Wednesday, 30 July 2014

Sekiranya Perang Berterusan Israel Boleh Bangkrap

Jangan kita sangka bahawa kerosakan dan kerugian itu hanya di pihak rakyat Palestin di Gaza sahaja, bahkan kekalahan dan kerugian sebenar adalah lebih-lebih lagi di pihak regim penjajah Zionis yang berhadapan dengan wilayah kecil Gaza yang terkepung ini.

Berikut adalah anggaran kerugian ekonomi Israel disebabkan serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza sehingga Jumaat 25hb Julai yang lalu :

1-USD 50 juta : Kerugian daripada pembatalan penerbangan
2-USD 200 juta : Keugian daripada pasaran perniagaan
3-USD 100 juta : Kerugian daripada industri perhotelan
4-USD 120 juta : Kerugian daripada industri pelancongan
5-USD 640 juta : Kos dan bebanan operasi udara
6-USD 75 juta : Kerugian daripada cukai yang hilang (expired)
7-USD 351 juta : Kerugian daripada kos ganti rugi perumahan (sebab komuniti penjajah dipindahkan ke tempat perlindungan)
8-USD 101 juta : Kerugian di sektor perindustrian
9-USD 275.5 juta : Kos operasi penangkis roket al Qassam (Iron Dome)
10-USD 472 juta : Kos dan bebanan operasi darat.

Ini hanyalah sebahagian daripada kerugian mereka dalam bentuk wang ringgit dan belum lagi kehilangan nyawa anggota dan pegawai tentera elit mereka serta trauma yang dihadapi oleh komuniti penjajah di seluruh wilayah yang terjajah 'Israel'.

Harus kita ingat sejarah yang lalu apabila sebuah kuasa besar yang digeruni yang bernama Soviet Union juga boleh tumbang disebabkan kehancuran ekonomi mereka setelah berbelanja ratusan billion hanya untuk menumpaskan sebuah negara kerdil yang bernama 'Afghanistan'.

Haram Berselfie Di Kubur : MUFTI

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
 
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
 
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
 
“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
 
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya  boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
 
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal  dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
 
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
 
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
 
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.