Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Misteri Kehilangan MH370

Amaran Keras!   Jangan baca  jika anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras. Jangan baca jika anda mempunyai tahap kepercayaan yang rendah dalam perkara baru.  Artikel ini mungkin akan menyebabkan otak anda berfikir diluar kawalan dan ada unsur-unsur yang tidak dapat diterima logik akal  manusia biasa. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami masalah peribadi setelah membaca artikel ini. Ini hanyalah informasi yang dapat saya sampaikan diselingkan dengan teori saya serta teori rakan-rakan yang berjaya saya kutip daripada mereka. 1. Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu, radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar jam 1 pagi 8 Mac 2014. 2. Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu

Nak Ambil Hati Rakyat China Punya Pasal Sanggup Dedah Aurat

Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous dan legging   menarik perhatian ramai peminatnya. Video-videonya tersebar..  (IH/sedakasejahtera.blogspot.com)

Musa Hitam Pembohong?

Sebaik  saja Musa Hitam menjelaskan yang Mahathir Mohamad berada di dalam negara sewaktu kejadian berdarah Memali, saya sudah bayangkan yang Mahathir akan menafikan dakwaan Musa itu. Pendedahan Musa itu menuntut Mahathir bersuara. Kalau takdir masa ini Mahathir berada dalam ICU, dan Tuhan telah menarik suaranya daripada berkata-kata, Mahathir kena jawab dengan cara menulis. Kalau tangannya mengalami gengren, dia harus menulis dengan kaki. Saya sempat minta penjelasan lanjut dari Musa. Dan kalau kakinya juga mengalami gengren, dia harus merekodkan jawabannya dalam darah atau cebisan daging yang boleh dihantar ke frenseik untuk menterjemahkan jawabannya. Penjelasan Mahathir sangat penting bagi para pendedam terhadap tragedi yang meragut 14 nyawa pada 19 November 1985 itu. Musa semasa berdiskusi di Kota Bharu, menegaskan yang Mahathir Mohamad ada dalam negara pada hari kejadian itu. Malahan menurut Musa, Mahathir berada hingga ke hari ke empat? Pendedahan itu mengejutkan kerana dunia

GEMPAR!!! Kehadiran Tentera Amerika Di Hutan Simpan Kelantan

BACHOK – Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai dakwaan kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan. Beliau berkata, kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan mendatangkan curiga dalam kalangan rakyat Kelantan. Beliau mendakwa, gambar kemunculan tentera itu di Kelantan telah dirakam oleh aktivis di salah sebuah hotel di Kota Bharu dan gerombolan tentera itu menuju ke Hutan Simpan Sokor, Tanah Merah. “Dalam ucapan saya di parlimen ketika membahaskan perbahasan titah ucapan Yang DiPertuan Agong, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas baru-baru ini, saya menyatakan bahawa dokumen oleh Arkib Negara Malaysia bertajuk Documents On Malacca From 1509-1511, mendedahkan bagaimana Kota A famosa dibina oleh Portugis dari batu nisan orang Muslim dan serpihan batu masjid yang runtuh akibat serangan Portugis. “Dokumen tersebut juga mendedahkan surat Alfonso De Albuquerque kepada King D Manuel tentan

MH370 Pencetus Perang Dunia ke-3

Info dari seorang penulis menyatakan bahawa terdapat bom di muncung pesawat, dan ada lagi info yang terkini, orang-orang awam di Terengganu terdengar letupan kuat dalam lautan. Sekirannya MH370 benar-benar telah dibom dengan peluru berpandu maka ia hanya mampu dilakukan oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia. )

Azhar Idrus Pertahankan Raja Bomoh

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin d dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad. Menurutnya yang lebih dikenali Ustaz Azhar, bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional tidak semua tindakan itu boleh di anggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw. “Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak? “Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan. Tindakan Ibrahim yang melakukan ‘ritual’ sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat kerana dianggap telah memalukan negara. Ekoran daripada itu, ramai yang melabel

MAS Akan Disaman

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan pengeluar pesawat Boeing 777 yang digunakan untuk penerbangan MH370 kini berdepan dengan tindakan mahkamah. Laporan Reuters menyebut, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut. Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu. Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut. Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters. Peguam yang mengetuai kes tersebut, Monica Kelly dalam laporan itu menyebut,

CEO MAS LETAK JAWATAN

SEPANG - "Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya. Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak. "Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam semalam. Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak

MH 370 - a conspiracy theory

Have you heard of this conspiracy theory re the disappearance of MH 370? The story goes like this:  The American is withdrawing from the Afghanistan, one of their command and control system (used for controlling the pilotless drones) was hijacked by the Talebans when the American transport convoy was moving down from one of the hill top bases. The Talebans ambushed the convoy and killed 2 American Seal personnel, seized the equipment/weapons, including the command and control system which weighed about 20 tons and packed into 6 crates. This happened about a month ago in Feb 2014.  What the Talebans want is money. They want to sell the system to the Russian or the Chinese. The Russian is too busy in Ukraine. The Chinese are hungry for the system's technology. Just imagine if the Chinese master the technology behind the command and control system, all the American drones will become useless. So the Chinese sent 8 top defense scientists to check the system and agreed to pay millions f

Najib Sahkan MH370 Terhempas Di Lautan Hindi

PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370 This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path. Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean. We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you o

Wanita wanita bogel mengganggu forum Islam

Satu forum agama di Berlin bertukar menjadi kecoh apabila 3 wanita yang dipercayai anti islam bertindak 'menceroboh' forum itu tanpa memakai baju.  Tindakan mereka itu memaksa pengawal keselamatan mengheret mereka keluar dari bangunan. 3 wanita biadab itu juga turut menaiki pentas di tempat beberapa penceramah sedang berbicara mengenai Islam. Mereka terjerit-jerit mencaci Islam. Wanita yang dipercayai dari kumpulan Femen yang diasaskan di Ukraine itu mempromosikan mesej perjuangan hak wanita dan membantah kerajaan serta pertubuhan yang tidak sehaluan dengan matlamat kumpulan sesat itu. Femen menyelar sistem perundangan Islam dan mendakwa agama itu yang menjadi punca kepada semua jenayah. Kehadiran 3 wanita itu ke forum berkenaan adalah sebagai  bantahan terhadap pihak berkuasa Berlin yang menawarkan platform dan menyokong masyarakat Islam. - Daily Mail

Dunia Semakin Gila: Model Bogel Jadi Calon Pilihanraya

Jakarta: Parti politik cuba meraih seberapa banyak undi yang mungkin sepanjang kempen terbuka menjelang pilihan raya Parlimen 9 April depan, termasuk meletakkan calon di kalangan selebriti. Dalam langkah yang dilihat semakin menjadi-jadi, beberapa parti politik bukan setakat meletakkan selebriti biasa, malah model seksi. Pencalonan mereka menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang menyambut baik dan ada yang mengecam. Antara model yang dicalonkan ialah Destiara Talita, 26, bekas model majalah dewasa yang bertanding atas tiket Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) yang akan bertanding di daerah Jawa Barat VIII, kawasan pilihan raya terdiri daripada Cirebon dan Indramayu. Destiara Talita, 26 Selain Destiara, lulusan undang-undang dari Universiti Indonusa Esa Unggul, seorang lagi calon PKPI ialah penyanyi dangdut Camel Petir. Penyanyi dangdut Camel Petir Destiara bukan satu-satunya calon yang mempunyai karier kontroversi. Angel Lelga, aktres filem berahi dan model paka

Spekulasi MH370 Terhempas Kerana Kebakaran

Perhatian sekali lagi tertumpu kepada kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 yang hilang selepas pihak berkuasa hari ini mengesahkan ia membawa bateri lithium-ion yang boleh mudah terbakar. Pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini, empat hari selepas beliau menafikan MH370 membawa barangan berbahaya dan sebaliknya menekankan mengenai "tiga hingga empat tan buah manggis" dalam pesawat itu. "Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya," katanya. Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO. Ahad Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa &qu

Kapten Nik Berpendapat Itulah Dia Bangkai MH370

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 sebentar tadi menyatakan keyakinan tentang  objek  yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370. "Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan. Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut: Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang ( Subject Matter Expert ). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh. Akauntabiliti dan kredibiliti