Friday, 5 September 2014

Tahukah Anda? Kalendar 2014 Sama Dengan Kalendar 1997


Satu hal yang menarik, namun ramai yang tak perasan adalah tentang kemiripan kalendar tahun 1997 dan 2014. Ambil contoh, tanggal 1 Januari pada tahun tersebut sama-sama jatuh pada hari Rabu. Sementara akhir tahun juga jatuh pada hari Rabu. Bulan Februari juga sama-sama mempunyai 28 hari.
Apa sebab kemiripan tersebut? Apakah hanya kebetulan atau memang ada latar belakang ilmiahnya, sebagai contoh dari segi astronomi?
Terkait hal itu, seorang Profesor Kajian Astrofizik dari Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional, Thomas Djamaluddin memberi penjelasan.
Thomas mengungkapkan, ada pusingan dalam perjalanan waktu dari tahun ke tahun yang tidak disedari sehingga terdapat persamaan antara tahun 1997 dan 2014.
"Secara umum, selalunya akan ada kesamaan setiap 28 tahun sekali," kata Thomas..
Menurut Thomas, kalendar tahun 2014 sama dengan kalendar tahun 1986 dan akan sama dengan kalendar tahun 2042.
Angka 28 tahun sendiri berasal dari perkalian antara 4, diperoleh dari tahun genap yang berlangsung 4 tahun sekali dengan 7, jumlah hari dalam seminggu.
Namun, dalam kurun waktu 28 tahun tersebut, terdapat juga kemiripan antara satu tahun dengan tahun yang lain. "Dalam waktu 28 tahun itu, ada kemiripan menurut pola 6-11-11-6," ungkap Thomas yang meneliti sistem kalendar ini.
Berdasarkan pola tersebut, kalendar tahun 2014 tidak hanya sama dengan tahun 1997, tetapi juga dengan tahun 2003. Ke depan, kalendar tahun 2014 juga akan sama dengan kalendar tahun 2025, 2031, serta tahun 2042.
Kesamaan tidak hanya dijumpai pada kalendar Masehi, tetapi juga pada kalendar Hijriah atau kalendar Bulan. "Kalendar Hijriah mempunyai pola pusingan sekitar 33 tahun," kata Thomas.
Jadi, apabila Hari Raya Aidilfitri tahun 2013 jatuh pada tanggal 8 Ogos, maka  Hari Raya Aidilfitri  33 tahun berikutnya, iaitu tahun 2046, juga akan jatuh pada tanggal yang sama.

Berita Viral Berkenaan MH370 Adalah Palsu





Heboh media sosial apabila tersebarnya berita penemuan bangkai Pesawat MH370 di sebuah kawasan di Pulau Perak. Salinan mesej yang tersebar seperti dibawah:


MH 370 dah dijumpai di kawasan Pulau Perak.Semua mati..Pukul 11 member saya akan confirmkan sekali lagi.Skrg semua aset TLDM digerakkan ke sana.. Al Fatihah... MH 370 disyaki di hijack berpatah balik menujuk ke Phuket terhempas di Tukun Perak diantara perairan langkawi dan lautan andaman selatan Thailand. Maklumat masih di rahsiakan utk pasukan keselamatan saja Ikut member saya TLDM melalui sonar jumpa bangkai kapalterbang dan cebisan pesawat.Dia org juga nampak ada mayat pakai life jaket terperangkap dlm pesawat... Belum dapat disahkan...pukul 6 pagi tadi semua kapal laut dan kapal terbang dikerahkan ke sana.. Dia org jumpa pukul 6.50 ptg semalam..Lepas tu cuaca gelap.Malam tadi dia org terbang semula kawasan tu tapi cuaca gelap...Pukul 6 pagi tadi semua kapal terbang dan kapal dikerahkan ke tempat tersebut... Bila TUDM plot balik tpt tsbt, kawasan tu dlm perairan Indon.Antara Tukun Perak dgn Acheh... Insyallah kalau betul hari ni kita akan dpt tahu sesuatu yg positif... Wallahualam... copy paste dr group w/up ATM&PDRM. Baru 5 minit tadi astro awani kata akan menghentikan semua rancangan berbentuk hiburan bagi menghormati insiden ni... 99% ketepatan berita ini Adalah benar #‎MH370#‎PrayForMH370 MH 370 Copy paste untuk makluman .




Walau bagaimanapun, melalui hasil carian kami, berita itu ternyata PALSU dan sebenarnya sudah tersebar pada bulan Mac lagi sejurus selepas kehilangan pesawat MH370 dilaporkan kepada umum.



Berita ini adalah satu lagi rekaan konspirasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. -Tengoktvonline