Friday, 27 February 2015

Buah Zakar Hilang... Pelakon Terkejut

RUSIA - Apa perasaan anda sekiranya salah satu organ badan anda hilang selepas bangun dari tidur?

Ia tentu menakutkan tetapi itu yang dialami seorang pelakon, Dmitry Nikolaev, 30, yang mendapati buah zakarnya hilang dengan tiba-tiba.

Kejadian berlaku dalam sekelip mata, selepas dia bertemu seorang wanita yang cantik.

Mereka menghabiskan masa berpoya-poya dengan minum di bar sebelum mandi sauna. Namun selepas itu Nikolaev, yang telah berkahwin itu, tidak sedarkan diri.

Keesokan harinya, Nikolaev mendapati dia berada di tempat menunggu bas dalam keadaan kesakitan dan seluarnya pula dipenuhi darah.

Selepas dikejarkan ke hospital, Nikolaev dimaklumkan oleh doktor bahawa buah zakarnya telah dicuri dan proses itu melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh seseorang yang pakar dalam perubatan.

Polis juga percaya Nikolaev diberi dadah sebelum dia tidak sedarkan diri.

Pada mulanya, pelakon itu berasa malu untuk menerangkan perkara berkenaan kepada isterinya namun akhirnya dia tiada pilihan.

Susulan itu polis kini sedang memburu sindiket berkenaan termasuk seorang doktor yang menjual organ berkenaan di pasaran gelap.

Wednesday, 25 February 2015

Kaitan Menara KLCC dan Freemanson






1. Ia dibina di kawasan yang digelar sebagai 3 bermuda emas di Kuala Lumpur. 

2. Dibina oleh Cesar Pilli. Cesar Pilli yang lahir pada tahun 1926 ini merupakan bekas seorang bekas Dean di Universiti Yale. Merupakan Ahli tertinggi dalam Freemansony dan juga merupakan seorang Architecture yang sagat penuh dengan kontroversi dalam bangunan bangunan yang berkait rapat dengan illumunati dan freemason. Number atau Koding @ Code yang digunakan oleh ahli freemason untuk menyampaikan sesuatu pada ahli ahlinya yang lain. 

sebagai contoh, 6 adalah number kegemaran bagi dajjal, termasuk the 999, atau 666. Manakala 11 pula adalah bermaksud peyembah lucifer atau Peyembah Syaitan. 11 juga adalah angka yang paling disukai oleh ahli sihir dan pegikut dajjal. pengunaan number 10 adalah bermaksud tuhan. Antara konspirasi terbesar, Runtuhan Dajjal Gate iaitu World Trade Center (WTC) pada 9/11, ia adalah tanda dan satu tindakan yang mencabar Tuhan. Kerana tarikh dan number adalah perkara yang amat penting dalam golongan illumunati dan freemason. Sebagai satu pelajaran kita bersama, tarikh WTC di robohkan adalah 11 September atau 9/11 atau dengan perkataan ia bermaksud 9 adalah number yang mewakili manusia dan ia akan berbunyi begini Manusia Melangkah Tuhan Dan Meyembah Lucifer/ Syaitan/Iblis. Antara Number atau Conggakan lain yang memabawa maksud kepada Illuminati dan freemason adalah 13, 33, 39. 

Diharap anda dapat memahami perkara ini walaupon sedikit. Sekarang, mari kita lihat angka angka masonic @ freemanson yang ada dan terdapat pada KLCC mercu tanda kebangaan negara. 

3. Tarikh Dibina 1992. 1 + 9 = 10 / 9 + 2 = 11. 

Bermaksud "Tuhan Peyembah Lucifer".

4. KLCC Siap Dibina 1998. Dan 8 + 1 = 9. Oleh itu ia akan menjadi 999 / 666 yang kita tahu sebagai "Number of the Dajjal".

5. Ketinggian Klcc adalah 452. Oleh itu 4 + 5 + 2 = 11. "Peyembah lucifer / Iblis".

6. Terdapat 88 tingkat. Number 88 dikenal pasti sebagai "E ( 8 ) x E ( 8 )". Ia diangap sebagai Time Travel Theory @ Gerbang ke dimensi yang ke empat @ pintu ke alam lain. ini adalah kontroversi yang terbesar, setelah ramai yang tahu tentang freemason dan sejarah mereka THE GATE, Malaysia muncul dengan idea untuk membuat 2 Bangunan 88 tingkat yang sama seperti apa yang tertulis di kitab the book of the law, no. 88 adalah wisdom light lodge yang bermaksud Membuat Cahaya Kebijaksaan Dajjal. 

7. Keluasan adalah 4252 sq ft. Oleh itu 4 + 2 +5+2 = 13. Number 13 adalah signature kepada illuminati. Ia juga adalah Number bagi "The Eye Of Horus/ Harus".

8. Abjad KLCC. Adakah Nama KLCC itu di pilih secara kebetulan? Tidak, mereka sudah rancang perkara ini. Jika anda rajin,cuba anda kira nombor serta abjad ABC – XYZ manakala A mewakili 1, B mewakili 2, dan C = 3 sampailah ke z. Tapi saya tahu anda terlalu malas untuk berfikir dan buat perkara itu, jadi saya akan kirakan untuk anda.

Number dan Abjad.

K = 11L = 12C = 3C = 3Jadi, KLCC = 1+1+1+2+3+3 = 11. Peyembah Lucifer. ATAU K L C C11 + 12 + 3 + 3 = 39. Nombor bagi Illuminati. Segalanya Mereka (Tentera Dajjal) sudah tetapkan untuk kita. Bagi sesiapa yang faham konsep kiraan ini, cuba kira berapakah angka untuk Perkataan UMNO.

9. Suria KLCC. Suria yang juga bermaksud Matahari. Seperti yang saya katakan di atas, Matahari di anggap tuhan oleh Masyarkat kuno Egypt. Dan kini ia menjadi lambang kepada shopping complex di bawah KLCC ini. jika kita lihat logo Suria KLCC ia juga berbentuk matahari. Jalur jalur yang membentuk matahari ini juga sama seperti logo freemason. [sumber

Tuesday, 17 February 2015

5 Wanita Terkaya Di Malaya

Menerusi artikel disiarkan portal savemoney.my, turut tersenarai adalah bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Perak Datuk Michelle Yeoh dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David.

Menduduki takhta wanita paling kaya di Malaysia ialah balu taikun Genting Highland, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua.

Puan Seri Lee Kim Hua

1. Puan Seri Lee Kim Hua

Semenjak kematian suaminya yang merupakan pemilik pusat keriangan Genting Highland, Puan Seri dilaporkan telah mewarisi harta peninggalan mendiang sebanyak RM21.32 bilion!

Datuk Michelle Yeoh

2.  Datuk Michelle Yeoh 

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datuk Michelle Yeoh, 53, yang telah berjaya menempa nama di Hollywood. Kejayaannya bermula selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik 1983 disusuli kecemerlangan dalam bidang lakonan apabila dipilih menjadi Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies dan filem-filem blockbusterlain antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha. Kekayaan yang dimiliki Michele dianggarkan berjumlah RM245 juta pada 2013.

Datuk Siti Nurhaliza

3.  Datuk Siti Nurhaliza 

Memulakan karier seninya pada usia 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza terus mengembangkan bakat sehingga namanya sangat popular dan dikenali penduduk di seluruh Asia. Pada 2013 Siti, 36, dianggarkan mempunyai aset bersih sebanyak RM50 juta dan tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara.

Pauline Chai

4.  Pauline Chai 

Kes tuntutan penceraian Pauline Chai, bekas Ratu Cantik Malaysia 1969 boleh dikatakan paling mahal pernah direkodkan di mahkamah United Kingdom. Pauline menuntut setengah aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Khoo Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3 bilion. Suaminya merupakan ahli perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan kelengkapan perabot, Laura Ashley.

Dalam tuntutannya, Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan daripada bekas suaminya itu, yang mana merupakan perbelanjaan untuk tiket kelas pertama, resort lima bintang dan perbelanjaan untuk salon rambut sahaja pun sudah memakan belanja sebanyak RM2,444 sebulan!

Datuk Nicol David

5.  Datuk Nicol David 

Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David, 32, dianggarkan mempunyai aset sebanyak RM1.4 juta pada 2013. Selain bergelar atlet, Nicol juga laku dilantik menjadi jurucakap serta duta beberapa produk sekaligus menjadikannya antara wanita paling kaya di Malaysia pada masa ini.

sumber

Wednesday, 4 February 2015

Ismail Sabri Tidak Adil Kepada Peniaga Cina



1. PAS menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial Facebook yang menyeru seruan boikot kepada perniagaan kaum Cina. Kenyataan sebegini sungguh tidak bertanggungjawab dan berunsurkan perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Sungguh mengecewakan apabila kenyataan sebegini dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang bertaraf menteri kabinet.

2. Adalah tidak wajar jika seruan boikot dibuat kepada peniaga kaum Cina sedangkan masalah harga barang yang tidak turun ini berpunca daripada kegagalan pihak kerajaan sendiri untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Usahlah kerana ingin menutup kelemahan sendiri, orang lain pula yang menjadi mangsa.

3. PAS menuntut pihak kerajaan sendiri yang menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di ba#wah bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu harga gula, tepung gandum, minyak masak dan gas memasak. Seiring dengan itu, tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam wajar diturunkan oleh pihak kerajaan kerana kos penjanaannya sudah turun.

4. Apabila barang kawalan ini diturunkan harga pasti ia dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh sekalian rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sehingga ke hari ini, kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang di bawah kawalan mereka. Adakah ini bermakna Datuk Seri Ismail Sabri ingin menyeru rakyat agar memboikot kerajaan Malaysia pula yang gagal menurunkan harga barang kawalan.?

5. Pihak kerajaan perlu bertindak dengan lebi#h proaktif,agresif dan bersepadu dalam menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Akta tersebut bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Peranan Majlis Penasihat Harga yang berfungsi untuk menasihati Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah diperkasakan lagi agar penilaian harga barang dapat dibuat mengikut keadaan semasa.

6. PAS turut menyeru agar pihak kerajaan dan para peniaga berusaha untuk melaksanakan kempen penurunan harga barang. Tatkala harga minyak petrol dinaikkan, harga barang turut dinaikkan atas faktor peningkatan kos pengeluaran dan pengangkutan. Jadi, mengapa pula ketika harga petrol sudah jatuh, harga barang masih kekal di paras yang sama.?

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS