Friday, 21 March 2014

Kapten Nik Berpendapat Itulah Dia Bangkai MH370

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 sebentar tadi menyatakan keyakinan tentang objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.

"Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut:

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh. Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan". Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

Ketika di tanya apakah objek pada bahagian pesawat itu:

Dimensi objek 24 Meter.Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat)Ini berikutan imej berbentuk persegiSekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan.

Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik:

Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat.Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan.


MH370 Kemungkinan Terhempas Akibat Hilang Kawalan

Operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang diketuai Australia berakhir malam tadi tanpa sebarang serpihan ditemui, tetapi misi pencarian di kawasan perairan 2,500 km daripada Perth mencadangkan kemungkinan besar berlakunya kecemasan dalam Boeing 777-200ER tersebut, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Pesawat dan kapal melakukan pencarian semalam walaupun cuaca buruk untuk mencari objek termasuk sepanjang 24meter terapung di kawasan perairan Australia.

The Sydney Morning Herald mengatakan lokasi serpihan di Lautan Hindi “akan melenyapkan beberapa teori liar tentang apa yang berlaku dalam pesawat dan kecemasan dalam pesawat menjadi kemungkinan terbesar sekarang.”

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk anak kapal untuk ke Beijing.

Putrajaya mengatakan semalam imej satelit merupakan “petunjuk boleh dipercayai” bagi misi pencarian yang disertai 26 negara itu.

Menurut The Sydney Morning Herald, kecemasan mungkin berlaku dalam pesawat tersebut yang cuba berpatah balik, tetapi komplikasi mungkin menyebabkan kru dan penumpangnya tidak sedarkan diri sehingga pesawat terbang dengan sendirinya dan terhempas apabila minyak habis.

Dengan imej satelit objek besar yang dikatakan Australia dikesan empat hari lalu, The Sydney Morning Herald mencadangkan pesawat MH370 tidak mungkin dirampas. ~tmi