Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Simptom Sakit Buah Pinggang

Buah pinggang perlu dijaga sempurna kerana ia menentukan tahap kesihatan. Foto: Sumber internet TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang -  kegagalan akut dan kronik - akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang. Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah. Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk

Kerajaan Haramkan 50 Nama Untuk Digunakan Oleh Rakyat

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan  50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya negara itu. Jurucakap kementerian berkata, nama Barat seperti Sandy, Linda dan Elaine diharamkan termasuk Malika yang bermaksud permaisuri dan Amir bermaksud putera. “Nama menghina tuhan seperti Malaak yang bermaksud malaikat, nama Nabi atau Jibril juga diharamkan," katanya. Menurutnya, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain termasuk dalam senarai pengharaman kerana mirip kepada gelaran dalam puak Syiah dan boleh disalah tafsir. “Nama pemimpin Revolusi Mesir 1952, Gamal Abdel Nasser turut tersenarai diharamkan,’ katanya, dipetik dari laporan Gulf News. Bagaimanapun, Mesir memandang sinis pengharaman nama itu kerana berpendapat Raja Farouk yang digulingkan ketika revolusi itu mempunyai kaitan dengan Saudi.    Berikut adalah nama diharamkan: Abdul Aati, Abdul Musleh, Nabiyya (nabi wanita), Sumuw (yang mulia), Al Mamlaka (negara), Tabarak (diberkati) Nardee

Pemandu Teksi Terlampau

Kuala Lumpur: Dua pemandu teksi digantung lesen serta dilarang memandu atau memberi perkhidmatan teksi selama sebulan kerana tidak menggunakan meter dan sengaja mengenakan tambang berlebihan. Tindakan itu diambil Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta- merta selepas menyiasat aduan bervideo yang diterimanya menerusi laman sosial Twitter @aduanSPAD baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, pihaknya juga mengeluarkan surat amaran kepada syarikat pengendali teksi berikutan tidak memantau pemandu mereka yang disabit kesalahan berkenaan. “Tindakan keras ini diambil ke atas kedua-duanya selepas pihak kami menyiasat secara terperinci dua aduan video yang diterima melalui akaun Twitter SPAD. “Malah orang awam yang prihatin juga menyebar video tersebut di laman sosial Facebook yang diletakkan di bawah label ‘How to Deal with Errant and Rogue Malaysia Taxi Drivers’,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. Be

Ramai Yang Tak Faham Berkenaan Surah At Taubah

Surah At Taubah (سورة التوبة) terdiri atas 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surat ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bermaksud berlepas diri yang di sini maksudnya pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin. Di samping kedua nama yang masyhur itu ada lagi beberapa nama yang lain yang merupakan sifat dari surah ini. Berlainan dengan surat-surat yang lain, maka pada permulaan surat ini tidak terdapat basmalah, kerana surat ini adalah pernyataan perang dengan makna bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan basmalah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah. Surat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh

Bagaimana mungkin musuh dikebumikan dekat dengan Rasulullah?

Seorang syiah yang berkunjung ke kota Madinah dan hendak menziarahi makam Rasulullah. Ketika dia sampai di makam Rasulullah, dia memberi salam dan mendoakan beliau. Ada yang aneh, dia melihat orang-orang berhampiran dengannya ikut mendoakan dua makam bersebelahan makam Rasulullah. Dua makam itu tidak lain adalah makam Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Alangkah terperanjat dan terkejut dia melihat perkara tersebut. Musuh terbesar dalam agamanya iaitu Abu Bakar dan Umar, musuh yang selalu dia mencela, maki dan dia kafirkan selama ini dikuburkan berdampingan dengan makam orang yang dicintainya. Bagaimana mungkin musuh dikebumikan dekat dengan Rasulullah? Dia pun tersedar, dan merasa dibohongi oleh para ulama syiah. Kemudian dia bertaubat memohon ampun pada Allah dan mengganti aqidahnya dari syiah menjadi ahlus sunnah. Tidaklah terlalu menghairankan, kerana imam Syiah sendiri (orang yang yang mereka anggap sebagai Imam), Ali bin Musa Ar-Ridha dikuburkan dekat dengan makam khalifa

Kehebatan Solat Tahajjud

SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini. 1)TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi bi

Bandar Firauan ditemui Selepas 1500 Tahun

Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir’aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan kerana mendustakan ayat-ayat Tuhannya. Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun. Berdasarkan Firman Allah… “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54) . Klik untuk berita penuh  

Siapakah dia Master Yoda?

Di dalam Starwars juga ada kisah tentang legenda Darth Vader,iaitu seorang Jedi yang dahulunya merupakan seorang yang budiman dan baik akhirnya tidak dapat mengawal 'The Force' (nafsu sendiri?) dan bertukar menjadi jahat.Teliti kisah Anakin Skywalker dari kecil sehingga dia diambil menjadi skuad Jedi.Cuba kaji dari mana Lucas mengambil ilham suasana,teknologi dan kisah Darth Vader.Jika anda perasan,sebenarnya siri Starwars itu dikarang untuk menceritakan sejarah Darth Vader! 90% watak sama ada yang memainkan peranan ataupun yang subliminal adalah membayangi subjek Darth Vader.Anda akan mudah memahami jika anda mengambil jurusan Kajian Filem. Dan jika anda mengkaji lebih jauh,kesemua nama watak dan tempat dalam filem ini ada maksud dalam bahasa Yahudi! Anda tahu maksud Jar Jar Bin dan Obi Wan Kenobi dalam bahasa Ibrani? Bacaan seterusnya klik sini

Isteri Curang Melekat Ketika Berasmara

JOHANNESBURG – Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul untuk melihat seorang wanita curang ‘melekat’ pada kekasihnya selepas mengadakan seks. Orang ramai berkumpul selepas khabar angin tersebar mendakwa suami wanita itu meminta seorang dukun ‘mengunci’ kemaluan isterinya ketika dia keluar. Walaupun pakar berkata kejadian memalukan itu berlaku kerana fenomena perubatan yang menyebabkan otot kemaluan wanita mengecut terlampau, ia tidak dihiraukan oleh orang ramai yang berkumpul di tempat kejadian. Media tempatan mendakwa, Sasha Ngema, 34, melakukan seks dengan kekasihnya, Sol Qoboza, 22, di sebuah apartmen di Johannesburg, Afrika Selatan, ketika suaminya tidak ada di rumah. Pasangan itu terus melekat dengan masing-masing tidak boleh melepaskan diri. – Agensi