Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Bekas Model Majalah Playboy Belum Bersedia Memeluk Islam Lagi

Sebelum ini, bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu terburu-buru memeluk agama Islam walaupun gaya pemakaiannya telah berubah 360 darjah seperti muslimah sejati. Namun begitu, gadis berbangsa Cina ini nekad membuat keputusan untuk bertukar agama dan mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro. “Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan," kata Felixia.  “Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama." "Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya." "Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semu

Tun Daim Gasak Najib Lagi

KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara. Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada kaitan dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam penyelarasan ekonomi bersama. "Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul. "Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah ianya telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya. Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul semula dasar perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

Pakaian Rebecca Yang Melampau

Selepas satu, satu.. itulah yang dilakukan oleh seorang pelakon wanita yang bernama Rebecca Nur Al Islam. Baru-baru ini Rebecca telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir rakannya di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dengan busana yang sungguh tidak sesuai dengan imej bertudungnya. Apa yang dipakai oleh Rebecca, terlalu ketat dan sehingga membuatkan para pengikut Instagramnya menggelarkan penampilannya malam itu tidak ubah seperti Teletubbies! Kami menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mereka (selebriti) lebih lebih lagi jika ia melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh. Tetapi, pada hematnya, ia haruslah selari dengan pemakaian lainnya. Bukan bertudung semata-mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram.

Senarai MB Bakal ditukar

Selepas isu dua Menteri Besar BN bakal ditukar, dispekulasikan Mingguan Malaysia (Utusan) semalam, beberapa blog tampil membuat andaian negeri manakah yang akan berlaku pertukaran itu. Dalam beberapa blog pro Umno, beberapa negeri disebut sebagai ‘paling beresiko’ untuk ditukar dengan menteri besar yang baru. “Paling berisiko akan diganti ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berada dalam senarai atas pertukaran menteri besar sejak sebelum pilihan raya lalu. “Selain itu, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Sabah juga mungkin berhadapan risiko digantikan berikutan masalah dalaman negeri yang tidak berkesudahan. “Namun mungkin juga kejutan akan berlaku di utara Semenanjung Malaysia, Perlis,” tulis blog mykmu.net yang buat telahan. Isu pertukaran menteri besar diulas dalam satu tulisan Bisik-bisik Awang Selamat di akhbar Umno itu semalam. Tanpa menamakan nama mana-mana menteri besar yang dimaksudkan, tulisan dalam akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri D

MH370 Bukan Berakhir di Lautan Hindi

Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi. Laporan  New Straits Times  yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti. Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu. Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil. Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST. Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi. Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah. “Kita

Gempar!!! Anwar Tolak Hudud?

Model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu berkata, kerajaan perlu membincangkan beberapa perkara asas dalam Islam terlebih dahulu seperti masalah ajaran sesat dan anti hadis sebelum membawa hudud ke satu peringkat yang lebih serius. “Kita sebagai orang Islam, kita tidak boleh pertikai undang-undang Al-Quran. Saya bukan Mahathir. Kita kena terima. Hal ini harus difaham. Kalau tunggu fatwa, semua fatwa kena pada kita. “Curi duit tak nampak, kenyataan Mahathir tak nampak, Mahathir sokong Kassim Ahmad anti hadis tak mengapa. Kita yang kena,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam Himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi. Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menyelar tindakan pihak berkuasa agama menangkap dan membicarakan Kassim kerana tindakan terseb

Treangganu Bakal Mempunyai MB Baru?

Mengikut sumber yang boleh dipercayai Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi. Ahmad Said telah dijanjikan dengan satu jawatan baru yang tidak dipasti apa 'post'nya. Menurut sumber itu lagi yang akan mengganti Ahmad Said ialah YB Rozi Mamat Adun Telemung yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri. Pertukaran ini adalah berpunca daripada laporan "geng Idris Jusoh" yang menyebut Ahmad Said telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat.  Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini. Malah dikatakan Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO malah kadang kala dikatakan seolah memperli pula dalam tindakannya. Laporan itu juga menyebut Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat. Mengikut sumber itu sepatutnya Ahmad said telah ditukar sebelum PRU-13 tapi oleh kera

Puaka Gua Tempurung Punca Kematian Karpal

Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut. Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. “Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi. Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu. “Semoga usaha yang saya l

Gempar!!! Harga Minyak Akan Naik Lagi???

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013. Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia terus kekal masih lemah dibandingkan dengan dolar Amerika. Tetapi….. Tetapi…….harga minyak RON95 seperti yang ditawarkan sekarang kepada kelompok rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana iaitu RM2.10 seliter dilihatkan tidak bertahan lama. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Ada 4 faktor di sini : 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 Naik Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia JUN 2014? Pergolakan antara Rusia dan Ukraine (Laporan Berita Harian) Kajian semula kerajaan Libya terhadap eksport minyak untuk pas

Zulkifli Nordin Perlecehkan KJ

Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan. Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah. "Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop? "Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari ini. Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya, Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud. "Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah mema

Ini Mungkin Pidato Terakhir: Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya. Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata: "Ini mungkin pidato terakhir saya di sini." Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap "ketidakadilan" sekitar kesnya. Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu. Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu. Beliau kini harus menjadi peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam. Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman. Anwar juga berharap penyokongnya akan m

Janda Tidak Serik Dicekup Kali Kedua

Gambar hiasan Langkawi: Seorang janda beranak dua tidak serik apabila dicekup berkhalwat kali kedua dengan pasangan berlainan dan ditemui hanya berkain batik ketika ditahan di rumahnya di Kampung Makam Mahsuri di sini oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL), awal pagi semalam. Wanita berusia 20-an yang mempunyai dua anak berusia lingkungan tiga dan empat tahun itu baru dicekup kerana melakukan kegiatan sama pertengahan bulan lalu dengan lelaki lain tetapi kali ini dia ditahan dengan lelaki yang baru dikenalinya. Ketua Operasi PADAL Saiful Aswad Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan mencurigakan wanita itu sekitar jam 3 pagi semalam dan bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, keadaan rumah itu gelap dan berkunci dari dalam menyebabkan pihaknya mengetuk pintu rumah berkali-kali selepas mengesyaki ada lelaki di rumah berkenaan. “Beberapa minit kemudian, wanita itu yang hanya berka

Terkini: Karpal Singh Maut Kemalangan Jalanraya

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini. Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi. Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk. Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat. Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005. Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Pa

Keluran Phone Terbaru Lenovo Jun Ini

[MWC 2014]: Lenovo umumkan 3 phone baru di Barcelona yakni Lenovo S860, Lenovo S850 dan Lenovo S660, kesemuanya merupakan smartphone mid-tier, dengan ciri-ciri seperti dual-sim, Android 4.2 Jelly Bean, 3G + WiFi dan akan mula dijual bulan Jun kelak. Lenovo S860 Lenovo S860 mempunyai 2 speaker dan luaran brushed metal yang tahan calar dan anti-cap jari. Spesifikasi seperti berikut; - skrin 5.3-inci 720p HD - chip 1.3GHz quad-core MediaTek MT6582 - kamera belakang 8MP dengan flash LED, kamera selfie 1.5MP - 2GB RAM, 16GB memori dalaman - bateri besar 4,000mAh yang boleh mengecas peranti lain - harga USD $349 Lenovo S850 Lenovo S850 mempunyai luaran sepenuhnya kaca, dengan penambahbaikan pergerakan bagi memudahkan penggunaan sebelah tangan. Spesifikasi; - skrin 5-inci 720p HD - chip 1.3GHz quad-core MediaTek MT6582 - kamera belakang 13MP dengan flash LED, kamera selfie 5MP - 1GB RAM, 16GB memori dalaman - bateri 2,000mAh - warna: pink (!) dan p

Najib Alih Isu MH370 Kepada Isu Satu Saat

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyerangnya dalam isu MH370 berdasar laporan yang didakwa salah terjemah. Bernama  semalam melaporkan Najib membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam  sesaat . Agensi berita nasional itu memetik kenyataan Anwar dalam media China  Southern Weekly pada 5 April yang dikatakan mampu berbuat demikian jika menjadi perdana menteri " Bernama  membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China  Sourthen Weekly . "Apa yang saya katakan adalah saya akan mengambil masa satu saat untuk mengambil keputusan tindakan yang perlu diambil untuk keselamatan rakyat bukannya menyelesaikan. "Kerajaan BN telah merekayasa satu kenyataan dan menyerang dengan tidak merujuk kenyataan sebenar," katanya dalam sidang media hari ini. Dalam pada itu Anwar mencabar Najib dan kabinet beliau untuk menjawab pelbagai

Esscom Tak Masuk Akal: Bekas Ketua Polis Sabah

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyebabkan pertindihan kerja, kata bekas ketua polis Sabah. Bagaimanapun, Ramli Yusuff, sebagai ketua polis negeri antara 2002 hingga 2004, enggan mengulas sama ada Esscom patut dimansuhkan atas alasan ia berkaitan isu dasar negara. Dalam perkembangan yang sama, Ramli berkata, Esscom patut diketuai oleh ketua polis negeri bagi mengelakkan pertindihan arahan dan bagi memastikan cengkaman lebih baik terhadap perkara berkaitan operasi keselamatan. “Saya sudah kaji kawasan itu dan saya fikir Esscom, atau apa yang kamu mahu gelarkannya, patut diketuai oleh polis atau tentera. Tetapi saya lebih suka polis kerana ia masalah (keselamatan) dalaman...,” kata Ramli. “Ini pandangan peribadi saya, tetapi (ketua Esscom sekarang) Datuk Mohammad Mentek daripada Jabatan Imigresen dan dia tidak tahu hal-hal operasi,” tambahnya ketika diwawancara  Malasiakini  semalam. Ramli, yang mengetuai Ops Nyah yang menyaksikan pengusiran lebih 100,000

Ahmad Maslan Nak Bayar Blue Wave Army Dengan Duit Rakyat?

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA). Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). "Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat. "Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di Kuala Lumpur, hari ini. Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut membe

Ada Yang Makan Hati Bila Erra Rujuk Semula

- Foto Ihsan Instagram Engku Emran SHAH ALAM - Hasrat bekas suami pelakon dan pengacara Erra Fazira, untuk memenangi hatinya terbukti apabila gambar anak perempuan mereka memakai baju putih dengan tulisan #prayformomandayah telah dimuatnaik di laman Instagram semalam. Bekas suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menyatakan hasrat dan keinginannya untuk memujuk dan memulihkan kembali rumah tangga mereka. Menurutnya, anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5 turut bersetuju dan teruja apabila beliau menyatakan hasrat mahu memikat kembali hati ibunya. “Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya cuba hantar mesej pesanan ringkas kepadanya dan luahkan perasaan sayang saya pada dia. “Saya mengaku saya masih menyayangi dia dan saya tidak malu untuk berusaha memujuknya untuk kembali,” katanya dalam status pada gambar yang disiarkan di laman instagram miliknya. Menurutnya, insiden perceraian yang terjadi pada 18 Febuari lalu adalah satu kesilapan dia m

Mayat Masih Sempurna Selepas Dilanggar Treller

GEORGETOWN - Walaupun dilanggar sebuah treler, namun mayat seorang warga emas masih dalam keadaan sempurna kerana ditemui antara dua tayar dalam keadaan terbaring. Warga emas, Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, dari Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas dikatakan sedang melintas jalan namun tiba-tiba terjatuh di Jalan Tun Dr Awang di sini pagi semalam. Mangsa dikatakan berjalan kaki ke Kampung Setinggan, terletak berhadapan dengan kediamannya kira-kira jam 9 pagi. Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa terjatuh terdapat sebuah treler dengan muatan bahan binaan sedang menghala ke arahnya dari bulatan Bayan Baru ke Relau. Beliau berkata, pemandu treler tidak dapat memberhentikan kenderaannya kerana kejadian berlaku secara mengejut. “Mayat dia ditemui antara dua tayar treler itu dalam keadaan terbaring dan tidak berdarah.  Ini merupakan takdir ALLAH, dia pergi dalam keadaan sebegini,” katanya. Menurutnya, Syed Mohamed kerap pergi ke kampung berkenaa

Gaji Samy Lebih Tinggi Dari Kutipan Hasil Pelancung Dari India

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan hanya bergajikan RM1. Katanya, dibandingkan dengan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji serta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia. "Kalau saudara lihat Samy Vellu, bekas menteri pelancongan, begitu ramai yang bukan dapat seringgit tapi beratus ribu ringgit untuk dijadikan penasihat kerajaan persekutuan. "Ini bukan perkara baru. Dia pergi ke India sepatutnya tarik pelancong tapi pendapatan dia boleh jadi kurang daripada pendapatan yang kita dapat daripada pelancong India," katanya ketika sesi penggulungan ucapan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Samy Vellu dilantik menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan sejak tahun 2010 dengan mener

Anak Che Ta Nafi Mahu Hadiah BMW X6

Anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah kejayaannya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya sebuah kereta lain. Ammar, 18, berkata kereta yang dipilih sebagai hadiah kecemerlangannya itu ialah Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000. “Hahaha… Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’. “Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,” selorohnya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi mesej aplikasi WhatsApp pada pagi Khamis. Ammar diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya Rozita sudah membelikannya kereta mewah BMW X6 bersempena kejayaannya yang cemerlang dalam SPM. Tambah Ammar, dia inginkan sebuah kereta yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan antara jenis kereta yang diminati ialah Audi R8, BMW M3 dan Mercedes A45. “Pada Ra

Selepas GST Tiada Kompromi Dalam Ketirisan

Lulusnya Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat Isnin lalu, Pakatan Rakyat (PR) kini berikrar tidak akan berkrompomi soal ketirisan yang dilakukan kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar). Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan sistem GST tidak berdepan ketirisan memandangkan melalui hasil cukai itu pendapatan negara akan lebih meluas. Katanya, kegagalan kerajaan menguruskan hasil wang rakyat sehingga menyaksikan tahun demi tahun berlakunya pembaziran yang didedahkan Laporan Audit Negara, maka GST dilihat sebagai jalan singkat. "Ini memang tidak dapat dinafikan lagi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah menyatakan walaupun tidak secara terus bahawa dengan pelaksanaan GST dapat menyelamatkan Malaysia daripada muflis," katanya kepada The Malaysian Insider. Tambahnya, rakyat juga kini mempunyai hak dan suara yang besar untuk hidup di negara yang bebas korupsi memandan

Main Golf 10 Jam... Apa la nasib rakyat Malaysia yang punya pemimpin sebegini

Majlis rasmi Muhyiddin di Dubai 3 jam, main golf 10 jam, kata DAP Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diselar ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang selama lima hari ke Dubai dengan lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan. – Gambar fail.DAP hari ini menyelar lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Dubai kerana lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan. Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet. "Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri. "

Kes Khalwat Pelakon

Dalam sebuah portal hiburan melaporkan, saksi pertama untuk kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle, Mohd Radzi Saliman, 30, memberitahu mahkamah yang pelakon itu mengakui wanita yang ada bersamanya di dalam sebuah bilik ketika serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah teman wanitanya. "Ketika serbuan dilakukan, seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek membuka pintu bilik. Pada ketika itu, bilik dalam keadaan gelap. Apabila saya membuka lampu, didapati seorang individu sedang berbaring di atas katil dan individu tersebut sedang berselimut. "Saya mengarahkan individu tersebut untuk bangun dan saya dapat mengenalpasti bahawa dia adalah seorang lelaki. Pada waktu itu, dia hanya mengenakan seluar dalam jenis 'boxer' sahaja. Ketika ditanya mengenai pertalian mereka, lelaki itu menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya," katanya lagi pada proses pro

Satu Signal Buat Najib: Sabah Menunjukkan Taringnya

MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong. Selain itu, Ghapur ( kanan ) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna. "Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali. “Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Sebelum itu, Stephen Wong Tian Fatt (DAP-Sandakan) turut membuka perbahasan dengan menyelar kenyataan kontroversi Wan Junaidi yang menjadi pertikaian itu. "Kerajaan perlu mengakui masalah yang berlaku dan berbincang usaha untuk memperbaiki keselamatan demi membina s

Rosmah Lebih Bijak Dari Najib

"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan." Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas. Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara, "Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya. Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah bahawa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.

Mat Taib: Umno Buat Surau Tapi Menaripun Dia Buat Juga

MUAR - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini turut hadir memeriahkan Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom di sini. Dalam ceramah 'warming up' petang tadi, tokoh Umno itu turut berkongsi rahsia kenapa beliau bertindak keluar dari parti yang dia begelumang sekian lama, dan menyertai PAS. Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau nekad meninggalkan Umno selepas menyedari bahawa hidup ini bukan hanya bermatlamatkan dunia semata-mata tetapi akan menuju ke alam akhirat. "Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah. "Zaman Umno, memang buat surau, pergi haji, umrah sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada. "Yang betul buat jugak, yang tak betul pun buat jugak, menari pun buat jugak," kata beliau yang lebih popular dengan gelaran Mat Taib. Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat itu lagi, sistem pemerintahan negara

AirAsia Mengorak Langkah bye bye MAS

KUALA LUMPUR : Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beroperasi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu, KLIA2. Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata syarikat penerbangan tambang rendah - yang enggan berpindah ke KLIA2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di KLIA2. Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini. Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu. Azmi berkata pemindahan ke KLIA2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan. AirAsia, syarikat pener

Penumpang Pesawat MH370 Masih Hidup

Hishammuddin KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kebarangkalian bagi penumpang untuk terus hidup masih ada. Menurutnya selagi pesawat MH370 tidak ditemui, masyarakat dunia harus terus berharap bahawa kemungkinan penumpang dan krew pesawat tersebut untuk hidup masih ada. "Ini adalah harapan buat keluarga penumpang dan pesawat tersebut, walau apa jua keadaan kita perlu terus mengandaikan bahawa mereka masih hidup, walau pun kemungkinan tersebut tipis," katanya. Justeru, beliau merayu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang andaian berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi. "Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi, bukannya terhempas di Lautan Hindi. "Saya merayu kepada orang ramai supaya jangan cepat mempercayai sebarang khabar angin berhubung denga

Polis Menahan Orang Berkaitan Pencolekan Di Sabah

KUALA LUMPUR:  Polis telah menahan empat orang berkaitan dengan kes penculikan di Singamata Reef Resort Semporna , Sabah. Menurut Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam satu laporan akhbar The Star, polis telah menahan tiga lelaki dan seorang wanita untuk disoal siasat pada Khamis untuk membantu siasatan. "Kami sedang mendapatkan kenyataan mereka dan meneruskan siasatan kami," Hamza dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun, polis masih belum mendapatkan sebarang maklumat yang boleh membantu menyelesaikan kes itu. Pelancong China Gao Huayuan, 29, pekerja resort dari Filipina Marcy Darawan @ Mimi , 40, telah diculik dari resort itu kira-kira jam 10.30 malam pada 2 April. Tiga lelaki bersenjata memakai topeng telah dilihat memasuki resort dengan empat yang lain menunggu di atas bot dan di bawah dek dalam serbuan 30 minit itu. Polis percaya tujuh lelaki bersenjata tergolong dalam kumpulan 'menculik untuk tebusan' dari Filipina Selatan, namun demikian tiada sebarang

Dr Amr Minta Semua Pihak Bersatu Memerangi Syiah

AMR MUHAMMAD ALOR SETAR - Pertambahan penganut Syiah mula berkembang dalam kalangan umat Islam khususnya di Malaysia dan merupakan ancaman terbesar akidah masyarakat jika tidak dibendung lebih awal. Berikutan itu, semua pihak wajar berganding bahu memerangi penularannya, bukan hanya tanggungjawab ulama dan pendakwah. Pensyarah Kuliyyah Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Dr Amr Muhammad Sayed Salam berkata, mereka yang terlibat dalam bidang dakwah, pendidikan termasuk gerakan Islam perlu bersatu mengatasi masalah ini dengan mengadakan sesi penerangan berterusan. “Sentiasa ingatkan masyarakat bahawa ajaran itu bercanggah dengan akidah Islam. Berdasarkan kajian, antara aktiviti yang diatur golongan itu di Malaysia ialah menakluki seluruh Malaysia serta mengajak rakyat bertukar kepada Syiah, ini termasuk dakwaan taqorub (bersatu Syiah dan Ahli Sunnah), yang membahayakan dan merupakan ancaman kepada negara,” katanya yang membuat kajian Syiah dan ajarannya, menerusi kert

Hollywood Pula Mahu Memalukan Malaysia Dengan Membuat Filem Sempena MH370

J.C Spink PASUKAN produksi filem di Hollywood bakal menerbitkan filem versi insiden MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Penerbit Eksekutif filem thriller 'Red Eye', J.C Spink mengesahkan bahawa projek filem itu sudah mula dibangunkan oleh rakan-rakan sepasukannya. "Kami sudah mula merancang filem ini, buat masa sekarang sudah ada 50 orang sedang menguruskan 50 buah projek yang berlainan bagi menghasilkan filem yang seakan sama dengan MH370. "Ada sesuatu yang terjadi dalam penerbangan MH370, yang kita semua tidak tahu, misteri kehilangannya merupakan satu idea yang bagus untuk filem ini," katanya. Walau bagaimanapun, menurut laporan The Star, penerbit filem dan salah seorang pengasas KRU Studio, Yusry Abdul Halim tidak akan memfilemkan tragedi MH370. Menurut pengarah filem Vikingdom itu, tragedi yang menimpa MH370 merupakan insiden yang terlalu sensitif kepada keluarga penumpang pesawat terbabit. "Sebagai rakyat Malaysia, saya faham ia satu i

MH370: Teori Yang Paling Tepat Buat Masa Ini

Sumber Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Terbaru… Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China. Gambar Bukti Terkini MH370 di Beijing China Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya : Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula la