Saturday, 30 December 2017

Benarkah Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura

Sehari dua ni pemakan dedak yang semakin terdesak mula menyebarkan cerita konon nya Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura untuk pembinaan empangan bagi membekalkan air ke negara tersebut. Dan konon nya keluasan tanah tersebut dua kali ganda berbanding tanah Forest City yang Najib jual ke China.

FAKTA SEBENAR.

Pada tahun 1990 Tun membuat PERJANJIAN TAMBAHAN kepada perjanjian air Malaysia - Singapura 1962. Dan perjanjian kali ini memberi BANYAK KELEBIHAN kepada Malaysia berbanding perjanjian sebelum nya yang lebih memihak kepada Singapura.

Intipati perjanjian:

Kerajaan Malaysia MENYEWAKAN tanah seluas 24 ribu hektar kepada kerajaan Singapura bagi negara tersebut membina empangan di Sungai Linggui Johor. Empangan yang siap di bina pada tahun 1993 dan di kendalikan oleh Syarikat Air Singapura sehingga tempoh perjanjian asal tamat pada tahun 2060.

Antara terma dan syarat yang di tetapkan ke atas Singapura

1. Kerajaan Singapura membayar PREMIUM TAHUNAN sebanyak RM18 ribu bagi setiap hektar. Premium keseluruhan berjumlah RM432 juta setahun.

2. Membayar CUKAI TANAH tahunan RM30 bagi setiap 1000 kaki persegi. Cukai keseluruhan berjumlah RM76 juta setahun.

KEDUA PREMIUM DAN CUKAI YANG MEMBERIKAN PENDAPATAN TAMBAHAN KEPADA KERAJAAN BERJUMLAH RM13.7 BILLION SEJAK 27 TAHUN DAHULU.

3. Kerajaan Singapura MEMBAYAR PAMPASAN berjumlah RM320 juta bagi kehilangan kegunaan tanah.

4. Jumlah AIR MENTAH yang boleh di proses oleh Singapura di HADKAN kepada 250 juta gelen sehari.

5. Dan Singapura pula membekalkan 5 juta gelen sehari air yang telah DIRAWAT secara PERCUMA kepada Johor.

6. Empangan dan loji rawatan air akan menjadi milik Malaysia setelah tempoh perjanjian tamat.

7. Selain dari itu syarikat Petroleum Negara Petronas di berikan kontrak bagi membekalkan gas asli kepada Singapura.

Tuesday, 26 December 2017

Hishamudin Badut Tak Tau Tugas Menteri Pertahanan

YB Menteri Pertahanan, kalau kabinet masih belum bincang isu Baitulmaqadis, kenapa Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dah buat pengumuman untuk hantar ATM ke Baitulmaqadis?

Baru2 ini Hishammudin telah mencabar seolah2 mahu berperang dengan Israel dengan bercadang untuk menghantar ATM ke Baitulmaqadis.

Dengan kenyataan Hishammudin itu, Malaysia muncul sebagai negara pertama yang berani untuk mengerahkan bala tenteranya untuk berkemungkinan bertempur dengan pihak yahudi selepas president Trump mengumumkan untuk memindahkan kedutaan  Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baltulmaqadis. Kenyataan Hishammudin dilihat sungguh berani  kerana malaysia lah negara pertama yang mengatakan Tenteranya hanya menunggu arahan dari Yang Di Pertuan Agong sahaja untuk dikerahkan. Hishammudin bercakap seolah2 malaysia lebih hebat dari Negara Turki Yang mempunyai Angkatan Tentera kedua terbesar dalam NATO dan ke14 terkuat di dunia.

Saya tidak tahu apa sebenarnya Hishammudin nak buktikan kepada parti UMNO dan pada rakyat malaysia keseluruhannya. Adakah Hishammudin fikirkan yang ATM Kita yang tidak ada pengalaman langsung dalam penerangan terbuka mempunyai kemampuan untuk menentang Angkatan Tentera Israel yang Di geruni oleh negara2 Timur Tengah? Sebagai Menteri Pertahanan sudahkah dia bertanya kepada jemaah panglima2 ATM bagaimana Israel telah mengalahkan Angkatan Tentera Bersekutu Arab semasa peperangan Arab-Israel pada tahun 1967 dulu? Seramai 20,000 Tentera bersekutu Arab (Mesir,Syria Dan Jordan) telah terkorban manakala pihak Israel kehilangan hanya 1000 anggota sahaja. Peristiwa itu adalah 50 tahun yang lalu. Tidakkah Hishammudin boleh bayangkan gergasi apakah Israel sekarang ini? Budak sekolah yang rajin membaca dalam internet pun tahu Israel mempunyai persenjatan canggih seperti ICBM dan persenjatan nuklear. Persenjatan nuklear Jericho lll ICBM mereka boleh di lancarkan sehingga jarak 11,500km. Bila2 masa sahaja boleh sampai ke Putrajaya dengan bahan nuklear seberat 1000kg. Mungkin Hishammudin kira jumlah kekuatan anggota Tentera antara Israel dengan malaysia, Mungkin angka nya agak sama. Tapi Kita sekarang bukan tahun 1400 di mana kita lawan dengan pedang, keris dan tombak dengan menaiki Gajah!

Cuba Hishammudin tanya apa TUDM ada... Israel ada  243 buah Jet pejuang, 50 buah Jet pejuang F-35, Pesawat2 stealth Yang mampu megawasi pergerakan seluruh Timur Tengah dari Udara. PTU pastinya malu nak beri tahu jumlah Pesawat yang dia ada. Kalaulah dia ada lebih dari 30 buah pun nasib baik. Itu pun tak tahu samaada Pesawat itu hanya mampu untuk perang atau hanya untuk pertunjukkan Udara di Hari Kebangsaan sahaja. Ini belum termasuk helicopter serang tempur Apache AH-64 dan lain2 Pesawat yang di miliki Israel.

Dari kekuatan tentera Darat pula Israel mempunyai 2,620 kereta kebal Yang kebanyakkan nya jenis Merkava (model Mark I, II, III and IV) berbanding dengan kereta kebal Kita dari jenis PT91buatan Poland, yang sentiasa duduk Di workshop kerana tiada bahan ganti.Belum Kita cerita tentang persenjatan NBC mereka. Pakaian melawan NBC pun Kita tidak ada.

Takut saya nak cerita kekuatan Israel yang termoden yang lain.

Hishammudin Dan Zahid tidak tahu nak kalahkan 200 orang suluk semasa insiden di Lahad Datu dulu. Ini kan pula nak berdepan dengan Israel! Kalau 22 negara Arab tidak mampu memasuki Israel, saya masih tertanya2 macam mana Hishammudin hendak melakukan.

Kami dari kalangan Veteran melihat pengumuman Hishammudin untuk berhadapan dengan Israel adalah satu drama politik UMNO yang murahan untuk memancing undi orang Islam untuk menang pilihan Raya, terutama untuk menang hati pengundi PAS. Ramai orang Melayu Islam di malaysia menganggap peperangan adalah seperti zaman lawan pedang dan tombak zaman dulu dan Hishammudin ingat dia boleh menipu pengundi yang malaysia mampu berperang.

Sekarang Hishammudin telah menukar rentaknya dan menafikan yang malaysia hendak berperang dengan Israel. Dua hari yang lepas dia kata malaysia sebenarnya hendak menjadi pasukan pengaman Di Baitulmaqadis dan bukannya nak berperang. Ini Satu lagi kenyataan yang bodoh dari Hishammudin. Penentu mengadakan pasukan pengaman bukan tugas atau kuasa mana2 negara secara persendirian. Ianya hendaklah di putus olih PBB. Jika malaysia menghantar Pasukan Tentera kita adakah Israel akan berdiam diri dan rasa kecut dengan kehadiran tentera malaysia di Baitulmaqadis? Sekali lagi saya nasihatkan Hishammudin jangan buat Lawak bodoh setaraf dengan Raja Lawak!

Hari ini saya terbaca berita Yang mengatakan kabinet masih belum membincangkan isu Baitulmaqadis! Lagi cerita Raja Lawak. Saya rasa Hishammudin tidak tahu apa tugas dia sebagai seorang Menteri dan juga tugasnya sebagai Menteri Pertahanan. Hishammudin seolah2 hendak menjadi Panglima Angkatan Tentera kot.

Saya tidak mahu mengkritik ATM di sini tapi saya sedih melihat keadaan sekarang. Sebagai Menteri Pertahanan, Hishammudin harus berkerja keras bukan sahaja untuk mendapat sokongan anggota ATM dengan memberi gaji yang lumayan tetapi Hishammudin wajib memastikan ATM mempunyai peralatan perang yang cukup dan boleh berfungsi semasa perang.  Memastikan Setiap anggota Tentera dilatih dengan betul dan sentiasa bersiap siaga dari segi ilmu, kemahiran, mental dan paling penting keimanan dan jatidiri.

Angkatan Tentera bukan pasukan seperti RELA. Dan Jangan sekali2 membuat nya seperti RELA. Panglima2 tentera harus di pilih dari mereka yang betul2 faham tentang peranan mereka, bukan kerana mereka suka menyokong orang politik. Angkatan Tentera adalah insuran nyawa bagi sebuah negara. Jika insuran itu tidak mampu untuk membantu dalam keadaan susah, maka lumpuh lah Negara itu.

Saya yakin dan percaya, ATM adalah satu organasasi yang berkhidmat dengan penuh taat setia kepada Raja dan Negara. Janganlah orang politik mahupun dari perkhidmatan awam am cuba merendahkan martabat mereka hinggakan mereka tidak bermaya.

Saya telah sebutkan dulu dan saya tegaskan sekali  lagi disini, Kerajaan hendak lah mentadbir mengikut Keluhuran undang2 atau RULE OF LAW. Wasiat Raja2 Melayu no.3 yang di buat pada 5 Ogos 1957 hendaklah di di fahami oleh semua. Perkara 41, 132, dan 137 hendaklah difahami dan jangan sekali2 di salah ertikan dan disalah gunakan seperti apa yang sedang belaku sekarang.

Hishammudin, saudara hanya menunjukkan kebodohan saudara pada Rakyat dan dunia luar.. jangan lah jadi Pak Pandir. Ingatlah, setiap anggota Tentera yang rendah pelajaran mereka pun boleh berfikir bahawa cara saudara bercakap adalah seperti menyuruh anggota Tentera bunuh diri Di Baitulmaqadis.

Saya sebagai Veteran ATM rasa sangat2 kecewa dan sedih melihat keadaan ATM di gunakan oleh orang politik. Bukan untuk negara tetapi untuk kepentingan kedudukan politik. Ingat, ATM bukan hak milik parti politik tapi adalah hak milik Rakyat. Rakyat Yang membayar gaji mereka. Dan menurut Perkara 132 perlembagaan persekutuan, secara social contract, rakyat telah meletakkan ATM sebagai perkhidmatan awam yang teratas Dan terkanan sekali dan perlembagaan persekutuan telah mengakui bahawa mengikut Perkara 41, ATM bertanggonjawab terus kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai Panglima tertinggi mereka.

Saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi ATM bukan sahaja dari musuh tetapi juga dari pemimpin yang zhalim. Aameen.

Wassalam

Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)
24 Disember 2017

Friday, 1 December 2017

Dr Mahathir akan fail semakan kehakiman berhubung laporan RCI forex

Dr Mahathir Mohamad memberikan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal urus niaga mata wang Bank Negara Malaysia tempoh sehingga Jumaat untuk menghentikan edaran laporannya.

DR Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dagangan mata wang asing agar menghentikan pengedaran penemuannya atau bekas perdana menteri itu akan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menyekat laporan itu.
"Kami bercadang menulis kepada Sekretariat RCI pada Isnin untuk menuntut mereka menghentikan pengedaran atau menerbitkan laporan semasa, sehingga mereka memasukkan kesemua 495 muka surat (penyerahan bertulis Dr Mahathir) ke dalam laporan tersebut," kata peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla.

"Kami akan memberi mereka tempoh sehingga Jumaat bagi memberi respons positif, sekiranya gagal kami akan menghantar permohonan semakan kehakiman melarang penerbitan laporan 'separuh masak' dan mengelakkannya daripada diberikan kepada pihak istana, Parlimen dan orang awam secara tidak adil dan tidak jujur dalam melaksanakan agenda politik (Perdana Menteri) Najib Razak," katanya.

"Pesuruhajaya tidak jujur kepada Agong dan orang awam. Mereka tidak mengemukakan sekurang-kurangnya separuh daripada apa yang sepatutnya dikemukakan dalam laporan itu, malah tidak memasukkan penghujahan oleh Anwar," kata Haniff kepada The Malaysian Insight.

"Ia mengelirukan kerana orang ramai tidak mengetahui bahan dan hujah yang diberikan oleh peguam Dr Mahathir terhadap perkara yang dianggap bukti oleh RCI dalam laporannya."

Keterangan bertulis Dr Mahathir berjumlah 256 muka surat, termasuk hujah terhadap penglibatannya dalam kerugian forex, yang RCI simpulkan menjadi RM31.5 bilion, antara 1992 dan 1994.
Baki 239 muka surat adalah permohonan tajuk perbincangan dalam bentuk bertulis.

Antara lain, mereka meminta bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Murad Khalid disoal oleh peguam pemerhati, dan panel RCI yang diketuai oleh Pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan, dihalang daripada membuat sebarang kesimpulan sebelum sesi pendengaran selesai.

Haniff berkata RCI merumuskan semua permohonan dalam tiga muka surat, dan transkrip pertanyaan lisan oleh panel, pegawai dan peguam pemerhati juga hilang daripada laporan itu.

"Tiada transkrip balasan Dr Mahathir yang menjawab soalan. Bagaimana rakyat akan menentukan kesahan keputusan RCI sedangkan mereka tidak mempunyai akses kepada transkrip, yang secara sengaja ditinggalkan?

Kerugian forex: BN Mahu Mendakwa Tun M

Masih ramai percaya RCI kerugian forex BNM ditubuhkan selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi pengkritik tegar Perdana Menteri Najib Razak.

JIKA Barisan Nasional (BN) meneruskan tindakan untuk mendakwa Dr Mahathir Mohamad berkaitan kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) 30 tahun lalu, ia dijangka akan mencetuskan tindak balas negatif daripada rakyat yang akan memburukkan lagi BN.

Ini kerana, kebanyakan rakyat percaya bahawa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian itu, hanyalah berunsurkan politik.

Mereka berkata sementara pentadbiran Najib sibuk menyiasat kerugian urus niaga wang asing bank pusat itu yang berlaku bertahun lalu, ia lembap pula dalam siasatan terhadap kehilangan berbilion ringgit menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul dua tahun lalu.

“Jadi, dengan membawa Dr Mahathir ke mahkamah, BN akan berdepan tindak balas dalam pilihan raya kerana beliau masih sangat dihormati di negara ini atas jasanya membina Malaysia moden,” kata penganalisis politik bebas Dr Andrew Aeria yang juga bekas profesor madya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Adakah BN mahu mengambil risiko dengan menjadikan Dr Mahathir seorang syahid?”

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata RCI itu kelihatan seperti ada unsur politik kerana tidak ada tindakan diambil terhadap skandal 1MBD.

“BN tidak boleh menggunakan RCI itu sebagai amunisi. Ia amunisi yang tidak ada kesan,” kata Hisommudin.

“BN sudah hilang kewajaran untuk bercakap tentang tadbir urus yang baik ketelusan dan rasuah,” kata Faisal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Terlalu banyak tuduhan terhadap orang di dalam kerajaan tetapi masih tidak ada tindakan terhadap mereka. Tetapi bila ia membabitkan pembangkang, tindakannya cepat dan cekap,”

Pengkritik mempertikaikan begitu pantas dan cekap kerajaan menyiasat kerugian forex itu berbanding kerugian dalam 1MDB dan agensi kerajaan lain seperti Mara dan Felda.

Ia berbeza dengan kes 1MDB, di mana polis masih belum melengkapkan siasatan mereka walaupun pendedahan berlaku penipuan dan pengubahan wang haram mula timbul pertengahan 2015.

Kekurangan tindakan menghukum di Malaysia berhubung 1MDB sangat berbeza dengan Singapura, yang memenjarakan pegawai bank dan menutup cawangan dua bank asing kerana menguruskan wang 1MDB.

Sementara itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat membekukan dan memohon untuk merampas hartanah dan karya seni bernilai lebih AS$1 bilion dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.

Satu kajian dibuat badan anti rasuah terhadap urus niaga dan kerugian 1MDB mendapati syarikat itu ditubuhkan untuk mencuri berbilion ringgit daripada rakyat Malaysia.

Hisommudin dari Ilham Centre berkata sebarang cubaan untuk mendakwa Dr Mahathir akan menarik undi simpati daripada pengundi atas pagar, yang membentuk 30% hingga 40% daripada daftar pengundi.

“RCI itu tidak ada daya tarikan dalam kalangan rakyat ketika kami menjalankan kaji selidik di Kuala Selangor, Sungai Besar dan Tanjong Karang.

“Kerana ia isu yang kompleks dan berlaku terlalu lama dulu, jadi rakyat tidak rasa dekat dengan isu itu,”