Thursday, 18 December 2014

Pelakon Veteran Primadona Neng Ya Timah dimasukkan ke ICU kerana barah usus


KUALA LUMPUR: Bintang veteran, Neng Yatimah, 91, yang juga ibu mentua Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, dilaporkan koma di Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura, malam ini.

Pelakon era 1940-an dan 1950-an itu dikatakan mengalami sesak nafas dan tekanan darah rendah setibanya di Johor Bahru, petang tadi.

Neng berada di Kuala Lumpur, Isnin lalu bagi menghadiri upacara pengebumian menantunya diikuti majlis tahlil, malam semalam.

Anak Allahyarham Mustapha iaitu Azlynna berkata, neneknya mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Neng Yatimah atau nama sebenarnya, Buntat Ahmad, membintangi beberapa filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing dan Laila Majnun termasuk bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Ibu.