Skip to main content

WAJIB BACA!Dipetik daripada ucapan Dr Mahathir di Perhimpunan Agung Umno yang ke-54 pada 19 Jun 2003

Ia berupa kali terakhir Tun telah merasmikan persidangan selaku presiden parti.
(Teks penuh ucapan boleh dibaca di arkib laman PMO)

Perenggan 25: “Sejarah Melayu di zaman British boleh memberi banyak pelajaran kepada kita berkenaan bangsa-bangsa Eropah.”

Perenggan 26: “Kita telah dijajah oleh tiga bangsa Eropah. Selama 450 tahun kita berada di bawah pemerintahan kolonial mereka. Sekarang kita dan bangsa-bangsa Asia menghadapi bahaya dijajah semula oleh mereka.”

Bangsa Eropah perlu dikenali

Perenggan 27: “Justeru itu kita perlu kenal baik-baik bangsa Eropah kerana kehidupan kita, nasib kita akan ditentukan oleh cara kita berinteraksi dengan bangsa-bangsa Eropah dan keturunan mereka. Di sini bangsa Eropah termasuk mereka yang berhijrah dan mendirikan negara-negara baru di benua Amerika, Australia dan New Zealand.”

Perenggan 28: Saya bukan anti bangsa Eropah. Saya mempunyai ramai kawan dan kenalan daripada bangsa Eropah. Saya berasa serba salah hendak menegur bangsa Eropah kerana kenalan saya tentu akan tersinggung. Negara Eropah yang berbaik dengan kita juga akan tersinggung. Sudah tentu media mereka akan mengecam saya sebagai seorang ‘racist’. Tetapi saya anggap pendedahan akan siapa dianya orang Eropah sudah menjadi begitu penting sehingga risiko menjadi mangsa perlu diambil.

Perenggan 29: Bangsa-bangsa Eropah mempunyai asal dan budaya yang sama, iaitu berteraskan tamadun Greek dan Roma. Mereka amat pintar, berani dan mempunyai sifat ingin tahu atau ‘curiousity’ yang kuat. Mereka tidak pernah berpuas hati dengan apa-apa yang ada pada mereka melainkan mereka ingin memperbaiki segala-gala supaya menjadi lebih baik, lebih produktif dan berkesan untuk apa juga matlamatnya. Tidak ada suatu apa, samada alatan, sistem atau ideologi yang tidak diperbaiki sepanjang masa.

Perenggan 30: “Kadang-kadang dalam keghairahan mereka untuk memperbaiki keadaan atau barangan yang sedia ada, mereka merosakkan dan mendatangkan hasil yang buruk. Namun mereka tidak serik dan mereka terus mencuba memperbaiki segala apa yang ada pada mereka ataupun pada orang lain.”

Perenggan 31: “Malangnya mereka juga tamak dan suka merampas wilayah dan hak orang lain. Sejarah mereka selama lebih 2000 tahun memperlihatkan peperangan yang tidak habis-habis untuk merebut wilayah dan memperluaskan kuasa masing-masing di dunia.”

Perenggan 32: “Pada mulanya rebutan dan perang terhad kepada wilayah Eropah sahaja. Tetapi apabila mereka menguasai ilmu pelayaran jauh, mereka perluaskan rebutan dan peperangan mereka ke seluruh dunia. Orang Cina, Arab dan India sampai ke Asia Tenggara lebih awal tetapi tidak berperang dan menakluk wilayah ini. Tetapi apabila sampai sahaja bangsa-bangsa Eropah maka wilayah Asia Tenggara seperti juga dengan wilayah lain di Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Australia dan Kepulauan Pasifik, dicerobohi, diserang dan diperangi untuk menjadikan wilayah-wilayah ini milik mereka, merampas segala kekayaan dan menindas, menghina dan melakukan ‘genocide’.”

Perenggan 33: “Oleh kerana mereka suka berperang dan merebut wilayah orang lain, tumpuan mereka ialah kepada ciptaan dan pembuatan senjata yang boleh membunuh dengan lebih efisien. Tidak ada satu alatan yang tidak diubah untuk menjadi senjata untuk membunuh, untuk memberi mereka kemenangan dalam peperangan.”

Perenggan 34: “Orang Cina mencipta bahan letupan dan menggunanya untuk membuat bising supaya naga tidak dapat menelan bulan atau matahari semasa gerhana. Atau hanya sebagai mercun semasa perayaan. Tetapi apabila bangsa Eropah menemui bahan letupan Cina, perkara yang pertama yang difikirkan ialah bagaimana ia boleh digunakan untuk melontar peluru lebih jauh. Sejak itu berbagai-bagai alatan dicipta untuk membunuh dari jarak jauh. Meriam disusuli dengan bom, roket, ‘missile’, ‘nuclear warheads’ dan bermacam-macam lagi. Hari ini jumlah senjata nuklear mereka boleh menghancurkan seluruh dunia, tetapi masih mereka tidak puas hati. Masih lagi penyelidikan dibuat untuk ‘warhead’ yang lebih kuat, lebih berkesan. Dalam sejarah dunia hanya bangsa Eropah sahaja yang pernah menggugur bom nuklear yang menghancurkan kotaraya dengan jumlah kematian serentak yang terbesar yang pernah berlaku daripada hanya dua butir bom.”

Perenggan 35: “Apabila mereka cipta kereta bermotor, maka tidak lama selepas itu, kereta kebal pun menjelma. Kapal terbang menghasilkan pesawat pengebom dan pejuang. Kapal untuk dagangan menjadi kapal perang dan kapal selam. Dan semua ini ditingkatkan keberkesanannya sepanjang masa untuk membunuh manusia dengan lebih efisien.”

Perenggan 36: “Hari ini berbilion-bilion dolar dibelanja untuk mencipta senjata-senjata yang lebih canggih, membekalkan angkatan perang mereka dengan senjata- senjata ini, melatih pasukan cara berperang, membuat segala persediaan untuk berperang walaupun tidak ada musuh semasa dan di masa depan yang mengancam mereka. Dan mereka telah membuktikan bahawa mereka sanggup mencipta sebab palsu untuk berperang dan membunuh kanak- kanak, orang tua, orang sakit dan siapa sahaja dan menganggap semua orang ini sebagai ‘collateral’ yang tidak dibenar menghalang pencapaian hasrat mereka.”

Perenggan 37: “Berperang dan kehandalan membunuh menjadi sesuatu yang mulia bagi bangsa Eropah. Jaguh perang diberi gelaran ‘knights’. Sekejap-sekejap mereka ini akan melancar serangan untuk memperluaskan kawasan Tuan atau ‘Lord’ mereka. Sebab itu sejak dahulu lagi kampung dan bandar mereka dikelilingi tembok batu dan longkang yang luas.”

Perenggan 38: “Bagi mereka segala masalah mestilah diselesaikan melalui ujian kekuatan. Siapa yang menang dialah yang benar dan dialah yang patut mengambil semua untuk dirinya. Yang kalah hilang semua. Demikian jugalah cara mereka menyelesaikan pertikaian di antara pekerja dengan majikan. Siapa yang menang dalam tindakan perusahaan dialah yang mendapat semuanya.”

Perenggan 39:. “Sejarah Eropah adalah sejarah berperang, sejarah menguji kekuatan. Apabila mereka bertemu dengan penduduk di luar Eropah, di Afrika, Amerika dan Asia, mereka terus berperang untuk menawan wilayah-wilayah orang ini, dan mendirikan negara-negara baru dan empayar mereka.”

Perenggan 40: “Tidak ada belas kasihan yang ditunjuk oleh mereka. Bangsa tempatan dihalau keluar dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Banyaklah suku kaum pupus hasil serangan mereka. ‘Genocide’ bagi mereka adalah ‘final solution’, penyelesaian terakhir.”

Perenggan 41: “Sepatutnya mereka mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang asli tempatan kerana mereka sendiri telah dihalau keluar dari negara mereka di Eropah. Tetapi apabila mereka sampai ke Dunia Baru, ‘New World’ kepada mereka, dunia lama bagi penduduk tempatan, mereka menghalau orang tempatan dari tanah mereka dan merampas harta benda penduduk. Sesiapa yang mempertahankan wilayah diperangi, dibunuh atau diperhambakan.”

Perenggan 42: “Dalam percubaan merebut seberapa besar wilayah untuk dijadikan tanah takluk mereka, bangsa-bangsa Eropah berperang sesama sendiri. Kerapkali penduduk tempatan dikerah untuk mengambil bahagian dalam peperangan dan rompakan mereka.”

Perenggan 43: “Permusuhan antara mereka meningkat kerana masing- masing ingin menakluk wilayah yang lebih besar, mendirikan empayar, menjadi kuasa utama di dunia. Kerana ini mereka melancar perang secara besar-besaran yang melibatkan seluruh dunia.”

Perenggan 44: “Perang Dunia Pertama dilancarkan pada tahun 1914 dan tamat pada 1918 setelah lebih daripada 20 juta rakyat mereka dan askar dari tanah takluk mereka terbunuh dan berbilion-bilion dolar harta dimusnahkan.”

Perenggan 45: “Tetapi mereka belum puas hati. Hanya 20 tahun selepas Perang Dunia Pertama, mereka berperang lagi dalam Perang Dunia Kedua. Kali ini keganasan bangsa Eropah meningkat ke puncak. Lima puluh juta lebih daripada rakyat mereka dan rakyat empayar mereka terbunuh. Mereka menggunakan ‘carpet bombing’ untuk meranapkan bandar-bandar dengan semua penduduk.”

Perenggan 46: “Akhir sekali mereka menggugurkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki, negara Jepun, negara orang bukan Eropah.”
[…]

Perenggan 54: “Serangan pada 11 September ke atas Amerika Syarikat yang menyokong Israel dijadikan alasan bagi orang Anglo-Saxon Eropah kembali ganas dan bengis.”

Perenggan 55: “Strategi mereka melawan keganasan ialah dengan melancarkan serangan terhadap negara-negara Islam dan orang Islam, sama ada yang bersalah atau yang tidak bersalah.”

Perenggan 56: “Dengan membuat bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas, mereka melancarkan peperangan ke atas negara Islam, menggunakan senjata pemusnah mereka, membunuh orang awam, dan menghancurkan bandar-bandar.”

Perenggan 57: “Amerika dan Britain tidak menghiraukan langsung kecaman dunia terhadap tindakan mereka. Tentangan oleh bangsa mereka sendiri pun tidak dipedulikan. Mereka ingin menunjuk kepada dunia bahawa mereka kuat dan sesiapa yang mencabar mereka akan diserang oleh tentera mereka habis-habisan.”

Perenggan 58: “Apa yang saya katakan di sini semuanya benar. Ia bukan rekaan yang dibuat kerana ingin menakutkan kita, supaya kita mengambil berat terhadap amaran akan bahaya yang dihadapi. Sekali lagi ingin saya ulangi bahawa saya bukan anti bangsa Eropah, bukan ‘racist’. Bukan niat saya untuk menimbulkan kebencian kepada bangsa Eropah. Tetapi amatlah penting kita kenali bangsa ini dan sejarah tindak-tanduk mereka kerana mereka akan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita, terhadap bangsa kita, agama kita dan negara kita. Kegagalan kita mengenali mereka akan menyukarkan persediaan dan strategi kita untuk menyelamatkan diri kita.”
[…]

Perenggan 62: “Dunia yang akan kita hadapi dalam dekad-dekad dan abad-abad yang akan datang akan memperlihatkan berbagai- bagai percubaan oleh Bangsa Eropah untuk menakluk kita secara langsung atau tidak langsung. Jika tidak negara kita yang dicerobohi, pemikiran kita, budaya kita, agama kita dan lain-lain akan dijadikan sasaran.”

Perenggan 63: “Dalam bidang budaya dan sosial mereka ingin melihat kebebasan individu yang tidak terhad. Bagi mereka kebebasan individu adalah perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Mereka sudah menolak institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Sebaliknya mereka terima amalan seks bebas termasuk liwat sebagai sesuatu hak. Perkahwinan di antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan diiktiraf secara rasmi. Apa yang kita dakwa sebagai sumbang mahram tidak dipandang serius oleh mereka.”

Perenggan 64: “Larangan menukar agama di kalangan orang Islam, sistem perundangan yang berbeza dengan mereka, semuanya akan dipersoalkan. Media mereka akan diguna untuk memburuk semua yang kita amalkan. Badan-badan bukan Kerajaan akan dihasut supaya menuntut segala yang tidak disenangi oleh bangsa Eropah, supaya dikaji dan dipinda dan akhirnya ditolak kerana dianggap menidakkan kebebasan individu.”

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat