Thursday, 2 October 2014

Sajak Atas Nama

SAJAK ATAS NAMA

ada yang atas nama Tuhan melecehkan Tuhan
ada yang atas nama negara merampok negara
ada yang atas nama rakyat menindas rakyat
ada yang atas nama kemanusiaan memangsa manusia

ada yang atas nama keadilan meruntuhkan keadilan
ada yang atas nama persatuan merusak persatuan
ada yang atas nama perdamaian mengusik kedamaian
ada yang atas nama kemerdekaan memasung kemerdekaan

maka atas nama apa saja atau siapa saja
kirimkanlah laknat kalian
atau atas nama Ku
perangilah mereka dengan kasihsayang

K.H.A Mustofa Bisri
rembang – agustus 1997

Raya Haji Tahun Ini Kerajaan Korbankan Rakyat

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna, Pekerja dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia Muhamad Azan Safar berkata, rakyat Malaysia yang akan menyambut Hari Raya Korban tidak lama lagi, akhirnya telah ‘dikorbankan’ terlebih dahulu oleh kerajaan korup yang mentadbir negara ini.

Katanya, langkah kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak adalah langkah sumbang kerajaan yang akan memberi kesan hebat kepada rakyat.

Tambahnya, alasan rasionalisasi subsidi dalam mengukuhkan kewangan selain untuk disalurkan kepada sektor-sektor lain seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan juga hanyalah retorik kerajaan apabila Kementerian Pelajaran Malaysia, gagal menguruskan ketelusan peperiksaan UPSR, termasuk PBS serta PT3 yang masih tidak tahu di mana penghujung eksperimennya.

Sementara itu, penceramah bebas, Mohd Kazim Elias menerusi akaun Facebooknyajelas mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan menaikkan harga minyak RON95.

Jelas beliau, pihak kerajaan seharusnya mencari jalan lain bagi mengurangkan kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan asalkan bukan dengan menaikkan harga minyak.

“Banyak benda lain yang tidak perlu dan patut dipotong perbelanjaannya.” katanya.

Pihak kerajaan seharusnya lebih peka terhadap masalah rakyat bukannya membuat pelbagai alasan untuk menaikkan harga minyak.

“Belum terlambat untuk pihak kerajaan mengkaji semula kenaikan ini,” ujarnya.

Tambah beliau juga, pihak kerajaan tidak seharusnya mengaburi mata rakyat dengan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana langkah tersebut tidak akan membantu rakyat keselurannya. Apatah lagi dengan kos sara hidup lain yang naik ekoran kenaikan harga minyak.

Wahai Najib Naiklah Lagi Selagi Mahu

Mulai 12.01 tengah malam semalam, RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Sebelum ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui kenyataannya.
Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Najib boros klik sini