Thursday, 22 May 2014

Gempar: Pendedahan Berkenaan Mahathir

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga
Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope
mendedahkan perancangan ‘Black Out’
seluruh negara pada tahun 1992 yang
bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga
Bebas (IPP) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau
‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143
surat yang menceritakan permulaan IPP, dimana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itumemaksa TNB menyerahkan tanah di Paka,Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk
menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka.

Pembiayaannya tidak ada masalah dan
kredit kami adalah sangat tinggi. Kami
mempunyai tanah dan bersedia untuk
membina loji.

“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.

Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB
menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit
(kwh) dan membekalkannya pada 17 sen
seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik
pada 23 sen seunit yang menyebabkan
TNB perlu mengenakan caj dengan kadar
tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan
perjanjian itu menyebabkan 20 juta
pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU
hanya memberikan kami terma dan
meminta kami bersetuju. Saya kata tidak
mungkin,” katanya yang terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu.

Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.
Berdasarkan laporan tahunan Petronas
pada 2008, IPP mendapat subsidi gas
berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB
pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

Subsidi itu menyebabkan kontroversi
kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.

“Dengan fasal ambil-atau-bayar dan
dengan 40 peratus rizab berlebihan yang
kita ada hari ini, seseorang hanya perlu
menghasilkan setengah keupayaan
seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui.

Syabas EPU –Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh
menjunam daripada 20 sen pada tahun
1993 berkurangan kepada 10 sen pada
tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

Syarikat pengeluar tenaga yang telah
mendapat kadar keuntungan sehingga
berbillion ringgit adalah

Genting Sanyen
Power Sdn. Bhd,
Powertek Berhad,
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd
SEV 2nd,
YTL Power Generation Sdn. Bhd,
ARL Tenaga Sdn. Bhd,
TNB Janamanjung Sdn. Bhd,
Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn.
Bhd,
Prai Power Sdn. Bhd,
GB3 Sdn. Bhd
Tanjung Bin Sdn. Bhd.