Thursday, 17 July 2014

Terkini: Kementerian Dalam Negeri Gaza; GENCATAN SENJATA SELAMA 5 JAM

Gencatan Senjata Kemanusiaan selama 5 jam telah diumumkan; akan bermula dari jam 10 AM sehingga 3 PM waktu Gaza.(5PM-10PM Waktu Malaysia)

Pertama, para agensi-agensi keselamatan akan memudahkan pergerakan rakyat dan membawa mereka untuk perniagaan mereka dan memenuhi keperluan mereka.

Kedua: Kementerian Dalam Negeri akan berusaha untuk membolehkan kakitangan menerima gaji mereka dari bank-bank pada waktu gencatan senjata, dan Kementerian mennyeru agar semua rakyat Gaza memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan segala kekurangan.

Ketiga: Kementerian menyeru semua rakyat dan para pejuang untuk mengambil tindakan berhati yang tinggi, dan tidak terlalu mengambil ringan keselamatan diri dalam tempoh gencatan senjata kerana penjajah sememangnya tidak boleh dipercayai.

Keempat: Kami menyeru rakyat agar tidak mendekati tempat-tempat dan tapak tentera yang telah dibom, mana-mana tubuh badan dan sisa daging hancur yang berselerak akan diuruskan sendiri oleh agensi danunit keselamatan.

Semoga kalian dalam lindungi keselamatan.

Sumber;
GazaNow

10 Syarat Hamas Untuk Gencatan Senjata

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta memudahkan mereka yang ingin menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber;
Jabatan Media Hamas

Terjemahan oleh;
Aman Palestin