Saturday, 20 September 2014

7 Kegunaan Air Beras

Air yang digunakan untuk membasuh beras sebenarnya mempunyai banyak faedah. Jangan dibuang air berkenaan.
1. Boleh diguna untuk menghilang bau hanyir ikan-ikan yang disiang .
2. Air beras dari cucian ikan tadi boleh digunakan untuk dibuat air siraman pokok bunga seperti pokok bunga mawar (ros). Bunganya pun cepat dan cantik kalau dah sihat (hasil dari siraman air beras + ikan tadi).
3. Boleh juga digunakan untuk menyiram pokok terung, cili supaya buahnya akan menjadi lebat dan tidak dimakan ulat.
4. Boleh juga digunakan untuk merendam sayur-sayuran yang telah dipotong untuk memasak untuk menghilangkan kesan-kesan racun sayur pada daun-daun sayur tersebut.
5. Air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. (Amalkan sekurang-kurangnya 2xi seminggu).
6. Air beras basuhan kedua dan ketiga pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut. (Amat sesuai untuk muka yang berjerawat dan berminyak). Pastikan selawat supaya muka akan berseri dan bercahaya.
7. Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membasuh muka. Amalkan sepanjang masa. yang penting muka akan bercahaya dan berseri .