Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Penemuan Injil Berusia 1500 Di Turki

Penemuan di dalam Bible berusia 1500 tahun yang amat merisaukan Paderi Vatican. Sekumpulan Paderi Vatican yang menemui Bible berusia 1500 tahun telah mengkaji satu persatu isi kandungan Bible itu. Namun, apa yang mereka temui sangat mengejutkan. Apakah kandungan yang sangat membimbangkan Paderi Vatican yang tertulis pada Bible berusia 1500 tahun itu? Injil ini menceritakan kedatangan Muhammad. Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam. Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun. Injil berkenaan telah dijumpai pada tahun 2000 di Tur

Amukan Ketua Ketua Umno Cawangan

Sekumpulan ketua-ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak “dirosakkan” dengan lebih teruk. Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini. "Kami nak ulang sekali lagi, presiden parti sudah buat banyak perkara menyusahkan rakyat dan kami nak minta beliau berundur. "Jika tidak, kami seluruh negara akan undurkan dia," kata Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon pada satu sidang media selepas mengadakan program Berani Kerana Benar di Puchong, Selangor malam tadi. Amidon yang juga salah seorang jurucakap kumpulan itu berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama dengan mereka bagi mendesak supaya perdana menteri penggal kedua itu meletakkan jawatan. "Kami nak beritahu pucuk pimpinan cawangan sel

Simbol Singa Yang Perlu Kita Ketahui

Lion Of Judah Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan, kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka. Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini? Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini. Asal Usul Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani Israel iaitu suku  Judah . Dalam bahasa Hebrew, ia dikenali dengan suku Yahuda. 12 suku Israel Ia bermula apabila Prophet Jacob (Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya, iaitu Judah dengan gelaran Gur Aryeh yang bermaksud Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament, Genesis 49:9 You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him?  (Genesis 49:9) J

Kepada Penyair

KEPADA PENYAIR Brentilah menyanyi sendu tak menentu tentang gunung-gunung dan batu mega-mega dan awan kelabu tentang bulan yang gagu dan wanita yang bernafsu Brentilah bersembunyi dalam simbol-simbol banci Brentilah menganyam-anyam maya mengindah-indahkan cinta membesar-besarkan rindu Brentilah menyia-nyiakan daya memburu orgasme dengan tangan kelu Brentilah menjelajah lembah-lembah dengan angan-angan tanpa arah Tengoklah kanan-kirimu Lihatlah kelemahan di mana-mana membuat lelap dan kalap siapa saja Lihatlah kekalapan dan kelelapan merajalela membabat segalanya Lihatlah segalanya semena-mena mengkroyok dan membiarkan nurani tak berdaya Bangunlah Asahlah huruf-hurufmu Celupkan baris-baris sajakmu dalam cahya dzikir dan doa Lalu tembakkan kebenaran Dan biarlah Maha Benar yang menghajar kepongahan gelap dengan mahacahyaNya (Mustofa Bisri)

Kemana Menghilang Muhyidin Yasin?

Pada sesi undian bagi menolak pembentangan belanjawan 128 ahli Parlimen menyokong Bajet 2016 di mana Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyatakan sokongan. 74 ahli Parlimen menolak - 30 daripada PKR, 35 DAP 6 Parti Amanah Negara (Amanah) 3 Pas *7 MP pas berkecuali dan 4 tidak hadir Ahli parlimen umno yang dikatakan pro kepada Tun langsung tidak berjuang di dalam pengundian tersebut. Agak menyedihkan mereka tidak berani untuk memperjuangkan nasib rakyat didalam parlimen.