambil mereka gelak ketawa.

Jika semangat juang dan kebengisan anda tak juga bangkit mendengar teriakan ini, beerti kita sendirilah yang mahu memberi peluang musuh melakukan jenayah.

Al Abyurdi
Perang Salib
Tahun 1099