Tuesday, 5 April 2016

Adakah Melayu Menjadi Bangsat Tanpa UMNO?

Ada yang mengatakan tanpa umno maka habislah orang orang melayu di negara ini.

Kita harus memahami satu perkara bahawa yang memperjuangkan nasib orang melayu adalah diri kita sendiri.

Umno cumalah satu nama alat kepada perjuangan kita.

Pada tahun 1400 hingga 1500 umno tidak wujud tapi orang melayu mampu untuk membina sebuah empayar.

Umno hanya wujud apabila pihak penjajah amat khuatir dengan pengaruh indonesia yang mula masuk kedalam tanah melayu.

Diwaktu itu singapura juga sudah hampir dikuasai oleh komunis. 

Hanya tanah melayu sahaja yang agak bebas dari pengaruh komunis di sekitar asia tenggara.

Ini membuatkan pihak inggeris perlu dengan segera  memerdekakan tanah melayu tapi dengan beberapa syarat yang telah mereka gariskan dengan parti umno.

Walaupun tanah melayu dimerdekakan budaya pendidikan inggeris tetap diserapkan kejiwa anak anak melayu.

Malah tanah melayu semakin kotor selepas inggeris keluar dari tanah melayu kerana elitis melayu telah menggantikan tempat dalam kehidupan sosial orang orang inggeris tersebut.

Hanya apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 barulah nampak perubahan yang drastik didalam tanah melayu ini.

Tun telah membuat beberapa dasar yang mahukan perubahan sikap orang melayu kearah lebih baik.

Diantara dasar dasarnya ialah dasar pandang ke timur.

Yang menarik nya berkenaan dengan diri Tun ialah beliau bukan seorang peminum arak malah beliau juga tidak merokok tidak seperti pemimpin yang lain.

Tun juga seorang yang amat berminat berkenaan agama islam sehingga membuat satu slogan yang amat terkenal diwaktu itu yakni penerapan nilai nilai Islam.

Dizaman Tun jugalah murid murid sekolah digalakkan untuk memakai seluar panjang bagi lelaki dan memakai baju kurung untuk pelajar wanita bagi menggantikan skirt yang dijadikan uniform sekolah sebelum itu.

Tun juga telah membuat satu transformasi didalam umno dengan membuat larangan menghisap rokok sewaktu mesyuarat umno.

Sebelum itu mesyuarat majlis tertinggi umno dipenuhi dengan asap rokok. Malah ada yang mengatakan asap curut Tunku abd rahman adalah lebih banyak daripada idea nya untuk membangunkan negara....

Oleh itu yang menyelamatkan orang melayu bukanlah umno tetapi sebaliknya individu individu yang berada didalam umno.

Sekiranya individu individu yang berkualiti ini berada didalam parti lain sekalipun maka orang melayu tetap selamat dan berjaya.

Umno hari ini dikuasai oleh individu yang mahu menghancurkan bangsa nya sendiri.

Bukan sahaja bangsanya mahu dihancurkan malah negara ini juga mahu dilelong.