Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Telefon Pintar Terbaik Mengikut Kategori

BOLEH dikatakan hampir semua menggunakan telefon pintar untuk memeriksa e-mel, Facebook, merakam gambar, melayari Internet, bermain permainan serta pelbagai kegunaan. Tapi bagaimana kita memilih telefon pintar yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan? Misalnya iPhone menawarkan antara muka yang intuitif dan pelanggan boleh mendapat aplikasi (apps) yang lebih menarik. Telefon dengan platform Android bagaimanapun menawarkan skrin lebih lebar, lebih ciri menarik dan lebih pilihan peribadi. Manakala telefon pintar dengan platform Windows sesuai bagi pengguna baru telefon pintar. Di sini terdapat telefon pintar yang dikelaskan kepada beberapa kategori; TERBAIK KESELURUHAN Gabungan telefon dan tablet, Samsung Galaxy Note 3 menampilkan skrin Full HD, pemprosesan Snapdragon 800 super pantas dengan lebih 11 jam hayat bateri. Samsung juga membuat pelbagai peningkatan kepada perisian pen, menjadikan pengguna lebih mudah mengambil, menyalin serta berkongsi nota. Pengguna yang sering melakuk

Gempar: Pendedahan Berkenaan Mahathir

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini. Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, dimana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itumemaksa TNB menyerahkan tanah di Paka,Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa. “TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji. “Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘blac

UMNO Tidak Berani Ambil Tindakan Terhadap Ibu Calon Dap Teluk Intan

TELUK INTAN: Barisan Nasional, BN, tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut. Yammy Samat adalah ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu “Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini,” katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi. Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya. Beliau turut menyerahkan kepada UMNO jika henda

Najib Perlu Belajar Ekonomi dari Penjual Laksa Ini

Renungan bersama.. SEMOGA CERITA INI MEMBERI KESEDARAN KPD KITA. SUATU HARI SEDANG SAYA MEMBERSIHKAN HALAMAN, LALU SEORANG PENJUAL LAKSA BERAS, MENAIKI MOTOSIKAL MENGELILINGI KAMPUNG. OLEH KERANA MATAHARI TELAH MAKIN MERENDAH SELEPAS ASAR, SAYA PUN BERHENTI REHAT. APABILA NAMPAK PENJUAL LAKSA BERAS LALU, SAYA PUN MEMANGGIL UNTUK MERASA LAKSA BERASNYA. SETELAH MEMESAN DAN MEMBAYAR HARGA BAGI 5 BUNGKUS LAKSA BERAS, SAYA MELIHAT PENJUAL ITU MEMBAHAGIKAN DUIT YANG SAYA BAYAR KEPADA 3 TEMPAT. DUIT ITU DI BAHAGI 3, 1/3 KE DALAM DOMPET, 1/3 KE DALAM LACI DUIT DAN 1/3 KE DALAM BEKAS SEPERTI TABUNG. MELIHAT KEADAAN ITU, MENJADIKAN SAYA TERUJA INGIN TAHU KENAPA DUIT-DUIT ITU DIASINGKAN. MAKA TERUS SAYA BERTANYA, “PAK CIK KENAPA PAKCIK ASING-ASINGKAN DUIT TERSEBUT?” PAKCIK ITU PUN MENJAWAB, DUIT YANG MASUK DOMPET DIGUNAKAN UNTUK PERBELANJAAN PERNIAGAAN DAN KELUARGA, DUIT YANG MASUK TABUNG UNTUK SIMPANAN PENYEMPURNAAN AGAMA DAN DUIT YANG MASUK LACI UNTUK INFAK. "DALAM SETIAP REZEKI Y

Bani Saud Memulakan Modus Operandi dengan Menyekat Para Imam Masjidil Haram

Pemerintah Saudi telah menuduh empat orang Imam terkenal Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi menjadi anggota dan memiliki hubungan kait dgn Jemaah Ikhwanul Muslimin yang telah didaftarkan sebagai kumpulan "teroris" di Saudi. Empat orang Imam berkenaan adalah Syaikh Saud Syuraim (Imam Masjidil Haram), Syaikh Faishal Ghazawi (Imam Masjidil Haram), Syaikh Abdul Muhsin Qasim (Imam Masjid Nabawi) dan Syaikh Abdul Bari (Imam Masjid Nabawi). Mereka akan diambil tindakan dan dilarang untuk berdakwah, memberi khutbah di Masjid-Masjid dan pusat-pusat agama serta memimpin solat Jumaat. Imam-Imam berkenaan juga dituduh mengeksploitasikan bacaan Al-Quran bagi mendukung Jemaah Ikhwanul Muslimin yang telah diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana.

Samsung Kena Saman Lagi

SAN JOSE, CALIFORNIA – Samsung telah diarahkan membayar RM390 juta kepada Apple oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana mencabuli dua paten telefon pintar milik Apple, lapor Reuters. Dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, Apple menuduh Samsung mencabul paten ciri-ciri telefon pintar termasuk pencarian universal sementara Samsung menafikannya. Semalam, mahkamah membuat keputusan pembuat telefon pintar Korea Selatan itu telah mencabuli dua paten Apple. Apple dan Samsung telah melalui jalan undang-undang untuk tiga tahun dan pembuat iPhone itu telah mendapat RM3,038 juta dalam perbicaraan pada 2012 tapi Apple gagal meyakinkan mahkamah untuk mengeluarkan perintah injuksi kekal terhadap penjualan telefon Samsung di AS. Kes terkini ini melibatkan lima paten Apple yang tidak termasuk dalam perbicaraan 2012 yang meliputi ciri-ciri seperti ‘slide-to-unlock’ dan teknologi enjin carian.

Trengganu Bakal Hadapi Krisis Politik Lebih Kronik

KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail. Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali semula ke pangkuan parti itu.  “Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan kecil (di kalangan Adun). “Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana. Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama. “Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.  Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN sendiri

Sebab Ahmad Said U Turn

Sebab Sebenar Ahmad Said Buat U-Turn Terbongkar Kenapa Ahmad Said “turn back’? Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua. Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya. Malah beliau mengakui

Gempar: Mas Terima Pukulan KO

EKSKLUSIF PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun. Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan. Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu. Sumber memberitahu mStar Online,  sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekuranga

Najib Mengharapkan Idea Dari Pembangkang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) membidas pembangkang yang mengutuk kerajaan kerana mahu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan. Beliau berkata sebaliknya, pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu tidak pernah mengemukakan alternatif bagi menggantikan GST. "Pembangkang buat demonstrasi pada 1 Mei lepas tetapi sebenarnya kalau dia tidak setuju dengan GST, bagilah alternatif tetapi kita tidak dengar apa alternatif mereka. "Cuma dia naik pentas kutuk kerajaan, kutuk sahaja tanpa berikan alternatif yang baik untuk negara," katanya ketika melancarkan Majlis Senator Malaysia (MSM) dan logo majlis itu di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, malam ini. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden MSM Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cara itu tidak mencerminkan pembangkang yang mew

Kalau Umno Ikhlas Hudud Dijadikan Usul Rasmi Dalam Parlimen

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melabelkan Umno 'pondan' jka parti itu takut untuk membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau Hudud pada sesi parlimen nanti. Beliau menjelaskan, jika usul persendirian itu dibawa oleh Umno terutamanya Perdana Menteri atau menteri Kanan usul itu akan menjadi usul rasmi kerajaan dan perkara itu sukar ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan mudah untuk diluluskan. "Kita tahu Umno tidak serius dalam pelaksanaan Hudud di Kelantan, jika mereka serius kita (PAS) menggesa parti itu membawa usul tersebut dan bukannya PAS."Saya pasti kita Umno sendiri yang bawa sudah pasti ia mendapat sokongan dari pemimpin Islam di dalam Barisan Nasional dan mendapat kelulusan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini. Menurut beliau lagi, Umno yang memimpin Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk meluluskan usul jika ia dibawa oleh mereka sendiri. "Saya harap Perdana Menteri akan menggu

Lelaki Gila Seks Menakutkan Pelajar IPTA

Lima pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tinggal menyewa di sebuah rumah di Segamat kini bukan sahaja hidup dalam kebingungan dan ketakutan, malah tidak lena tidur malam kerana terpaksa berdepan dengan gangguan misteri sejak awal tahun ini. Penuntut IPTA terbabit mendakwa gangguan mereka hadapi itu disyaki dilakukan seorang lelaki yang dipercayai tinggal di kawasan berdekatan rumah sewa mereka. Antara kejadian yang menimbulkan kebimbangan penghuni ialah apabila sering berlaku kecurian pakaian dalam yang dijemur di ampaian dan tidak kurang juga bunyi seseorang mengetuk tingkap bilik tidur pada tengah malam ketika mereka baru melelapkan mata. Seorang penghuni rumah sewa berkenaan yang dikenali sebagai Nur, 21, berkata, dia dan empat rakan menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu kerana kedudukannya di tepi jalan dan memudahkan mereka ke kampus dengan menaiki bas yang disediakan pihak pengurusan universiti. Bagaimanapun, dia mendakwa be

SAMM Memohon Maaf

Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media. Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar. Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku. Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut. Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎". Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎. Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan. Pengeru

Cakap Orang Pergi Umrah Mereka Tak Mau Percaya

DAKWAAN  seorang wanita yang baharu pulang dari umrah telah melihat bangkai pesawat di perairan Laut Andaman mungkin ada benarnya. Ini kerana berdasarkan dakwaan yang dilaporkan syarikat GeoResonance kelmarin, yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu, mengesan objek berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman. Berdasarkan laporan wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu. Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi(8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.-  SH