Sunday, 5 October 2014

Anak Rosmah Kena Saman 25juta?

Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai dan berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem Hollywood itu berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.

Menurut laporan Contact Music, beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff.

Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.

Antara babak di dalam The Wolf Of Wall Street

Lebih teruk lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.

“Rakaman filem berkenaan mempunyai beberapa babak di mana karakter Greene digambarkan sebagai penjenayah, pengguna dadah, serta tidak bermoral.”

Klik untuk besarkan


Untuk pengetahuan anda, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures.

Letaklah Jawatan Wahai Najib Sekiranya Cintakan Negara

Isu kenaikan harga minyak menjadi fenomena didalam negara semenjak tengahmalam kelmarin. Langkah kerajaan yang tampak tergesa gesa dan terdesak untuk meragut 0.20 sen seliter subsidi minyak meninggalkan kesan yang begitu sensitif di hati rakyat.

Dari rakyat biasa hinggalah kepada ustaz seperti ustaz kazim yang pernah cuba disogok oleh Najib untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi umno juga menyampaikan rasa ketidakpuasan hati terhadap keputusan kerajaan yang tiba tiba membuat keputusan yang begitu drastik.
Malah mantan Perdana Menteri yang juga merangkap guru politik kepada najib iaitu Dr Mahathir Mohamad juga menyindir nyindir akan keputusan kerjaan tersebut sambil dengan nada sinis mengatakan kenaikan harga minyak adalah wajar kerana berlakunya kecurian minyak setiap hari.

Najib dilihat sedang menyembunyikan masalah kewangan negara apabila sebelum ini menyebarkan bahawa negara berada dalam kedudukan yang amat baik dalam ekonomi dengan kenaikan 6.4% malah pendapatan purata rakyat juga di kira sebanyak RM5900 sebulan yang membuktikan rakyat malaysia sudah selayaknya tidak dibantu dengan subsidi lagi.

Apabila penarikan 20sen subsidi ini dibuat Najib secara tidak sengaja telah memberitahu kepada rakyat bahawa negara didalam keadaan darurat ekonomi kerana tabung negara telah kosong dan rakyat tidak lagi boleh menikmati bantuan subaidi.

Pengakuan secara tidak langsung ini membuatkan rakyat semakin keliru dan mula tertanya tanya kemanakah pergi pendapatan negara yang banyak itu? Tidakkah najib sendiri yang akui bahawa ekonomi negara dalam kedudukan yang baik. Sekiranya ekonomi baik kenapa najib begitu kedekut untuk memberi subsidi kepada rakyat?

Rakyat mula merasa curiga dan kurang keyakinan kepada cara najib menangani ekonomi negara. Malah Dr Mahathir juga dilihat sudah bosan dengan kerenah anak didiknya yang dilihat terlalu banyak membazirkan wang negara dengan membayar kepada para konsultan hanya semata mata untuk memikirkan perkara yang mudah walhal perkara tersebut mampu difikirkan oleh najib sendiri.

Sebagai seorang yang bermaruah ada juga baiknya Najib meletak jawatan sebelum hidup rakyat lebih teruk menderita lagi.

Kisah Budak Bodoh Yang Mengubah Dunia

Ada seorang budak lelaki. Hidupnya agak susah. Dia pernah dihantar ke sekolah namun hanya bertahan beberapa bulan.
Menurut gurunya, budak itu seorang murid yang bodoh dan tidak mampu memahami apa yang diajar. Hanya ibunya yang mengajar budak lelaki itu membaca, menulis dan mengira dirumah.
Budak itu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Sudahlah sekolah tidak kesampaian, pada usia 12 tahun, dia sudah mengerah keringat untuk bekerja.
Budak lelaki itu menjual surat khabar, gula-gula dan buah-buahan ditepi stesen kereta api.
Kesannya, telinga budak itu mengalami masalah. Dia jadi separuh pekak kerana bunyi kuat kereta api telah menjejaskan gegendang telinganya.
Menurut budak itu, dia tidak pernah mendengar burung-burung berkicauan sejak usianya 12 tahun.
Namun, budak itu tidak pernah berhenti berusaha. Hasil berjualan, dia membeli sebuah mesin cetak kecil. Sewaktu usianya 15 tahun, dia telah mencetak naskah surat khabarnya sendiri dan dijual di stesen kereta api tersebut.
Kemudian, dia mendapat kerja sebagai pengirim telegraf. Selama empat tahun bekerja, kesemua gajinya dilaburkan untuk membina sebuah makmal kecil dengan pelbagai peralatan elektrik.
Disitu, dia melakukan bukan puluhan, tapi ribuan eksperimen. Tidurnya hanya empat jam setiap hari.
Hasilnya, penemuannya seperti lampu mentol, gramofon dan filem untuk kamera menjadi pencetus kebangkitan industri elektrik dan rakaman yang memberi impak besar terhadap kehidupan manusia.
Siapa budak lelaki yang dikatakan bodoh oleh gurunya itu?
Dia... Thomas Alva Edison!