Friday, 25 July 2014

GEMPAR!!! PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN KERANA ISU MH17

Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu ‘pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan’.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. – AFP

PENAFIAN RUSUHAN KAUM DI BUNTONG, IPOH

Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian pergaduhan antara kaum yang dikatakan berlaku di Buntong, Ipoh. Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku. 
Keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar Ipoh.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.
Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Senior DCP Dato` Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani
Ketua Polis Perak