Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Ibubapa Berhutang Masa Dengan Anak anak

Bila anak tidur, cuba kita renung wajah dia. Semakin lama kita tengok semakin sayang kita rasa. Mulalah rasa bersalah bila teringat kita marah dia siang tadi. Itupun jika kita ada perasaan itu. Kalau takda rasa, baik kita istighfar banyak-banyak. cucilah hati dengan 'clorox'.  Anak-anak bising, lompat-lompat kita marah su ruh duduk diam. Lupa pulak kita anak yang tak normal je duduk diam kan? Takpun anak yang dah terlantar sakit. Pagi hingga petang dan kadang-kadang malam kita keluar. Ada yang jumpa anak tak sampai sejam. Dah jumpa marah-marah anak tu. Anak tengah bercerita kita pura-pura dengar "iye..ummi dengar ni" tapi mata dekat phone. Dok senyum-senyum baca whatsApp. Badan kita je kat rumah tapi hati dan minda kita jauh kat luar sana. Kesian anak...mana hak anak kita ya? Hari ni kita buat macam tu dekat anak kita. Kita tunggu nanti 20 tahun lagi. Agak-agaknya anak kita akan buat benda yang sama tak? Masa tu kita jangan cakap anak kita derhaka ya

A British Man Should Know

A British man came to Sheikh and asked: Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?  The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth?  British man said: Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.  Sheikh replied: Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.  Then the British man asked the Sheikh: Why do your girls cover up their body and hair?  The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed.  He threw them both on the dusty floor and asked the British: If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?  The British replied: The covered one.  The Sheikh said: That's how we treat and see our woman. 

Sedih Nasib Umat Islam Di Bumi Ini

Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati. Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut. Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain. Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana belum bersedia untuk mendedah

Dilemma Wanita Berbuah Dada Besar

Gambar hiasan Mungkin bagi sesetengah wanita akan berasa bangga apabila memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka seksi serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka. Tetapi ia berbeza bagi Zuriana yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan buah mulut oleh masyarakat sekelilingnya. Zuriana tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja. Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah d#da yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno. “Ramai wanita idamkan payudara yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk. Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah le

ANEH!!! Anak Didalam Perut Ghaib

PARIT BUNTAR - Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai  Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini. Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan. “Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba. “Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini

MENGAIBKAN: Wartawan Asing Diarah Buka Coli Sebelum Masuk Pejabat PM

Wartawan antarabangsa kelmarin meluahkan perasaan tidak berpuas hati mereka terhadap tindakan pengawal yang mengarahkan mereka untuk menanggalkan coli dalam satu pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pejabat Perdana Menteri Israel. Ketiga-tiga wartawan tersebut telah diarahkan oleh anggota keselamatan untuk membuka pakaian mereka dan menanggalkan coli untuk tujuan pengimbasan sinar-X dalam dua kejadian berbeza di pejabat Benjamin Netanyahu di Jurusalem awal minggu ini. Ketiga-tiga mereka bagaimanapun akur dengan arahan yang diberikan, walaupun ia sesuatu yang memalukan. Kejadian ini disifatkan oleh Persatuan Media Asing (FPA) sebagai sesuatu yang tidak penting, memalukan dan tidak produktif. Semua wanita tersebut dibawa di sebalik tirai di kawasan lobi tempat masuk bangunan tersebut, diarahkan duduk sebelum disuruh menanggalkan pakaian. Sara Hussein Coli mereka kemudiannya dibawa untuk menjalani ujian sinar-X. Barang-bara

Angin Kencang Datang Lagi... Awas

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Condore & Reef North di Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga Jumaat ini. Jabatan Meteorologi Malaysia berkata angin berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur pula dijangka berterusan sehingga hari ini. Angin berkelajuan 40-50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini. Jabatan itu berkata ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri) serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga awal petang ini. -  Bernama

GEMPAR: Rabbi Ramalkan Messiah Muncul Selepas Kematian Ariel Sharon

Rabbi Yitzchak Kaduri meninggal dunia pada Februari 2006. Kematian Rabbi terpopular seantero Yahudi tersebut meninggalkan kontroversi. Dia meninggal dunia pada usia sekitar 108 tahun. Setidaknya, terdapat 300.000 warga menghadiri pemakamannya di Yerusalem .  Kabbalis kelahiran Baghdad tersebut telah terkenal di seluruh dunia. Di catatan kecilnya, Rabbi tersebut mengaku telah bertemu dengan ‘Sang Messiah’ pada November 2003 yang sudah lama ditunggu-tunggu. Dikutip dari wnd.com, sebelum Kaduri meninggal , dia dilaporkan menulis nama Messiah pada catatan kecil. Dia pun meminta catatan itu tetap tertutup selama satu tahun setelah kematiannya. Catatan itu mengungkapkan nama Messiah sebagai ” Yehoshua” atau “Yeshua” dalam bahasa Ibrani yang dikenal sebagai Yesus atau Nabi Isa bagi Umat Islam. Namun, catatan tersebut dikatakan palsu oleh anaknya, Rabbi David Kaduri.”Ini bukan tulisannya,” katanya kepada Israel Today. Catatan tersebut ditulis dalam Bahasa Ibrani dan ditandatangan

SEPULUH CABARAN TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan: 1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun. Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST 2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15%

Perbankan Islam Seperti Ah Long?

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pengamal sistem perbankan Islam digesa untuk menerangkan sistem kiraan dalam pinjamannya dengan terperinci bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam. Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said berkata, peminjam tidak mempunyai maklumat mengenai cara kiraan dibuat berbanding bank konvensional yang menerangkan dengan terperinci kiraan pembayaran. Katanya, pihaknya ada membuat kajian mengenai rumah terbengkalai dan banyak peminjam yang membuat mengatakan bahawa pinjaman dari perbankan Islam mengenakan bayaran yang agak melampau. "Saya ada mengkaji 422 kes rumah terbengkalai sejak dua tahun lalu yang melibatkan perbankan Islam dan ia terdiri daripada kes sejak tahun 2005. "Banyak yang mengadu mengenai pinjaman dari perbankan Islam yang mengenakan tuntutan yang tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi  Utusan Malaysia  di sini hari ini. Abdul

GEMPAR!!! Malaysia Akan Menjadi Kutub Selatan Pada 2015

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal. Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India men