Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Sepatutnya Suami Cari Siapa Yang Pukul Isterinya Tapi Awie Minta Bukti Pula

Gambar ini mula tersebar di Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai. Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu adalah akibat dipukul seseorang. BACA: Awie Minta Bukti Dakwaan Pukul Isteri Di Khalayak Ramai Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. Wallahu’alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul.

GEMPAR!!! Wang Pampasan Kg Chubadak Disonglap

SHAH ALAM, 25 JUN: Pampasan dijanjikan syarikat pemaju perumahan bagi pengambilan tanah tapak rumah penduduk Kampung Chubadak tidak diterima penduduk apabila wang berjumlah RM12 juta itu didakwa dilesapkan Ketua Umno Cawangan Chubadak ketika itu. Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak, Suliah Mujni, 57, berkata perkara itu disedari apabila beliau dan ahli Umno cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan itu sekitar awal tahun 1970an. Chubadak“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju. “Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat Umno di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami menemui surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah menerima apa-apa pampasan pun. “Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan M

Dewi Perssik Dikritik Menari Ghairah Selepas Pulang Dari Mekah

GARA-gara berpenampilan seksi selepas pulang mengerjakan umrah, penyanyi sensasi Dewi Perssik atau lebih popular dipanggil Depe telah dikritik hebat oleh penggemar industri hiburan Indonesia. Masakan tidak belum sampai tempoh sebulan kembali ke tanah airnya, Depe begitu biadab berpakaian seksi dan menari ghairah pada satu majlis sempena pembukaan Piala Dunia 2014 baru-baru ini. Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia itu, Depe juga sempat menyanyikan lagu Shakira, Dare (La La La) dengan hiasan kepala mirip penyanyi tersebut. Berkelakuan menjijikan sewaktu menghiburkan pengunjung di pusat hiburan itu menyebabkan ramai yang mempertikaikan pemergiaan Depe ke Tanah Suci Mekah itu. "(Mengerjakan) umrah adalah satu ibadah, semua orang menanam keinginan itu. Sementara menyanyi itu pekerjaan saya. Agama dan dunia hiburan itu berbeza," kata Depe. Menurut bekas isteri Saipul Jamiell ini lagi, dia juga sedih apabila masih banyak pihak yang mempertikaikan

Apa Lagi, Penggallah...

Shahbudin dot com: Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Ben... : Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya menge...

Pengadil Bolasepak Paling Jelita

Seorang gadis jelita di Brazil menjadi sensasi di internet kerana kerjayanya sebagai seorang pembantu pengadil bola sepak. Gadis itu, Fernanda Colombo Uliyana, 25, menjadi topik perbualan di internet selepas beberapa stesen televisyen tempatan menyiarkan dia beraksi di padang dalam satu perlawanan piala Copa do Brasil baru-baru ini. Gadis jelita itu dilaporkan sekali lagi membantu pengadil pada perlawanan pembukaan kumpulan A antara pasukan Atletico Mineiro dan Cruzeiro di Brazil. Menurut Uliana yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan peribadi, dia berasa teruja untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengadilan bola sepak ke peringkat lebih tinggi. "Pencapaian ini merupakan hasil komitmen dan dedikasi saya dalam bidang pengadilan bola sepak," katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa. -Agensi

Keangkuhan Sharnaz Terhadap Allahyarham P. Ramlee

Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyrakat terjhadap datuknya termasuklah gurauan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada ‘paras kaki’. Najwa yang merupakan anak kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya. “Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaa orang ramai tentang Allahyarham. “Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat. Najua yang menggunakan nama komersialnya sebagai Najua P. Ramlee diminta mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa. Sharnaaz memuat naik status berk

Info Keputusan SPM Artis Malaysia

Kali ini kami dapat info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia. Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga. Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3. Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia: Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006 Syura – 3A spm, 2004 Siti Nordiana – 5A spm ,2000 Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7 Diana Danielle -2A 5B Sheila Rusly – Gred 2 Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SP

Papa Gomo Merempat Setelah Memfitnah

Hakim Mahkamah Tinggi jalan Duta hari ini memutuskan rayuan saya Wan Muhammad Azri untuk menangguhkan pembayaran RM800 ribu dan kos RM50 ribu kepada pihak Plantif Dato Sri Anwar Ibrahim ditolak dengan kos RM5 ribu yang perlu dijelaskan dalam masa 2 minggu. "Saya mohon untuk membayar ansuran RM100 ringgit sebulan namun telah ditolak oleh peguam Plantif dan Mahkamah mengarahkan agar terma pembayara dibincang dengan pihak Plantif." Sir Azri. Katanya lagi kpd wartawan "Sekarang saya jadi nelayan je Lah, nak tunggu apa lagi , kalau itu rezeki saya , saya terima".

Najib Ahli Parlimen Paling Pemalas

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri. Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan,. Katanya, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan. “Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini. Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini. Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan. “Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?” k

Umno Zalim Pada Penyokongnya, Bagaimana Dengan Rakyat?

KUALA LUMPUR 15 JUN: Penduduk Kampung Chubadak kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak bersuara ketika rumah mereka dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini. Kekesalan itu diluahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal kampung itu dipaksa keluar oleh DBKL bagi memajukan kawasan tersebut. “Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,” katanya dipetik dari laman blog warga marhaen. Kata Munah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen. “Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri. “Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami. “Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain t

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko: Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda). Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Penghidap penyakit sistem pernafasan. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. Gejala cuaca panas melampau adalah : Sakit kepala Keletihan Lemah tumpuan Pening Lemah otot–otot atau kekejangan Mual dan muntah Keadaan yang terl

BORISCHA, KANAK-KANAK DARI MARIKH.!!

Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi. Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon. Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya. Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008. Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun. LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti man

Muhammad Ahmad 'Isawa Mendapat Pembalasan

Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau. Dia terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita. Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada. Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun. Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah.