Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Jom Terjah: Proton Baru

Melalui laman Micro Proton, http://www.betulbetulonz.com.mymendedahkan beberapa gambar model terbaru dalam dan luar rekabentuk proton Iriz, kereta kompak pertama syarikat itu. Melalui laman tersebut jelas menunjukkan Proton Iris menekankan 2 aspek utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api, namun ditawarkan pada harga mampu milik. Proton Iriz akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium. Seperti dalam gambar yang didedahkan, Proton Iriz dilengkapi dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan Hill Hold Assist, serta telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Saman Kerana Edar Gambar Bogelnya

New York – Sanggup menyertai program realiti Dating Naked, iaitu sebuah rancangan berdating sambil bogel, namun kemudian menyaman penerbit rancangan kerana didakwa melepaskan adegan bergusti hingga menampakkan alat sulitnya. Itu yang berlaku kepada salah seorang peserta program tidak bermaruah itu, Jessi Ninewitz, yang marahkan penerbit dan mendakwa penerbit rancangan itu, Viacom telah memanupulasi dan mempergunakannya hinggakan gambar alat sulitnya terlepas untuk tayangan. Dia mendakwa penerbit berjanji akan mengaburkan alat sulitnya dalam adegan bergusti, tetapi dia tidak kisah berbogel dalam program itu. Dalam adegan itu, Jessi dan pasangannya sedang bermain baling bola dalam keadaan bogel dan kedua-duanya kemudian bergusti di atas pasir di pantai. Bahagian belakang punggungnya betul-betul mengadap kamera ketika aksi gusti itu dirakamkan. Jelasnya, selepas sahaja adegan itu disiarkan di TV, dia mendapat banyak komen malah ada gambar itu dimuat naik dalam media sosial. Sel

Ditangkap Selepas Mengadu Tak Dapat Seks

Montana (Amerika Syarikat): Seorang lelaki, William McDaniel, 53, ditangkap kelmarin selepas didakwa memanggil polis untuk mengadu berkenaan seorang pelacur enggan mengadakan seks dengannya. Menurut polis, McDaniel mengunjungi pusat pelacuran di Butte, Montana dan memberikan seorang wanita wang AS$350 (RM1,120) supaya menari untuknya. Bagaimanapun, tarian itu dihentikan tiba-tiba apabila McDaniel menjadi agresif cuba memeluk wanita itu. Marah kerana penari itu menolak kehendaknya, lelaki berkenaan menelefon 911 untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa wanita itu tidak mahu mengadakan seks dengannya. Polis yang tiba di tempat kejadian menahan McDaniel atas tuduhan melanggan pelacur. - Agensi 

MUBARAK Mahu Mahathir Hentikan Mengkritik Najib

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan ‘perang dingin’ secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka. “Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. “Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan. Dr Mahathir berkata berdas

Gempar: Isu Najib Bercuti Keliling Eropah

Maklumat penerbangan dari data yang diperolehi secara umum menyokong dakwaan laman Asia Sentinel bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti di Eropah, selepas lawatan kerja ke Netherlands untuk menangani isu penerbangan MH17, dua minggu lalu. Maklumat dari laman penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan pesawat pengangkut VIP Tentera Udara Diraja Malaysia 9M-NAA dilihat di beberapa lapangan terbang Eropah, termasuk di beberapa lokasi yang disebut dalam laporan berkenaan. Bagaimanapun, tiada data awam yang menyebut identiti individu dalam penerbangan berkenaan. Data itu juga tidak menyatakan dengan jelas sama ada Najib atau pesawat berkenaan berada di Cannes, France, seperti didakwa. Pesawat berkenaan boleh digunakan oleh Agong dan ketua kerajaan lain, menteri, timbalan menteri, orang kenamaan asing dan pegawai tinggi kerajaan. Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Paris”.

Apa Pilihan Yang Khalid Ada?

Jawatan MB wanita pertama semakin hampir menjadi kenyataan. Wan Azizah sudah membuktikan beliau ketika ini mempunyai sokongan 30 daripada 56 Adun, majoriti nyata sudah berpihak kepada Presiden PKR itu untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor. Kejayaan Wan Azizah membuktikan beliau sudah mempunyai sokongan majoriti, termasuk melalui dua Adun Pas iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin, selain sokongan 15 Adun DAP serta 13 Adun PKR sedia ada, bukan saja menunjukkan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor ini sudah berada di penghujungnya, bahkan juga menjadikan keputusan mesyuarat Pas pada 17 Ogos nanti sudah tidak bermakna lagi. Harapan Pas dengan menangguhkan mesyuaratnya sebanyak dua kali untuk menjadikan ia mempunyai kuasa tawar menawar, boleh menunjuk kuasa dan dilihat penting dalam mengakhiri krisis, sudah menjadi sia-sia saja ketika ini. Pas juga sudah tidak berupaya lagi menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Sama ada Pas terus menyokon

Presiden Pas Mahu Ahli Didalam PR Bertenang

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini. “Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang. “Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya. S

Ababil1 Menakutkan Israel

Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum. Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel. Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran). Wilayah haram Israel dirakam oleh Pesawat Ababil 1 Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil u

Surat Buat Tok Guru Nik Aziz

Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi. Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang. Tok Guru, 30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan. PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak. Sebagai pekerja muda yang baru berusia 20 tahun, saya tinggal di bangunan PAS Kelantan di Jalan Tok Pati. Setiap pagi Jumaat saya akan bersama-sama dengan allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub mempersiapkan Dewan Zulkifli Muhamad untuk Tok Guru mengajar. Di situlah tempat bekerja dan di situlah juga tempat saya tidur. Saya masih ingat lagi bagaimana saya terpaksa makan mi segera selama dua hari ketika Kota Baru dilan

GEMPAR - PKR PECAT KHALID IBRAHIM

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014. Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN. Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut. Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat. Majlis Pimpi

Tony Pua Syok Sendiri: Dr Khairuddin Aman

Kenyataan kononnya Pas akan lenyap di Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan ekoran krisis dalam kalangan pakatan pembangkang berhubung kedudukan pucuk pimpinan negeri Selangor gagal diselesaikan merupakan kenyataan 'syok sendiri.' Sambil menempelak kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah terus memperlihatkan Pas tetap bertahan, akan tetap kuat dan bangkit dengan jenteranya yang semakin meluas di semua peringkat. Katanya, rakyat menilai setiap orang bertanding berdasarkan parti, peribadi, bakti mereka dan persoalan Pas akan lenyap merupakan suatu yang amat mustahil kerana Pas terbukti bertahan di negara ini sejak 51 tahun lalu. "Pas tak mungkin lenyap dan sentiasa boleh bertahan. Di Terengganu, kita jatuh pada 2004, tapi kita bangkit sekarang, tinggal dua kerusi lagi untuk kita kuasai. "Kita ada jentera di mana-mana sahaja. Yang tak ada jentera ialah Parti Keadila