Skip to main content

Penjelasan Tun Dr Mahathir Kepada Ahli Ahli Dungu UmNo

Penjelasan bertulis Tun Dr Mahathir utk pengetahun siapa saja yg berasa kurang faham kenapa/mengapa beliau bertindak seperti hari ini.

Tun Dr Mahathir blog 14 June 2016

Ada ahli Umno yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, musuh ketat Umno.

Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika Umno masih Umno yang ditubuh pada 1946.

Di masa saya jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Tan sri Rais Yatim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa.

Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.

Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. Umno diheret ke mahkamah dan hakim hukum Umno haram.

Saya terpaksa hidupkan semula Umno. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli Umno menyertai Umno Baru.

Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari Umno melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.

Kembali kuat

Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam Umno.

Umno kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya di masa pertandingan berada dalam Umno.

Inilah cara Umno. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.

Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan di bawah Tan Sri Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan jawatannya. Saya tidak larang.

Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.

Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.

Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.

Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi.

Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti.

Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin Umno. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.

Perwakilan ke Mesyuarat Agong Umno tidak lagi bebas bersuara. Mereka ditaklimatkan supaya tidak sentuh 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.

Dalam keadaan begini bolehkah ahli Umno beri sokongan kepada saya secara terbuka dan ramai jika saya tegur Najib ? Beranikah ahli Umno secara terbuka tandatangani Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib ?

Restui kesalahan Najib

Beberapa Ketua Cawangan yang mengkritik Najib telah diberi amaran, diganggu perniagaan, ditarik balik biasiswa isteri dan bermacam lagi tekanan.

Yang jelas ialah semua Menteri Menteri, Ketua Bahagian Umno, wakil wakil rakyat Umno membisu dalam merestui segala salah laku Najib.

Biarlah hilang berbillion ringgit, negara dikenali di dunia sebagai antara sepuluh negara yang tertinggi rasuahnya, rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dimalukan dan dihina dan Najib sendiri takut bertemu dengan pemberita asing, namun ahli Umno akan sokong Najib.

Akhbar dunia melapor secara terperinci dan terbuka berkenaan bagaimana Najib menyalahguna kuasa, memasukkan dalam tahanan pemimpin Umno yang membuat laporan polis, mendakwanya di bawah undang undang pengganas, menangkap peguamnya, tetapi pemimpin dan ahli Umno tidak berasa malu dan terus sokong Najib.

Dan sekarang undang-undang dikuatkuasakan yang memberi kuasa kepada Najib membelakangkan Yang Di Pertuan Agong, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara untuk mengisytiharkan kawasan darurat dalam mana Najib sebagai Pengerusi National Security Council (Majlis Keselamatan Negara), boleh masukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara di mahkamah.

Gerakan rakyat

Semua pihak dalam dan luar negara mengecam undang undang ini. Yang Di Pertuan Agong dan Raja Raja tidak menandatangani undang-undang ini.

Baginda dan Duli Duli Raja Raja mengarahkan supaya dikaji dan dihalusi peruntukan dalam undang undang ini.

Najib tidak endah semua bantahan dan nasihat Raja Raja. Dia kuatkuasakan sahaja undang undang ini.

Yang boleh meminda atau menolak undang undang ini ialah Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dari Umno dan BN tidak mungkin menolak rebutan kuasa oleh Najib.

Apakah mungkin teguran saya disokong oleh ahli Umno secara meluas ? Tentu tidak.

Saya tidak sertai mana mana parti sekarang. Saya bebas untuk berserta dengan apa sahaja gerakan. Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib.

Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat. Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju.

Oleh kerana pimpinan Umno sekarang tidak faham bahasa saya, saya jelaskan sekali lagi bahawa saya bertindak sebagai rakyat Malaysia untuk menyedarkan Najib bahawa rakyat tidak terimanya lagi.

Jika ada Kit Siang atau sesiapa bersama saya, itu adalah kerana mereka seperti saya juga rakyat Malaysia yang hendak menyatakan kepada Najib melalui PRK ini bahawa rakyat sudah tidak lagi dapat menerima Najib sebagai Perdana Menteri.

Hanya secara kebetulan sahaja mereka menjadi ahli parti-parti politik atau NGO.

Tetapi yang tidak mahu faham tentu tidak akan faham juga.

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat