Wednesday, 21 May 2014

Tanda Tanda Kematian Semakin Dekat

Tanda-Tanda Kematian semakin Dekat

1. TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Alloh SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka – mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini tergantung pada mereka, sedar atau tidak.

Tanda ini akan terjadi biasanya sesudah waktu Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut sampai hujung kaki akan mengalami getaran/seakan-akan menggigil. Contoh : Seperti lembu yang baru disembelih, jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati seakan – akan daging itu bergetar.

Bagi mereka yang sedar & berdetik di hati ‘mungkin ini adalah tanda kematian, maka getaran ini akan berhenti & hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat.

Bagi yang sedar akan tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan ditinggalkan sesudah mati.

2. TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat tubuh kita akan berdenyut -denyut. Pada saat ini, daun yang bertuliskan nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arsy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut & mulai mempersiapkan segala sesuatunya atas kita, diantaranya ia akan mulai mengikuti kita sepanjang hari.

Akan tiba saatnya malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas. Jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya hanya seseorang tapi kemampuannya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut.

3. TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan penyakit/sakit, di mana orang sakit yang jarang mahu makan tiba – tiba berselera makan.

4. TANDA 3 HARI SEBEBLUM MATI

Pada waktu ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita. Jika tanda ini boleh dirasakan, maka berpuasalah kita supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis & ini akan memudahkan orang yang akan memandikan kita.

Saat ini, bola mata kita tidak akan bersinar lagi & bagi orang yang sakit, bagian hidungnya akan perlahan - lahan jatuh, ini dapat dilihat jika kita melihatnya dari samping. Telinganya akan layu, di bahagian hujung - hujungnya akan berangsur – angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terjulur akan perlahan -lahan jatuh ke depan & sukar di tegakkan.

5. TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan datang setelah waktu Asar. Kita akan merasakan satu denyutan di bahagian belakang, iaitu di bahagian ubun – ubun, yang menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar hari berikutnya.

6. TANDA AKHIR

Kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat & hanya akan turun ke pinggang & seterusnya akan naik ke bahagian tengkorok.

Pada waktu ini hendaklah kita terus mengucap kalimat Syahadat & berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut. Sebaiknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam diam &jangan lagi bercakap

Itulah tanda-tanda akhir dimana maut mulai menjemput kita. Wallaahu’alam, kita semua tidak ada yang tahu, tapi setidaknya kita mempunyai gambaran bila kematian itu akan segera menjemput kita