Friday, 28 November 2014

Awas...!!!

KISAH BENAR!

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tanganya melekat pada tubuh mayat wanita tersebut.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya tangan si pemandi mayat terlekat pada badan mayat tersebut sehingga semua yang berada waktu itu mati akal untuk melepaskan tangan itu dari tubuh mayat tersebut. Terdapat berbagai cadangan dan pendapat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan pemandi mayat itu atau keduanya tanam kedua-duanya iaitu mayat wanita dan pemandi mayat sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku lalu Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.

"Apa yang kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?".

Perempuan memandikan mayat bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut akan tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata,
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina". Sambil menampar-nampar dan memukul-mukul berkali-kali pada batang tubuh si mati.

Imam Malik berkata "Kamu telah menjatuhkah qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan empat saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Sewaktu pemandi mayat itu dijatuhkan hukuman, tiba-tiba sebaik masuk sebatan ke 80, maka dengan kekuasaan Allah terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Pengajarannya:-

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah.Jangan bersangka buruk dengn kuasa Allah. Walaupun kita tahu dia itu pelacur, tetapi kalau kita tidak pernah melihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar.

Jadi beringatlah sekiranya membantu menyebarkan sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari kita akan menerima balasannya.

Begitulah kemudahan teknologi ICT yang ada di tangan kita. Jangan kita mudah benar FOWARD berita yang tidak pasti kebenarannya. Apa lagi jika ianya berkaitan dengan agama dan FITNAH INDIVIDU.