Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Sawan Berpunca Dari Jin

Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan. Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi, bermula dengan kehilangan memori ringan - absences sehingga konvulsi (jatuh atau goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari. Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan berpotensi menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor mengawalnya melalui diet. Perubatan moden mengklasifikasikan sawan kepada tiga kategori: 1 Sawan Menyeluruh/Generalise (melibatkan keseluruhan otak - Grand Mal atau Sawan Tonik-Klonik). Pesakit kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.

Kehebatan Abdullah Ibnu Zubair

Pengenalan Nama beliau ialah Abdullah ibnu Zubair ibnu Al-'Awwam ibnu Khuwailid ibnu Asad ibnu 'Abdul 'Uzza ibnu Qushai Al-Asadi. Ayahnya Zubair ibnu 'Awwam r.a ialah anak saudara kepada isteri pertama Nabi S.a.w iaitu Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid r.a. Ayahnya merupakan salah seorang di antara sepuluh sahabat Rasulullah S.a.w yang dijamin masuk syurga. Ibunya pula bernama Asma' binti Abu Bakr As-Siddiq r.a dan ibu di sebelah ayahnya iaitu nenek beliau bernama Sofiah, merupakan ibu saudara kepada Rasulullah S.a.w. [1] Beliaulah anak lelaki yang mula-mula dilahirkan dalam kalangan kaum Muhajirin selepas Hijrah. Orang-orang Islam sangat gembira dengan kelahirannya kerana selama setahun berlalu tiada satu kelahiran bayi pun berlaku dalam kalangan kaum Muhajirin. Orang-orang Yahudi berkata, "Kami telah mengenakan sihir kepada orang-orang Muhajirin. Mereka tidak akan mendapat anak lelaki lagi." [2] Sabda Rasulullah S.a.w; "Wahai Aisyah, a

ERA MAHATHIR DALAM PROTON

Acara merasmikan Proton Perdana sepatutnya menjadi sebuah acara kebanggaan negara (nation pride).  Ia bukan sahaja sebuah acara yang memperkenalkan model kereta nasional kepada umum tetapi merupakan satu testimoni kepada keupayaan teknologi dan kejuruteraan rakyat Malaysia. Namun, hari ini pengertian kepada acara tersebut telah diberikan makna baru. Ia boleh dijadikan sebuah acara politik untuk menghentam musuh politik. Seorang pemimpin dilaporkan berkata 'era Tun Dr Mahathir campur tangan politik di dalam Proton telah berakhir' dan beliau dengan jelas mengkritik model perniagaan Proton yang baginya telah silap percaturan sejak penubuhan Proton 30 tahun dahulu. Sesungguhnya kehandalan beliau dalam menilai 'viability' sesebuah model perniagaan sesebuah syarikat amat diketahui umum. Inilah insan yang secara jelas mengakui kelemahan model bisnes syarikat pelaburan strategik beliau yang-tidak-boleh-dinamakan. Ini sama sekali berbeza dengan Tun Dr Mahathir. Pengasas Proton i

Penjelasan Tun Dr Mahathir Kepada Ahli Ahli Dungu UmNo

Penjelasan bertulis Tun Dr Mahathir utk pengetahun siapa saja yg berasa kurang faham kenapa/mengapa beliau bertindak seperti hari ini. Tun Dr Mahathir blog 14 June 2016 Ada ahli Umno yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, musuh ketat Umno. Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika Umno masih Umno yang ditubuh pada 1946. Di masa saya jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Tan sri Rais Yatim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa. Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka. Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. Umno diheret ke mahkamah dan hakim hukum Umno haram. Saya terpaksa hidupkan semula Umno. Walaupun Teng

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Sejarah Penyelewengan Kristian

SEbenarnya penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus) lagi. Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul ialah Yahudi warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani (Kristian).Selepas itu dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman seperjalanan Barnabas-seorang sahabat Nabi Isa a.s. Perosak Kunci 'The Kingdom of Heaven' SUMBER Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah Saul.Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.