Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Pesanan Abu Bakar

    Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."                         Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang s

Rayuan Tun Mahathir

BAGAIMANA NAJIB HENDAK MENANG 1. Ini merupakan penulisan ke-3 berkenaan tajuk di atas. Apa yang akan Najib lakukan atau mungkin lakukan untuk menang Pilihanraya ke-14 boleh memuat senaskhah buku. Saya hanya senaraikan beberapa tindakan yang telah dia lakukan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 dan apa yang dilakukan semasa pilihanraya kecil dan juga lain-lain yang dilakukan untuk menyekat bangkangan terhadapnya. 2. Negara masih ingat demonstrasi Bersih 5. Dia menyatakan yang dia tidak akan sekat. Tetapi kita semua tahu apa yang dia bermati-mati lakukan untuk menghalang demonstrasi itu daripada diteruskan sama sekali atau untuk mengurangkan skalanya. 3. Kesemua tempat yang dicadangkan oleh Bersih tidak diluluskan pihak polis. Beberapa jalan juga di klasifikasikan sebagai tidak sesuai. Demonstrasi tidak boleh ada apa-apa unsur keganasan. Tidak boleh ada apa-apa sampah dibuang oleh para peserta demonstrasi. Baju kuning menjadi pakaian jenayah. 4. Bersih telah patuhi hampir kese

Bicara Rakyat: Aku Mesti Jumpa Kiah Hari Ni Juga

Leman dapat tawaran kerja di Ipoh. Punya la Leman seronok, dah bertahun Leman menganggur. Maklum la di kampong tempat leman ni mana la ada pekerjaan yang memerlukan SPM. kerja kerja kampong seperti mengail, berkebun dan lain kerja kampong semuanya tak perlukan kelulusan seperti leman. Malah kelayakan untuk kerja di kilang getah di pinggir kampong t u pun tak perlu tahu membaca dan menulis pun. Huh... bisik hati leman apabila memandang budak budak kilang yang keluar dari kilang bila mereka lalu didepan warong pak akob tempat leman mengeteh. Kenapa la mereka kerja kilang bergaji murah ni? Takder masa depan... rungut leman lagi. Aku mesti jumpa Kiah hari ni jugak, kata leman pada dirinya sendiri. Kiah ialah anak dara Pak Akob tokay warong tempat leman suka bergayut petang petang. Anak muda di kampong ni semuanya tergila gilakan Kiah. Warong Pak Akob ni penuhpun sebab mereka nak mengorat Kiah. Kiah seorang gadis yang cantik, malah yang paling cantik di Kampong Dusun. Kalau teng

Persamaan Firaun dan Najib

  Sebagaimana halnya Nabi Musa a.s., demikian juga negara kita mempunyai Fir’aun, Haman dan Qarunnya sendiri. Nama-nama itu masing-masing dapat melambangkan sifat kekuasaan (Fir’aun);  pejabat keagamaan (Haman), dan kekayaan harta atau orang-orang kaya/konglomerat (Qarun), seperti halnya Haman itu kepala pejabat keagamaan kerajaan Fir'aun, dan Qarun itu seorang yang kaya raya di antara kaum bangsawan Fir’aun. (Keduanya menjadi penopang utama kekuasaan Fir'aun dibantu dengan ahli-ahli sihir (media) yang membentuk pengaruh didalam masyarakat.) Kekuasaan politik tanpa batas, golongan pejabat keagamaan yang berwatak suka menjilat, dan nafsu kapitalisme yang tidak terkendalikan, merupakan tiga keburukan yang senantiasa menghambat dan menghentikan pertumbuhan politik, ekonomi, akhlak, dan ruhani suatu bangsa, dan tentunya terhadap musuh-musuh manusia itulah para Pembaharu Suci --  yakni para Rasul Allah -- telah melancarkan perang sengit di sepanjang zaman (QS,7:35-37). Ham

Rosmah Dirayu Pulangkan Semula Barang Kemas

Saya ternanti-nanti tindakan Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan barangan kemas bernilai RM128 juta kepada kerajaan Malaysia . Barangan kemas itu bukanlah milik peribadi beliau kerana ianya dibeli dengan menggunakan wang 1MDB. Justeru, saya menyeru Datin Seri Rosmah supaya segera berbuat demikian. Seterusnya baca disini http://celahgelegar.blogspot.my/2017/06/doj-1mdbmuhyidin-rayu-rosmah-pulangkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)&m=1

Kenyataan Anwar Mendamaikan Banyak Pihak

KENYATAAN MEDIA Isu Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan perlu mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelumnya. Semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan Pengerusi hanya sebagai penyelaras. Segala persiapan/agenda mesyuarat dikendali oleh Sekretariat Bersama mewakili semua parti. Adapun usul Bersatu untuk merombak struktur Pakatan Harapan dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden dalam struktur baru Pakatan Harapan, dikhuatiri akan merombak kerangka Pakatan Harapan menjadikannya mirip BN. Maka kesediaan semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan. Dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam satu pasukan mantap menentang UMNO-BN, adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua pimpinan secara berkesan. Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mah