Wednesday, 19 March 2014

GEMPAR!!! Penduduk Maldives Jumpa MH370?

NEW DELHI 19 Mac - Sebuah portal berita dari Maldives mendakwa bahawa penduduk di Pulau Maldives melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, iaitu hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang.

Menurut laporan laman web Haveeru, salah seorang penduduk di kawasan pedalaman pulau itu, Kuda Huvadhoo berkata, beliau telah melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada radar.

Beliau menjelaskan, penduduk Kuda Huvadhoo melihat pesawat itu sekitar jam 6.15 pagi pada 8 Mac.

Laman web itu turut melaporkan, penduduk pulau itu memberi gambaran pesawat bewarna putih dengan jalur merah merentasinya menyerupai pesawat MAS.

Malah saksi dari Kuda Huvadhoo turut mengakui  kapal terbang itu dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives. foto - news.com.eu


Laman Web Us Dedah Kemungkinan MH370 Terlibat Dengan Komplot Rahsia


Sebuah laman web terkenal di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kemungkinan pesawat MH370 terlibat dalam satu komplot rahsia seperti yang pernah berlaku pada sebuah lagi pesawat Boeing pada tahun lalu membabitkan dua penyeludup dadah antarabangsa menggunakan laluan di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Mali dan mendarat di Papua New Guinea (PNG) untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pegawai AS dan Vanuatu atas motif yang tidak diketahui.

Laman web Beforeitsnews.com melaporkan, pesawat MH370 dipercayai terlibat dalam komplot yang hampir serupa dengan meniru taktik dua penyeludup dadah kelahiran Vietnam, Vu Anh Quan Saken dan adiknya, Charles Henry Quan itu, yang menggunakan lapangan terbang terpencil seperti di Maldives atau PNG bagi mengelakkan dikesan kerana kawalan trafik udara di kedua-dua negara itu didakwa tidak ketat.

Pesawat MH370 didakwa mungkin menjadikan PNG sebagai tempat untuk mengisi minyak memandangkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Port Moresby hanya memakan masa lima jam.

Laman web popular yang membincangkan teori-teori misteri itu melaporkan dalam kejadian pada tahun lalu itu, ia membabitkan pesawat Boeing 737 melakukan penerbangan atau pendaratan tanpa dikesan menunjukkan kelemahan serius koordinasi antara agensi penerbangan untuk berkongsi maklumat.

Dalam kejadian pada 17 Januari 2013 itu, Beforeitsnews.com melaporkan, pesawat berkenaan berlepas dari Britain menuju ke Mali untuk mengambil dua penyeludup dadah terbabit yang juga dikenali sebagai Saken Brothers yang mendapat kerakyatan Vanuatu, sebelum menuju ke PNG.

Menurut laporan itu, pesawat berkenaan dalam perjalanannya ke PNG telah singgah di Maldives atas alasan untuk mengisi minyak, menggunakan ruang udara di Lautan Hindi, lokasi di mana MH370 dilaporkan kemungkinan hilang.

Tambah laporan itu, pesawat yang turut dinaiki tiga bekas askar Britain yang menjadi pengawal peribadi kepada Saken Brothers itu, mendarat di Port Moresby tanpa memaklumkan kepada menara kawalan, sekali gus menunjukkan potensi MH370 melakukan tindakan sama ada untuk mengisi minyak di situ.

"Kumpulan penyeludup dadah itu menggunakan laluan di bahagian selatan Lautan Hindi melalui Maldives bagi menjarakkan pesawat beribu-ribu kilometer dari kawasan darat terdekat bagi mengelakkan pesawat Boeing 737 yang dinaiki mereka (penyeludup dadah itu) dikesan," jelas laporan itu.

Maldives, merupakan negara yang mempunyai 1,190 pulau di Lautan Hindi, terletak di barat daya Sri Lanka dan India, serta memakan masa perjalanan selama lima jam dari Kuala Lumpur.

Bagaimanapun insiden ‘kehilangan' pesawat Boeing 737 pada 17 Januari 2013 itu tidak dihebohkan media seperti yang berlaku kepada MH370 kerana kes tersebut melibatkan dua penyeludup dadah terkenal mengadakan satu pertemuan dengan beberapa pegawai AS dan Vanuatu di PNG atas motif yang tidak diketahui.

Menurut Beforeitsnews.com, semua suspek yang terlibat hanya didakwa atas kesalahan mendarat secara haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa lapangan terbang selepas barangan seludup tidak ditemukan dan dipercayai disorok oleh Saken Brothers di Maldives ketika pesawat itu mengisi minyak.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa PNG dan pihak kastam hanya mengetahui tentang kegiatan penyeludupan dadah oleh Saken Brothers pada 25 Januari tahun yang sama selepas dimaklumkan oleh Pusat Penyelarasan Membanteras Jenayah Pasifik dan Interpol, sekali gus menunjukkan kelemahan saluran maklumat pihak berkuasa negara itu.

"Apa yang lebih menarik adalah pihak Kedutaan Vanuatu di Brussels dan PNG saling berhubung untuk memberi kebenaran kepada pesawat itu untuk berlepas, namun tiada pihak memaklumkan tentang kehadiran pesawat itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang PNG," jelas laman web tersebut.-UMO


GEMPAR: Radar Tentera Thai Mengesan MH370

KUALA LUMPUR: Tentera Thailand memaklumkan radarnya mengesan sebuah pesawat yang dipercayai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang beberapa minit selepas komunikasi pesawat itu terputus.

Namun memaklumkan maklumat itu tidak didedahkan sejak awal, kerana tiada permohonan rasmi dari Malaysia.

Menurut Ketua Tentera Udara Thailand, Prajin Juntong, radar tentera mengesan pesawat tersebut di Selat Melaka.

Maklumat itu adalah sama dengan yang dikesan radar Malaysia.

Data juga menunjukkan pesawat berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum  menuju ke Butterworth dan kemudian hilang.

Namun jurucakap Tentera Udara Montol Suchookorn memaklumkan, pihak tentera masih belum pasti adakah pesawat yang dikesan adalah pesawat yang sama.

Montol juga memaklumkan Thailand tidak pasti maklumat itu berguna sehingga menerima permohonan rasmi daripada Malaysia.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-tentera-thailand-dedah-kesan-pesawat-dalam-radar-32086?cp


Tun Mahathir Hairan Kecanggihan Teknologi Tidak Mampu Mencari MH370

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa hairannya berhubung kegagalan menjejak pesawat MH370 walaupun dibantu pelbagai usaha dan teknologi kuasa-kuasa besar.


Menurutnya, dengan teknologi secanggih negara-negara yang jauh lebih membangun dari Malaysia, mereka sebenarnya mampu mengesan pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada, namun lokasi pesawat MH370 masih tidak dapat dikesan dan kekal misteri.


"Saya melihat perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) dan berasa hairan kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih gagal mengesan pesawat yang sebesar 63 meter itu.


“Sedangkan dengan teknologi yang sama, kita boleh mengesan manusia walaupun seseorang itu berdiri di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari akhbar Berita Harian.


Tambah beliau lagi, jika sesebuah pesawat terhempas di lautan atau di darat, sudah pasti satelit atau teknologi canggih milik kuasa-kuasa besar dunia mampu mengesan serpihan pesawat terbabit.


“Hari ini masuk hari ke-11 bagi misi pencarian pesawat MH370, saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku dan saya faham perasaan sedih yang dihadapi oleh keluarga kerana sehingga ke hari ini kita tidak tahu nasib yang menimpa penumpang serta kru pesawat itu,” katanya lagi.


Pesawat MH370 itu diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Beijing pada jam 6.40 pagi pada hari yang sama, namun pesawat terbabit hilang dan gagal dikesan sehingga kini.


Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.


Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah iaitu selama 240 jam.