Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Seorang Surirumah Diperkosa

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar motivasi dikenali sebagai ‘Mr A’ menjadi buruan polis selepas memperdaya dan memperkosa seorang suri rumah yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi. Sumber polis berkata, mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sosial, awal bulan ini. Pada awal perkenalan itu, menurutnya, mangsa dikatakan tidak menceritakan masalah peribadi, namun lelaki itu sering menceritakan kepakaran menyelesaikan masalah dihadapi wanita. “Taktik itu membuatkan mangsa terpaut pada kebolehan dan kepetahan suspek berbicara, termasuk meyakinkannya dengan pelbagai nasihat. “Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dengan alasan kononnya bersedia membantu dan mendengar luahan masalah rumah tangga wanita itu,” katanya. Mangsa kemudian bertemu suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pahang di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu.

Keajaiban Bawang

Inilah Yang Terjadi Jika Anda Letakkan Hirisan Bawang Pada Telapak Kaki Saat Anda Tidur Dalam peerubatan China, telapak kaki memiliki jalur akses terus ke beberapa organ pada tubuh anda melalui apa yang dikenali sebagai meridian. Meridian ini adalah jalur tertentu organ pada tubuh. Bagi mereka yang memahami perubatan Cina mungkin tahu bahawa sistem meridian sangat berkait rapat dengan sistem saraf. Pada gambar  ini anda dapat melihat organ dan sistem dalam tubuh dan titik hubungan meridian di kaki. Telapak kaki memiliki banyak saraf yang berbeza, di mana ada sekitar 7,000 ujung saraf yang secara langsung menghubungkan ke berbagai organ pada tubuh. Hujung-hujung saraf tersebut adalah sirkuit listrik yang sangat kuat dalam tubuh dan sering aktif jika sering menerima sentuhan. Tak hairan jika para ahli perubatan China menggalakkan berjalan dengan kaki tanpa kasut. Maksudnya agar hujung-hujung saraf di telapak kaki dapat menerima banyak rangsangan dari apa yang dipijak serta agar bersentuh

Kisah Ulamak Jahat

TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF 175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat. 176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. 177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri. KISAH DAR

Nasihat Dari Ismail Kamus Mengenai Jin

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. 2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh). 5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur. 6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu

Ulamak Menghalalkan Musik?

Diantara hadis pokok yang sering diperdebatkan mengenai status hukum muzik adalah hadis riwayat al-Bukhari: "Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, arak dan alat muzik...." Syaikh al-Albani ketika mempertahankan hadis ini dan hadis lain juga yang seangkatannya, turut menyebut tentang sikap sesetengah ulama (yang menolak hadis ini atau melemahkan pendapat muzik haram) ketika berhadapan dengan hadis-hadis ini, antaranya: 1. Mereka akan mengatakan: "Terdapat ulama yang melemahkan (men'dhaif'kan) hadis tersebut. Contohnya seperti ibn Hazm." Meskipun mereka tahu masih ramai ulama lain yang jauh lebih alim di dalam ilmu hadis menyebutkan hadis ini sahih. 2. Terkadang mereka menolak hadis ini dengan mengatakan ini hadis ahad sedangkan menurut para ulama hadis ahad juga boleh diambil sebagai hujah hukum. 3. Ada yang menolak hadis ini kerana dia berkata indikasi amalannya tidak tegas. Hakikatnya syarat itu tidak pernah menjadi salah

Orang Gila Sahaja Yang Percaya Najib Tidak Bersalah

LAGI CERITA BELANJA MEWAH PM FAKTA sejarah yang kita dah tahu: masa lebih setengah juta rakyat jelata dilanda banjir besar hujung tahun 2014, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, main golf di Hawaii dengan Presiden Amerika Barrack Obama. FAKTA sejarah yang dah kita tahu: bila rakyat jelata dapat tahu hal itu melalui Internet dan media sosial, dia bergegas balik sampai “lupa” jet eksekutif mewah hak Kerajaan Malaysia (hak rakyat jelata la tu) dan “tinggal” isteri.  FAKTA sejarah yang dah kita tahu: jet eksekutif mewah milik negara itu tiba-tiba dikesan oleh Flightradar24 di tanah besar Amerika. FAKTA yang baru didedah: Masa bercuti di Hawaii, Mohd Najib guna kad kredit sebanyak AS$130,625 (kira-kira RM522,500) di butik beg tangan Chanel, Honolulu pada 22 Disember 2014. Duit banyak tu cukup untuk dirikan dua buah masjid kampung. Yang kita tahu, gaji pokok Perdana Menteri setahun hanya kira-kira RM273,912. Maksudnya belanja d

Kenapa Deklarasi Perlu Dilakukan

KENAPA DEKLARASI KENAPA TIDAK UNDI TAK PERCAYA 1. Dalam negara demokratik memang cara yang terbaik untuk menukar Kerajaan atau Perdana Menteri ialah dengan undi tidak percaya dalam dewan. 2. Di Malaysia perlembagaan memperuntukkan penyingkiran PM boleh dibuat jika ada bukti ia tidak mendapat sokongan dari majoriti ahli Dewan Rakyat dengan apa-apa cara yang jelas walaupun tidak ada usul dalam Dewan. Ini bermakna jika majoriti ahli Dewan (Kerajaan dan Pembangkang) mengemuka pengakuan secara tertulis, ditandatangani dan bersaksi, bahawa mereka tidak lagi percaya kepada Najib, maka Yang diPertuan Agong boleh bertindak menyingkir Najib. Ianya sama seperti yang Najib lakukan di Perak pada 2009 dan di Kedah baru-baru ini. 3. Tetapi, seperti kita semua maklum wakil rakyat BN yang menjadi majoriti dalam dewan sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib. Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Dato Nazir, ad

68 peratus dari ramalan nya telah menjadi kenyataan

She was buried in a churchyard of the Saint Petca Bulgarian Church in the Rupite region. Vangelia Pandeva Dimitrova’s interest in politics was not incidental. She was born on the territory of modern Macedonia – the land which was an apple of discord for years between Turkey, Greece, Bulgaria and Serbia. Her native land experienced two World Wars in which the Bulgarians and the Serbs were struggling in different camps. She was always recognized as one of the great visionaries of the twentieth century due to the precision with which she anticipated in advance many of the great world events. She was known in the region as the “Nostradamus of the Balkans”. Vanga lost her sight when she was 12. She was swept away by a mighty tornado. Later she was found alive, covered with dirt and stones, with sand in her eyes. She became blind as a result. Vanga started making predictions when she was 16. She helped her father find a sheep stolen from the flock. She provided a detailed description of a ya

Adakah Melayu Menjadi Bangsat Tanpa UMNO?

Ada yang mengatakan tanpa umno maka habislah orang orang melayu di negara ini. Kita harus memahami satu perkara bahawa yang memperjuangkan nasib orang melayu adalah diri kita sendiri. Umno cumalah satu nama alat kepada perjuangan kita. Pada tahun 1400 hingga 1500 umno tidak wujud tapi orang melayu mampu untuk membina sebuah empayar. Umno hanya wujud apabila pihak penjajah amat khuatir dengan pengaruh indonesia yang mula masuk kedalam tanah melayu. Diwaktu itu singapura juga sudah hampir dikuasai oleh komunis.  Hanya tanah melayu sahaja yang agak bebas dari pengaruh komunis di sekitar asia tenggara. Ini membuatkan pihak inggeris perlu dengan segera  memerdekakan tanah melayu tapi dengan beberapa syarat yang telah mereka gariskan dengan parti umno. Walaupun tanah melayu dimerdekakan budaya pendidikan inggeris tetap diserapkan kejiwa anak anak melayu. Malah tanah melayu semakin kotor selepas inggeris keluar dari tanah melayu kerana elitis melayu telah menggantikan tempat dalam kehidupan s

Perang Akhir Zaman Sudah Bermula Di Syria

Eramuslim.com  : Konflik Suriah memasuki tahun keempat , semakin banyak pejuang Sunni dan milisi Syiah terlibat konflik  perang sektarian yang semakin meluas, dengan masing-masing pihak meyakininya sebagai tanda akhir zaman dan dekatnya hari hari menjelang hari kiamat. ” Jika anda berpikir bahwa semua mujahidin ini datang dari seluruh dunia hanya untuk melawan Assad , anda telah keliru , ” seorang mujahidin Muslim yang memakai nama Abu Omar  di Aleppo mengatakan kepada Reuters, Selasa , 1 April. ” Mereka semua di sini hadir untuk memenuhi apa  yang dijanjikan oleh Nabi SAW . Ini adalah perang yang dijanjikan – ini akan menjadi Perang Besar, ” tambahnya. Perang di negeri Syam ini yang dimulai pada Maret tahun 2011 , telah  dijanjikan dalam abad ke-7 dalam nubuwah Nabi Muhammad Saw. Salah satu hadis Nabi Muhammad (saw ) menyebutkan Suriah akan menjadi wilayah pertempuran utama , didalamnya banyak kota-kota di mana pertumpahan darah akan tumpah . Ratusan ribu orang akan

Arul Kanda Sudah Kecut Perut Tidak Mahu Pertahankan Najib

Semalam saja ada beberapa berita berkaitan 1MDB yang sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia yang mungkin ada hubung kaitnya antara satu sama lain. Mula-mula kita disajikan dengan berita ini... Bekas CEO Aabar, Mohamed Al Husseiney dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi dah difahamkan dalam proses untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat. Penahanan itu disahkan oleh sumber yang rapat dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kepada Sarawak Report dan Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin turut mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Al Husseiney merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015 dan Aabar ialah subsidiari IPIC atau International Petroleum Investment Company, sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dengan 1MDB. Kemudian berita ini... Lepas itu yang ini pula... Dan sekaligus menjadikan semakin banyak negara sudah memulakan siasatannya terhadap 1MDB dengan sekurang-kurangnya sudah dimulai dengan Singapura, Switzerland, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom..