Skip to main content

Hishamudin Badut Tak Tau Tugas Menteri Pertahanan

YB Menteri Pertahanan, kalau kabinet masih belum bincang isu Baitulmaqadis, kenapa Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dah buat pengumuman untuk hantar ATM ke Baitulmaqadis?

Baru2 ini Hishammudin telah mencabar seolah2 mahu berperang dengan Israel dengan bercadang untuk menghantar ATM ke Baitulmaqadis.

Dengan kenyataan Hishammudin itu, Malaysia muncul sebagai negara pertama yang berani untuk mengerahkan bala tenteranya untuk berkemungkinan bertempur dengan pihak yahudi selepas president Trump mengumumkan untuk memindahkan kedutaan  Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baltulmaqadis. Kenyataan Hishammudin dilihat sungguh berani  kerana malaysia lah negara pertama yang mengatakan Tenteranya hanya menunggu arahan dari Yang Di Pertuan Agong sahaja untuk dikerahkan. Hishammudin bercakap seolah2 malaysia lebih hebat dari Negara Turki Yang mempunyai Angkatan Tentera kedua terbesar dalam NATO dan ke14 terkuat di dunia.

Saya tidak tahu apa sebenarnya Hishammudin nak buktikan kepada parti UMNO dan pada rakyat malaysia keseluruhannya. Adakah Hishammudin fikirkan yang ATM Kita yang tidak ada pengalaman langsung dalam penerangan terbuka mempunyai kemampuan untuk menentang Angkatan Tentera Israel yang Di geruni oleh negara2 Timur Tengah? Sebagai Menteri Pertahanan sudahkah dia bertanya kepada jemaah panglima2 ATM bagaimana Israel telah mengalahkan Angkatan Tentera Bersekutu Arab semasa peperangan Arab-Israel pada tahun 1967 dulu? Seramai 20,000 Tentera bersekutu Arab (Mesir,Syria Dan Jordan) telah terkorban manakala pihak Israel kehilangan hanya 1000 anggota sahaja. Peristiwa itu adalah 50 tahun yang lalu. Tidakkah Hishammudin boleh bayangkan gergasi apakah Israel sekarang ini? Budak sekolah yang rajin membaca dalam internet pun tahu Israel mempunyai persenjatan canggih seperti ICBM dan persenjatan nuklear. Persenjatan nuklear Jericho lll ICBM mereka boleh di lancarkan sehingga jarak 11,500km. Bila2 masa sahaja boleh sampai ke Putrajaya dengan bahan nuklear seberat 1000kg. Mungkin Hishammudin kira jumlah kekuatan anggota Tentera antara Israel dengan malaysia, Mungkin angka nya agak sama. Tapi Kita sekarang bukan tahun 1400 di mana kita lawan dengan pedang, keris dan tombak dengan menaiki Gajah!

Cuba Hishammudin tanya apa TUDM ada... Israel ada  243 buah Jet pejuang, 50 buah Jet pejuang F-35, Pesawat2 stealth Yang mampu megawasi pergerakan seluruh Timur Tengah dari Udara. PTU pastinya malu nak beri tahu jumlah Pesawat yang dia ada. Kalaulah dia ada lebih dari 30 buah pun nasib baik. Itu pun tak tahu samaada Pesawat itu hanya mampu untuk perang atau hanya untuk pertunjukkan Udara di Hari Kebangsaan sahaja. Ini belum termasuk helicopter serang tempur Apache AH-64 dan lain2 Pesawat yang di miliki Israel.

Dari kekuatan tentera Darat pula Israel mempunyai 2,620 kereta kebal Yang kebanyakkan nya jenis Merkava (model Mark I, II, III and IV) berbanding dengan kereta kebal Kita dari jenis PT91buatan Poland, yang sentiasa duduk Di workshop kerana tiada bahan ganti.Belum Kita cerita tentang persenjatan NBC mereka. Pakaian melawan NBC pun Kita tidak ada.

Takut saya nak cerita kekuatan Israel yang termoden yang lain.

Hishammudin Dan Zahid tidak tahu nak kalahkan 200 orang suluk semasa insiden di Lahad Datu dulu. Ini kan pula nak berdepan dengan Israel! Kalau 22 negara Arab tidak mampu memasuki Israel, saya masih tertanya2 macam mana Hishammudin hendak melakukan.

Kami dari kalangan Veteran melihat pengumuman Hishammudin untuk berhadapan dengan Israel adalah satu drama politik UMNO yang murahan untuk memancing undi orang Islam untuk menang pilihan Raya, terutama untuk menang hati pengundi PAS. Ramai orang Melayu Islam di malaysia menganggap peperangan adalah seperti zaman lawan pedang dan tombak zaman dulu dan Hishammudin ingat dia boleh menipu pengundi yang malaysia mampu berperang.

Sekarang Hishammudin telah menukar rentaknya dan menafikan yang malaysia hendak berperang dengan Israel. Dua hari yang lepas dia kata malaysia sebenarnya hendak menjadi pasukan pengaman Di Baitulmaqadis dan bukannya nak berperang. Ini Satu lagi kenyataan yang bodoh dari Hishammudin. Penentu mengadakan pasukan pengaman bukan tugas atau kuasa mana2 negara secara persendirian. Ianya hendaklah di putus olih PBB. Jika malaysia menghantar Pasukan Tentera kita adakah Israel akan berdiam diri dan rasa kecut dengan kehadiran tentera malaysia di Baitulmaqadis? Sekali lagi saya nasihatkan Hishammudin jangan buat Lawak bodoh setaraf dengan Raja Lawak!

Hari ini saya terbaca berita Yang mengatakan kabinet masih belum membincangkan isu Baitulmaqadis! Lagi cerita Raja Lawak. Saya rasa Hishammudin tidak tahu apa tugas dia sebagai seorang Menteri dan juga tugasnya sebagai Menteri Pertahanan. Hishammudin seolah2 hendak menjadi Panglima Angkatan Tentera kot.

Saya tidak mahu mengkritik ATM di sini tapi saya sedih melihat keadaan sekarang. Sebagai Menteri Pertahanan, Hishammudin harus berkerja keras bukan sahaja untuk mendapat sokongan anggota ATM dengan memberi gaji yang lumayan tetapi Hishammudin wajib memastikan ATM mempunyai peralatan perang yang cukup dan boleh berfungsi semasa perang.  Memastikan Setiap anggota Tentera dilatih dengan betul dan sentiasa bersiap siaga dari segi ilmu, kemahiran, mental dan paling penting keimanan dan jatidiri.

Angkatan Tentera bukan pasukan seperti RELA. Dan Jangan sekali2 membuat nya seperti RELA. Panglima2 tentera harus di pilih dari mereka yang betul2 faham tentang peranan mereka, bukan kerana mereka suka menyokong orang politik. Angkatan Tentera adalah insuran nyawa bagi sebuah negara. Jika insuran itu tidak mampu untuk membantu dalam keadaan susah, maka lumpuh lah Negara itu.

Saya yakin dan percaya, ATM adalah satu organasasi yang berkhidmat dengan penuh taat setia kepada Raja dan Negara. Janganlah orang politik mahupun dari perkhidmatan awam am cuba merendahkan martabat mereka hinggakan mereka tidak bermaya.

Saya telah sebutkan dulu dan saya tegaskan sekali  lagi disini, Kerajaan hendak lah mentadbir mengikut Keluhuran undang2 atau RULE OF LAW. Wasiat Raja2 Melayu no.3 yang di buat pada 5 Ogos 1957 hendaklah di di fahami oleh semua. Perkara 41, 132, dan 137 hendaklah difahami dan jangan sekali2 di salah ertikan dan disalah gunakan seperti apa yang sedang belaku sekarang.

Hishammudin, saudara hanya menunjukkan kebodohan saudara pada Rakyat dan dunia luar.. jangan lah jadi Pak Pandir. Ingatlah, setiap anggota Tentera yang rendah pelajaran mereka pun boleh berfikir bahawa cara saudara bercakap adalah seperti menyuruh anggota Tentera bunuh diri Di Baitulmaqadis.

Saya sebagai Veteran ATM rasa sangat2 kecewa dan sedih melihat keadaan ATM di gunakan oleh orang politik. Bukan untuk negara tetapi untuk kepentingan kedudukan politik. Ingat, ATM bukan hak milik parti politik tapi adalah hak milik Rakyat. Rakyat Yang membayar gaji mereka. Dan menurut Perkara 132 perlembagaan persekutuan, secara social contract, rakyat telah meletakkan ATM sebagai perkhidmatan awam yang teratas Dan terkanan sekali dan perlembagaan persekutuan telah mengakui bahawa mengikut Perkara 41, ATM bertanggonjawab terus kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai Panglima tertinggi mereka.

Saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi ATM bukan sahaja dari musuh tetapi juga dari pemimpin yang zhalim. Aameen.

Wassalam

Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)
24 Disember 2017

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat