Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Untold Story About Malaya

Pada orang yang dah memang ditanam sifat kebencian pada raja-raja, dorang nampak Sultan-Sultan Sumatera patut dihapuskan sebab keborosan dan ketamakkan mereka.. kononnye sebagai pengajaran dan daulat 'rakyat'.. Little that they know.. yang buat those atrocities bukan 'rakyat' Sumatra.. tapi pendatang-pendatang yang cemburu.. But, dorang x nak tengok semua tu. Dorang cume dengar ape yang dorang nak.. clouded by sentiment.. macai dalam erti kata sebenar. SUMATRA PRIOR 1946 Selepas perang dunia ke-2, Sumatra diperintah oleh Pemerintah-Pemerintah setempat, yang di lantik oleh Belanda dan British kerana dorang kekurangan askar untuk menjaga law and order. Penduduk asal Sumatra pulak ialah dari golongan orang Melayu, Acheh dan Batak. Pada 1930's, Belanda mengimport "pendatang" dari Tanah Jawa untuk jadik kuli ladang-ladang kopi, tembakau dan getah kepunyaan Belanda dan Sultan-Sultan Sumatra. Statistik menunjukkan : Peningkatan pendatang Tanah Jawa ke Sumatr

WAJIB BACA!Dipetik daripada ucapan Dr Mahathir di Perhimpunan Agung Umno yang ke-54 pada 19 Jun 2003

Ia berupa kali terakhir Tun telah merasmikan persidangan selaku presiden parti. (Teks penuh ucapan boleh dibaca di  arkib laman PMO ) Perenggan 25:  “Sejarah Melayu di zaman British boleh memberi banyak pelajaran kepada kita berkenaan bangsa-bangsa Eropah.” Perenggan 26:  “Kita telah dijajah oleh tiga bangsa Eropah. Selama 450 tahun kita berada di bawah pemerintahan kolonial mereka. Sekarang kita dan bangsa-bangsa Asia menghadapi bahaya dijajah semula oleh mereka.” Bangsa Eropah perlu dikenali Perenggan 27:  “Justeru itu kita perlu kenal baik-baik bangsa Eropah kerana kehidupan kita, nasib kita akan ditentukan oleh cara kita berinteraksi dengan bangsa-bangsa Eropah dan keturunan mereka. Di sini bangsa Eropah termasuk mereka yang berhijrah dan mendirikan negara-negara baru di benua Amerika, Australia dan New Zealand.” Perenggan 28:  Saya bukan anti bangsa Eropah. Saya mempunyai ramai kawan dan kenalan daripada bangsa Eropah. Saya berasa serba salah hendak menegur bangs

Soal jawab Najib adalah Penipu

Di dalam tahun 2013 sejurus sebelum pilihanraya tahun 2013, Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno telah menerima wang sebanyak RM2,600 juta di dalam akaun peribadi beliau. Berikut adalah jawapan jawapan yang diberi oleh beliau mengenai kekalutan tersebut. Jawapan 1:  Wang tersebut dimasukkan di dalam akaun peribadi kerana akaun peribadi itu adalah akaun amanah untuk UMNO dan Najib Razak adalah pemegang amanah tersebut. Jawapan ini salah kerana:  Di dalam perlembagaan UMNO, sememangnya ada peruntukan untuk pemegang amanah. Walau bagaimanapun, akaun peribadi di atas nama Najib Razak tersebut bukanlah akaun amanah. Beliau sendiri tidak pernah berkata demikian. Bukti terbesar yang akaun tersebut bukannya akaun amanah boleh dilihat di dalam penyata kewangan UMNO tahun 2013 dan 2014 di mana tidak terdapat jumlah wang sebanyak RM2,600 juta di dalamnya. Oleh itu jika mengatakan ianya akaun amanah, di mana hanya seorang saja yang menjadi penanda tangan, adalah tidak benar ker

Kisah Empat golongan Manusia di sebut Allah. KITA YANG MANA SATU?

Dalam kehidupan ini ada 4 golongan manusia. Allah menyebut 4 golongan ini dalam surah al A'raf dengan cerita berikut: Pada zaman bani Israel, ada satu perkampungan yahudi yang tinggal di tepi laut. Mereka mendapat wahyu bahawa mereka boleh menangkap ikan, kecuali pada hari Sabbath (sabtu). Tetapi Allah uji mereka pada sabtu ikan timbul dengan banyak.  Firman Allah swt: "Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik." (Surah Al A'araf: 163) Menurut tafsir, mereka tidak menangkap pada hari sabtu. Tetapi mereka melakukan helah. Yakni mereka meletakkan jaring pada hari j

Najib perlu dipenjarakan bawah Akta SOSMA : Dr Mahathir

   Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA). Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB. “Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin. “Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi. “Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap,” katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini. Mahathir turut berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengkritik presiden Umno itu. “Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk b

Najib Merampas Kuasa Yang Dipertuang Agong

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu menyebabkan kuasa milik Yang di-Pertuan Agong dipindahkan kepada Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan adanya kuasa tersebut itu juga, ia membolehkan Perdana Menteri mengistiharkan kononnya berlakunya darurat dan terdapat ancaman keselamatan. “Dulu cuma nak sebut ini darurat, cuma Agong sahaja boleh sebut. Sekarang ini Agong punya kuasa itu dia pindah kepada diri dia. Dia ambil kuasa Agong. Dia boleh isytihar darurat kononnya ancaman keselamatan. “Siapa-siapa yang dianggap bertindak mensabotaj negara, boleh ditangkap. Tapi dia lupa satu, kalau kalah Pilihanraya ke-14 ini, yang jadi kerajaan ialah parti lawan, dia tangkap habis semua,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bicara Santai Bersama Mahathir Mohamad di sini pada Sabtu anjuran Anak Muda Negeri Sembilan. Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir

Najib dan Muhyidin Bukan Player

Seorang wartawan veteran mengimbas kembali bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad. Dalam perkembangan yang sama, bekas pengarang Kumpulan News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berkata beliau juga tidak pernah menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang sama. “Realitinya, Najib tidak pernah berani atau tegas. “Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya,” kata beliau dalam blognya. Kadir menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang dari mentor atau penasihat Najib, orang yang sama yang kini berusaha keras mahu menyingkirkannya sebagai perdana menteri. Bagi Muhyiddin, Kadir berkata beliau tidak memiliki watak menonjol atau tegas dan sering memainkan perana "orang kedua" dalam pelbagai isu. Oleh itu, wartawan veteran berkenaan mendapati

Perletakan Jawatan Sebagai Presiden, Bagaimana Dengan PM?

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015. “Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM. “Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya dipetik The Rakyat Post. Untuk makluman apa yang didedahkan NOW sebelum ini, senarai jawatan yang disandang oleh Presiden YaPEIM, Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:- Presiden Lembaga Pemegang Amanah                                       RM15,000.00 Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                                     RM15,000.00 Pengerus

Penemuan Injil Berusia 1500 Di Turki

Penemuan di dalam Bible berusia 1500 tahun yang amat merisaukan Paderi Vatican. Sekumpulan Paderi Vatican yang menemui Bible berusia 1500 tahun telah mengkaji satu persatu isi kandungan Bible itu. Namun, apa yang mereka temui sangat mengejutkan. Apakah kandungan yang sangat membimbangkan Paderi Vatican yang tertulis pada Bible berusia 1500 tahun itu? Injil ini menceritakan kedatangan Muhammad. Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam. Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun. Injil berkenaan telah dijumpai pada tahun 2000 di Tur

Amukan Ketua Ketua Umno Cawangan

Sekumpulan ketua-ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak “dirosakkan” dengan lebih teruk. Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini. "Kami nak ulang sekali lagi, presiden parti sudah buat banyak perkara menyusahkan rakyat dan kami nak minta beliau berundur. "Jika tidak, kami seluruh negara akan undurkan dia," kata Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon pada satu sidang media selepas mengadakan program Berani Kerana Benar di Puchong, Selangor malam tadi. Amidon yang juga salah seorang jurucakap kumpulan itu berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama dengan mereka bagi mendesak supaya perdana menteri penggal kedua itu meletakkan jawatan. "Kami nak beritahu pucuk pimpinan cawangan sel

Simbol Singa Yang Perlu Kita Ketahui

Lion Of Judah Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan, kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka. Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini? Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini. Asal Usul Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani Israel iaitu suku  Judah . Dalam bahasa Hebrew, ia dikenali dengan suku Yahuda. 12 suku Israel Ia bermula apabila Prophet Jacob (Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya, iaitu Judah dengan gelaran Gur Aryeh yang bermaksud Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament, Genesis 49:9 You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him?  (Genesis 49:9) J

Kepada Penyair

KEPADA PENYAIR Brentilah menyanyi sendu tak menentu tentang gunung-gunung dan batu mega-mega dan awan kelabu tentang bulan yang gagu dan wanita yang bernafsu Brentilah bersembunyi dalam simbol-simbol banci Brentilah menganyam-anyam maya mengindah-indahkan cinta membesar-besarkan rindu Brentilah menyia-nyiakan daya memburu orgasme dengan tangan kelu Brentilah menjelajah lembah-lembah dengan angan-angan tanpa arah Tengoklah kanan-kirimu Lihatlah kelemahan di mana-mana membuat lelap dan kalap siapa saja Lihatlah kekalapan dan kelelapan merajalela membabat segalanya Lihatlah segalanya semena-mena mengkroyok dan membiarkan nurani tak berdaya Bangunlah Asahlah huruf-hurufmu Celupkan baris-baris sajakmu dalam cahya dzikir dan doa Lalu tembakkan kebenaran Dan biarlah Maha Benar yang menghajar kepongahan gelap dengan mahacahyaNya (Mustofa Bisri)

Kemana Menghilang Muhyidin Yasin?

Pada sesi undian bagi menolak pembentangan belanjawan 128 ahli Parlimen menyokong Bajet 2016 di mana Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyatakan sokongan. 74 ahli Parlimen menolak - 30 daripada PKR, 35 DAP 6 Parti Amanah Negara (Amanah) 3 Pas *7 MP pas berkecuali dan 4 tidak hadir Ahli parlimen umno yang dikatakan pro kepada Tun langsung tidak berjuang di dalam pengundian tersebut. Agak menyedihkan mereka tidak berani untuk memperjuangkan nasib rakyat didalam parlimen.

Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?

Dari Fatwa Muasyirah Oleh Dr Yusuf Qardhawi Mazhab-mazhab feqah di dalam Islam tidaklah terbatas kepada empat sahaja, sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tidak berilmu.  Imam-imam juga bukanlah sekadar Maalik, Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad sahaja. Bahkan telah hidup sezaman dengan mereka, imam-imam yang sama martabatnya dengan mereka di dalam ilmu dan ijtihad meskipun mungkin kefakihan dan kealiman mereka tidak melebihi imam-imam ini. Imam al-Laith bin Sa'ad adalah sezaman dengan Imam Maalik. Imam as-Syafie telah berkata mengenainya: "AI-Laith lebih fakih daripada Maalik, tetapi pengikut dam muridnya (al-Laith) tidak menyebarkan pendapat-pendapatnya." Di Iraq pula terdapat Sufyan al-Thauri yang tidak kurang martabat kefakihannya daripada Imam Abu Hanifah. Imam al Ghazali telah menganggapnya sebagai salah seorang Imam, daripada lima orang Imam-imam di dalam feqah. Ini ditambah pula dengan penguasaannya yang mendalam di dalam ilmu hadis sehingga dia di