Skip to main content

Orang Gila Sahaja Yang Percaya Najib Tidak Bersalah

LAGI CERITA BELANJA MEWAH PM

FAKTA sejarah yang kita dah tahu: masa lebih setengah juta rakyat jelata dilanda banjir besar hujung tahun 2014, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, main golf di Hawaii dengan Presiden Amerika Barrack Obama.

FAKTA sejarah yang dah kita tahu: bila rakyat jelata dapat tahu hal itu melalui Internet dan media sosial, dia bergegas balik sampai “lupa” jet eksekutif mewah hak Kerajaan Malaysia (hak rakyat jelata la tu) dan “tinggal” isteri. 

FAKTA sejarah yang dah kita tahu: jet eksekutif mewah milik negara itu tiba-tiba dikesan oleh Flightradar24 di tanah besar Amerika.

FAKTA yang baru didedah: Masa bercuti di Hawaii, Mohd Najib guna kad kredit sebanyak AS$130,625 (kira-kira RM522,500) di butik beg tangan Chanel, Honolulu pada 22 Disember 2014. Duit banyak tu cukup untuk dirikan dua buah masjid kampung.

Yang kita tahu, gaji pokok Perdana Menteri setahun hanya kira-kira RM273,912. Maksudnya belanja di butik Chanel dekat dua kali ganda setahun gaji. 

Sebelum itu, pada 24 Ogos 2014 kad kredit Mohd Najib digunakan di sebuah toko Sardnia, Itali untuk perbelanjaan sebanyak Euro 750,000 (kira-kira RM3.2 juta) - cukup untuk taja 260 penuntut universiti dalam negara sepanjang pengajian.

Dari mana dia dapat banyak sangat duit tu? Adakah keturunan dia kaya meliana? 

Ini buka cerita dongeng yang saya reka. Ini satu lagi cerita surat khabar Wall Street Journal (WSJ) berkenaan “derma” berbilion ringgit yang kononnya dia terima daripada Arab.

Julai tahun lepas Mohd Najib kepal penumbuk besar lutut nak saman WSJ kerana fitnah. Belum apa-apa Utusan Malaysia dah “headline” - PM Saman WSJ - tapi sampai hari ini Mohd Najib tak saman lagi. Macam-macam sebab dia bagi dan berdolak-dalik dia buat.

Kalau tak buat salah dan WSJ auta samanlah cepat-cepat. Minta ganti rugi RM2.6 bilion dan kongsi dengan rakyat jelata yang tengah susah. 
Rezeki Terpijak Ala Aladin
Cerita dermawan Arab ini lebih hebat daripada cerita Ali Baba Dengan Lampu Ajaib. Mula-mula sembunyi. Lepas itu kata seorang Arab derma. Kemudian beberapa orang Arab. Lepas tu Raja Arab (Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz A Saud yang mangkat Januari 2015). Yang paling baru seorang bernama Saud Abdulaziz Al Saud. Jabatan Perdana Menteri pun turut sahkan cerita terbaru ini.

Yang peliknya, mula-mula semua penyokong Mohd Najib kutuk program televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pasal skandal duit dia. Ada yang kata fitnah. Ada yang kata dendam. Ada yang kata karut.

Tapi dok tak dok semua lompat macam kera kena belacan bila rancangan itu siarkan sepucuk surat tahun 2011 yang kononnya dari seorang bernama Prince Saud Abdulaziz Al-Saud.

Dalam surat itu, Al-Saud kata dia yang bagi derma kepada Mohd Najib pasal kagum dengan cara Mohd Najib tegakkan syiar Islam. Hebat. Dua tahun jadi Perdana Menteri dah diiktiraf juara Islam.

Pasal selalu sangat ubah jalan cerita dan banyak sangat dolak-dalik, ramai orang tak percaya plot amal jariah Arab ini.

Sampai hari ini pun tak ada seorang Arab yang tampil mengaku dialah Al-Saud. Tak seorang pun ahli keluarga Raja Arab yang boleh dikaitkan dengan sedekah itu.

Yang paling dekat adalah kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir, Februari lepas yang kata, ia bukan derma keluarga di-raja tetapi pelaburan. Takkanlah Menteri Raja Arab berani auta?
Ramai Syak Duit 1MDB
Pasal itulah lebih orang yang faham perniagaan, pemindahan antarabangsa wang dan pengubahan wang haram (money laundering) tak percaya duit yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank itu derma Arab.

Mereka lebih berat percaya duit itu dari 1MDB atau melalui kegiatan pemindahan wang yang babitkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah lagi anak syarikat Kementerian Kewangan. WSJ kata Mohd Najib terima lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) dalam akaun peribadi dia.

Pada 29 Disember lepas, Peguam Negara Switzerland kata, sehingga AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB mungkin telah dilesapkan (misappropriated).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Jun tahun lepas dakwa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tak dapat dikesan. Tentulah 1MDB jawab tak betul. Tapi kalau ikut surat Peguam Negara Switzerland, mungkin betul dakwaan Dr Mahathir itu cuma jumlahnya tak sama.

Bukan Switzerland saja siasat 1MDB. Banyak negara dan agensi luar yang siasat dan bekukan duit yang bersangkut paut dengan 1MDB. Mereka syak ada kegiatan rasuah, melesapkan wang dan pengubahan duit haram.

Selain Switzerland, negara-negara lain yang siasat 1MDB adalah Singapura, China (Hong Kong), Amerika Syarikat, United Kingdom, Abu Dhabi, Australia dan terbaru, Luxembourg.

Malah pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) dah sekat perjalanan dan beku akaun dua orang eksekutif Arab yang berurusan dengan 1MDB. Mereka adalah bekas Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny. Al-Husseiny hadapi kemungkinan dihantar ke Amerika Syarikat atas permintaan Jabatan Kehakiman Amerika berhubung siasatan pengalihan wang haram.

Aabar dan induknya, International Petroleum Investment Company (IPIC) (diperbetulkan), pernah jadi rakan kongsi 1MDB.

Paling menekan bagi Mohd Najib, isterinya (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor, anak Rosmah Riza Shahriz Abdul Aziz, pengurusan 1MDB dan sekutu mereka Jho Low adalah siasatan Juri Agung (Grand Jury) yang sedang berjalan di Amerika Syarikat.

Tujuan siasatan kehakiman itu adalah bagi memastikan sama ada kegiatan perniagaan, termasuk pembelian apartmen mewah dan pembiayaan filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza dan Jho Low libatkan duit haram.

Soalnya, berapa lama lagi pemakan dedak Mohd Najib boleh mengabui mata rakyat jelata dengan cerita penderma Arab ini?

Kewujudan pemakan dedak pro-Mohd Najib ini disahkan sendiri oleh Ketua Penerangan Umno yang baru, (Datuk Seri Panglima) Annuar Musa dalam temu ramah dengan akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Dalam perang siber yang sekarang dikepalai oleh Datuk Ahmad Maslan mereka sudah kalah. Setiap kali mereka membuat tampalan mempertahan atau menyokong Mohd Najib mereka kena belasah teruk.

Di pihak lain pula, audiens media arus perdana yang terdiri khususnya daripada orang Melayu semakin menguncup.

Wallahuaklam.

A Kadir Jasin


Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat