Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Pejuang Hamas Berlatih Di Malaysia

KUALA LUMPUR : Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post. Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis. Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza. Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam. Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa. Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas. Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kala

CURAHAN RASA MANTAN SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH

Saya tak berhasrat utk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat! Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2 membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada? Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang

Sekiranya Perang Berterusan Israel Boleh Bangkrap

Jangan kita sangka bahawa kerosakan dan kerugian itu hanya di pihak rakyat Palestin di Gaza sahaja, bahkan kekalahan dan kerugian sebenar adalah lebih-lebih lagi di pihak regim penjajah Zionis yang berhadapan dengan wilayah kecil Gaza yang terkepung ini. Berikut adalah anggaran kerugian ekonomi Israel disebabkan serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza sehingga Jumaat 25hb Julai yang lalu : 1-USD 50 juta : Kerugian daripada pembatalan penerbangan 2-USD 200 juta : Keugian daripada pasaran perniagaan 3-USD 100 juta : Kerugian daripada industri perhotelan 4-USD 120 juta : Kerugian daripada industri pelancongan 5-USD 640 juta : Kos dan bebanan operasi udara 6-USD 75 juta : Kerugian daripada cukai yang hilang (expired) 7-USD 351 juta : Kerugian daripada kos ganti rugi perumahan (sebab komuniti penjajah dipindahkan ke tempat perlindungan) 8-USD 101 juta : Kerugian di sektor perindustrian 9-USD 275.5 juta : Kos operasi penangkis roket al Qassam (Iron Dome) 10-USD 472 juta : Kos da

Haram Berselfie Di Kubur : MUFTI

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.   Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.   “Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.   “Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan. Harussani berkata, masyarakat perlu memahami seda

GEMPAR!!! PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN KERANA ISU MH17

Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik. Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17. Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu ‘pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan’. Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine. Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari. Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilome

PENAFIAN RUSUHAN KAUM DI BUNTONG, IPOH

Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian pergaduhan antara kaum yang dikatakan berlaku di Buntong, Ipoh. Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku.  Keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar Ipoh. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam. Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Senior DCP Dato` Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani Ketua Polis Perak

MH17: BANTAHAN DAN KEMARAHAN SEMAKIN MEMUNCAK

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Belanda telah memuat naik video ke laman web YouTube bagi melahirkan kemarahannya terhadap tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17. Dalam video yang dimuatnaik dua hari lalu, Guilly Koster berkata dia amat marah dan sedih atas serangan terhadap pesawat tersebut yang telah mengorbankan rakannya bernama Tim. “Saya juga marah kerana terdapat ramai doktor menaiki pesawat tersebut yang sedang berusaha mencari penawar untuk AIDS; banyak pengetahuan telah hilang,” tambah Koster, merujuk kepada Presiden Persatuan Aids Antarabangsa Joep Lange dan lima pakar lain dalam perjalanan ke Melbourne untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20.

Kami Seolah olah Menentang Hantu:Tentera Israel

Tentera Israel berkata kepada wartawan; "Kami seakan berlawan dengan hantu, bunyi tembakan lebat menyerang kami tetapi kami tidak tahu dari mana ia datang.." [Ustaz Nazmi Karim / Gazanow] p/s: Pada tahun 2006 dulu pun ada testimoni dari tentera Israel, tetapi ketika melawan Hizbullah. Dalam rakaman salah satu daripada askar Zionis bertanya: "Adakah anda melihat askar Hizbullah?" Jawapan: "hanya melalui lensa." Dia kemudian bertanya: "Berapa usia askar [Hizbullah] itu?" Askar Zionis menjawab: "Mereka adalah orang-orang muda dalam generasi ke 18 hingga 25 tahun, berjuang keras dalam kebanyakan kes." Kemudian dia ditanya mengapa pertempuran itu sukar, askar itu menjawab: "kerana ianya adalah seperti menentang hantu."  [bintjbeil] Teruskan baca ayat Kursi dan niatkan untuk perlindungan dan kekuatan mujahidin dan saudara-saudara kita di Gaza, dan teruskan berdoa untuk mereka. Allahu akbar! Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Qah

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertemu Rakyat

Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun. Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid. “Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan. “Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya kepada media hari ini. Kh

Bencana MH17

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. "Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh. "Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. Terdahulu, media melaporkan pesawat penump

Terkini: Kementerian Dalam Negeri Gaza; GENCATAN SENJATA SELAMA 5 JAM

Gencatan Senjata Kemanusiaan selama 5 jam telah diumumkan; akan bermula dari jam 10 AM sehingga 3 PM waktu Gaza.(5PM-10PM Waktu Malaysia) Pertama, para agensi-agensi keselamatan akan memudahkan pergerakan rakyat dan membawa mereka untuk perniagaan mereka dan memenuhi keperluan mereka. Kedua: Kementerian Dalam Negeri akan berusaha untuk membolehkan kakitangan menerima gaji mereka dari bank-bank pada waktu gencatan senjata, dan Kementerian mennyeru agar semua rakyat Gaza memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan segala kekurangan. Ketiga: Kementerian menyeru semua rakyat dan para pejuang untuk mengambil tindakan berhati yang tinggi, dan tidak terlalu mengambil ringan keselamatan diri dalam tempoh gencatan senjata kerana penjajah sememangnya tidak boleh dipercayai. Keempat: Kami menyeru rakyat agar tidak mendekati tempat-tempat dan tapak tentera yang telah dibom, mana-mana tubuh badan dan sisa daging hancur yang berselerak akan diuruskan sendiri oleh agensi danunit

10 Syarat Hamas Untuk Gencatan Senjata

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka. 2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel). 3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza. 4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkec

Israel Panik Hamas Melancarkan Drone

Hamas kembali memberikan kejutan baru kepada penjajah Zionis dengan pesawat mata-mata buatannya yang diberi nama Ababil 1. Pesawat tanpa pemandu (drone) ini berjaya menyusup jauh di wilayah musuh hingga Tel Aviv dan terbang di atas bangunan Kementerian Perang pihak Zionis, demikian lapor laman web rasmi sayap tentera Hamas, alqassam.ps (14/7/2014). Pihak Hamas sendiri telah berjaya membuat pesawat tanpa pemandu dengan 3 jenis. Jenis pertama A1A bertugas untuk melakukan pengintipan, jenis A1B bertugas untuk melakukan serangan, sedangkan jenis A1C direka untuk melakukan serangan bunuh diri. Dan di pagi hari Isnin (14/7/2014) sejumlah pesawat mata-mata Hamas melakukan misi pengintipan 3 kali yang dilakukan lebih dari satu pesawat. Dalam misi pengintipan ke dua dan ke tiga Hamas kehilangan hubungan dengan salah satu pesawatnya. Laman berita Zionis, Arutz Sheva 7 (14/7/2014) sendiri menyebutkan bahawa pesawat tanpa pemandu diketahui telah menyusup di wilayah Ashdod. Pihak penjajah pu

Gempar!!! Hamas Berjaya Menakutkan Regim Israel

Kejutan demi kejutan dari Gaza. Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia. Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera. 1-Komando Amfibia... Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis. 2-Komando Darat Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka. 3-Roket baru R160 Dalam pertempuran yang terd

Kolonel Jihad

Abdul Manaf Kasmuri Penahanan Kolonel Jihad! Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah! Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994. Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada be

Karpet Masjid Berlambang Salib

KUANTAN - Karpet ruang utama solat di Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail di sini yang tertera kalimah ALLAH selain lambang salib akan ditukar serta-merta sebelum mendapat sijil layak menggunakan masjid tersebut daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip). Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian karpet itu. Menurutnya, perkara itu dikesan susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini. “Dalam siasatan sebelum ini mendapati karpet di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan ALLAH selain lambang salib. “Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua karpet dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya. Menurutnya, pejabat agama tid

Setelah Teruk Di Hentam Barulah Tengku Adnan Jadi Cerdik

KUALA LUMPUR:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini. "Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini semalam. Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita Datuk Sharifah Aini meninggal dunia KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru. Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga buka

16Juta Untuk Kepala Rakyat Malaysia

Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia. Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq. Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi - kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia - kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam. Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau

Juri Cium Tangan Hafiz

Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu. Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton. Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa dimuatnaik pada 29 Jun lepas. Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran. “Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah. “Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa ana