KUALA TERENGGANU - Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah. Lebih memualkan, pekerjaan ‘lebih masa’ yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa ‘tutup mata’ dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya. Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.