Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

iPhone 6 Plus Mudah Bengkok

KUALA LUMPUR: Beberapa pengguna iPhone 6 Plus merungut mendakwa bahawa peranti milik mereka itu telah bengkok, hanya beberapa hari sejak produk terbaharu keluaran Apple itu dilancarkan di pasaran. Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus milik beberapa pengguna bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka. Salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya. Imej iphone 6 Plus yang didakwa mudah bengkok - Sumber dari YouTube “Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri. “Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi. “Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.

KISAH PEMANDU LI KA SHING – MANUSIA TERKAYA DI ASIA

2 Juta adalah angka yang besar. Atas dasar hadiah persaraan, seorang bilionair mahu memberikan 2 juta kepada pemandunya. Siapa sangka pemandu itu sanggup menolak tawaran yang sangat baik. Lebih tidak sangka adalah sebab mengapa dia menolak. Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya. LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja . Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau. Lama kelamaan, selep

Selamat Menyambut Bulan Zulhijjah

🔮 INGATAN KASIH 🔮 ✅ Hari ini Jumaat 26/9/2014 bermulanya 1⃣ ZULHIJJAH Jangan lupa amalkan sunah-sunah Baginda SAW. ✅ 10 hari awal bulan zulhijjah - Hari yang Allah sangat suka bila ibadah dilakukan pd hari tersebut ..ibadah menjadi berlibat ganda pahalanya pd hari2 tersebut.. ✅ Puasa Sunat 9 Zulhijjah - mengampunkan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang... ✅ Melakukan ibadah korban - menginsafi nilai pengorbanan diri utk ALLAH RASULdan ISLAM ✅ Bagi yang sudah niat berkorban, masuk sahaja 1 Zulhijjah jangan potong kuku dan bulu badan ( sapa potong hukumnya makruh) sehinggalah waktu binatang korban disembelih. 📌 Laluilah bulan Zulhijjah dengan penuh persediaan dan keinsafan. Sedar bila datangnya 1 Zulhijjah.. bila tibanya 9 Zulhijjah. Kita sentiasa sedar bila 31 Ogos, bila tarikh lahir, bila tarikh msyrat dan lain- lain. Tapi lalai tarikh-tarikh istimewa dalam islam sedangkan ia untuk keselamatan kita di akhirat sana. Sungguh tidak adil mereka yang lalai.

Pramugari Syarikat Penerbangan Vietnam Hanya Pakai Bikini Saja

Dalam konsep pengiklanan wanita biasa digunakan sebagai 'pelaris' kepada satu-satu perniagaan. Biasanya wanita yang berwajah cantik akan digunakan sebagai staf atau model. Ini termasuklah perniagaan yang menawarkan servis seperti syarikat penerbangan. Tetapi, satu syarikat penerbangan dari Vietnam, VietJet, boleh dikatakan melampau apabila pramugarinya tampil dengan hanya memakai bikini dan sarung tangan kaki, tak ubah seperti pelakon lucah dalam iklan mereka baru-baru ini. Isu ini telah menjadi viral di internet dengan ramai yang mengkritik cubaan 'menjual' servis syarikat mereka dengan cara tersebut. Tindakan ini dikritik selepas penumpang merakam tarian disajikan lalu memuat naik di laman sosial.

RM1300 JIKA MAHU SEJAM BERSAMA VIVIAN

Masih ingat lagi dengan Vivian? Rasanya satu Malaysia tidak akan lupa dengan isu dia dengan pasangannya Alvin, atau lebih terkenal dengan nama 'Alvivi' membuat poster 'selamat berbuka puasa' yang dihiasi dengan gambar mereka sedang menjamah daging babi. Pasangan itu kini dikatakan sudah berpisah pada Januari lepas. Setelah itu tiada khabar dari mereka. Tetapi, baru-baru ini, melalui sebuah forum Malaysia, seorang pengguna forum tersebut telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan profil Vivian di dalam laman AshleyMadison.com, sebuah laman web dating atau mencari teman. Di dalam gambar tersebut, Vivian dilihat menawarkan kepada sesiapa yang ingin bersamanya dengan kadar bayaran RM 1,300 selama satu jam. Adehh..mahalnya.. Tapi siapa tahu mungkin ada juga yang sanggup?? AshleyMadison.com merupakan servis dating online yang mana membolehkan orang ramai menempah untuk keluar dengan pengguna di laman tersebut. Sumber

Nga Kor Meng: Saya Mampu maaaaa...

IPOH  - Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming. Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat. Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya. Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu. “Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya. “Tindakan ini sudah melanggar undan

Persiapan Rakyat Menghadapi GST

Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dengan menggantikan Sales and Services Tax (SST) yang akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015. Susulan daripada itu, timbulnya perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ia akan membebankan rakyat pada masa akan datang atau tidak. Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung dengan GST, disini disertakan soal jawab berkenaan GST. APA ITU GST? GST ialah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga merupakan satu sistem cukai tambah nilai (value added tax VAT). Ini bermakna nilai cukai akan bertambah pada setiap peringkat urus niaga. GST dikenakan pada setiap urus niaga kecuali jika urus niaga itu diberi pengecualian. Walaupun GST akan dikenakan pada setiap urus niaga, namun pada akhirnya, pengguna akan

Guru Mengaku Soalan Matematik UPSR Bocor Diterima Mealui WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu. Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi. Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa. "Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar," katanya. Menurut guru itu lagi, soalan bocor itu disebarkan dalam kalangan guru melalui aplikasi pesanan mudah alih tersebut. Astro AWANI menunjukkan foto soalan-soalan Matematik Kertas 1 itu kepada calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Mereka mengesahkan soalan-soalan tersebut sama dengan yang kertas so

Siapa Yang Bertanggungjawab Membocorkan Soalan UPSR

KUALA LUMPUR: Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September kerana didapati bocor. Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan (LP) yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. "Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 ditangguhkan. "Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014," kata Dr Na'imah. Ujarnya, Lembaga Peperiksaan juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Nasyid Al Qassam Gentarkan Israel

YOUTUBE Hidayatullah.com— Agresi penjajah Israel terhadap Jalur Gaza masih menyisahkan kepedihan mendalam bagi warga setempat. Meski demikian, sisa-sisa cerita dan beberapa keajaiban dibalik itu masih terus mengalir. Ada cerita menarik selama serangan penjajah ke Gaza di mana Brigade Izzuddin Al-Qossam untuk pertama kali dalam sejarah konflik dengan Israel telah banyak mengalami perkembangan luar biasa. Selain kemampuan tempur, intelijen dan produksi senjata, juga kemampuannya melakukan perang urat syaraf guna melemahkan mental penjajah Israel. Salah satunya saat Brigade Izzuddin al-Qassam meluncurkan lagu berbahasa Ibrani yang diunggal ke youtube. Selain sempat menggetarkan masyarakat Israel, lagu ini dikabarkan juga mempengaruhi tentara Zionis. Diantara lirik lagu yang berjudul  “ Zalzil Amna Israel”  (Goncangkan Keamanan Israel) “Goncangkan Keamanan Israel” “Majulah, Getarkan, Bangunlah, Getarkan Keamanan Israel, Majulah Wahai Anak-anak Al-Aqsha, Dan Ratakan Bumi itu (Isr

Tahukah Anda? Kalendar 2014 Sama Dengan Kalendar 1997

Satu hal yang menarik, namun ramai yang tak perasan adalah tentang kemiripan kalendar tahun 1997 dan 2014. Ambil contoh, tanggal 1 Januari pada tahun tersebut sama-sama jatuh pada hari Rabu. Sementara akhir tahun juga jatuh pada hari Rabu. Bulan Februari juga sama-sama mempunyai 28 hari. Apa sebab kemiripan tersebut? Apakah hanya kebetulan atau memang ada latar belakang ilmiahnya, sebagai contoh dari segi astronomi? Terkait hal itu, seorang Profesor Kajian Astrofizik dari Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional, Thomas Djamaluddin memberi penjelasan. Thomas mengungkapkan, ada pusingan dalam perjalanan waktu dari tahun ke tahun yang tidak disedari sehingga terdapat persamaan antara tahun 1997 dan 2014. "Secara umum, selalunya akan ada kesamaan setiap 28 tahun sekali," kata Thomas.. Menurut Thomas, kalendar tahun 2014 sama dengan kalendar tahun 1986 dan akan sama dengan kalendar tahun 2042. Angka 28 tahun sendiri berasal dari perkalian antara 4, diperoleh dari

Berita Viral Berkenaan MH370 Adalah Palsu

Heboh media sosial apabila tersebarnya berita penemuan bangkai Pesawat MH370 di sebuah kawasan di Pulau Perak. Salinan mesej yang tersebar seperti dibawah: MH 370 dah dijumpai di kawasan Pulau Perak.Semua mati..Pukul 11 member saya akan confirmkan sekali lagi.Skrg semua aset TLDM digerakkan ke sana.. Al Fatihah... MH 370 disyaki di hijack berpatah balik menujuk ke Phuket terhempas di Tukun Perak diantara perairan langkawi dan lautan andaman selatan Thailand. Maklumat masih di rahsiakan utk pasukan keselamatan saja Ikut member saya TLDM melalui sonar jumpa bangkai kapalterbang dan cebisan pesawat.Dia org juga nampak ada mayat pakai life jaket terperangkap dlm pesawat... Belum dapat disahkan...pukul 6 pagi tadi semua kapal laut dan kapal terbang dikerahkan ke sana.. Dia org jumpa pukul 6.50 ptg semalam..Lepas tu cuaca gelap.Malam tadi dia org terbang semula kawasan tu tapi cuaca gelap...Pukul 6 pagi tadi semua kapal terbang dan kapal dikerahkan ke tempat tersebut... Bila TUDM plot

iCloud Di Godam: Gambar Selebriti Berbogel Tersebat

Sejumlah gambar bogel yang kononnya menunjukkan ramai selebriti Hollywood popular termasuk pemenang Oscar, Jennifer Lawrence telah tersebar di internet dan kini menjadi perbualan hangat para peminat di laman media sosial. Dalam kenyataan terbaru menerusi Twitter beliau, Jennifer Lawrence berasa pelik & sukar untuk percaya apabila privasi dirinya senang senang dicabul. Dan, pihak pengurusan pelakon ini telah mengambil langkah awal untuk tindakan undang undang. “This is a flagrant violation of privacy. The authorities have been contacted & will prosecute anyone who posts the stolen photos of Jennifer Lawrence,” kata mereka kepada TMZ. Gambar gambar bogel ini khabarnya diperoleh selepas aktiviti menggodam akaun iCloud semua selebriti yang terlibat termasuklah nama besar seperti Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Pannettiere, Hope Solo, Hillary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer, Kim Kardashian dan Ariana Grande.

Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati

Seorang gadis Mesir yang menggemparkan umat dunia semalam apabila beliau dengan beraninya mengalirkan darah haid atas kalimah allah kini terlibat dalam kemalangan ngeri menurut sumber dari Upi.com. Kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat. Walahu alam.