Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Papa Gomo Bersalah Memfitnah Anwar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan bahawa Wan Mohd Azri Wan Deris adalah Papagomo dan mendapati beliau bersalah kerana memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop, dalam penghakimannya juga mengarahkan Wan Mohd Azri untuk membayar Anwar RM800,000 sebagai gantirugi. Selain itu, menurut peguam Anwar, N Surendran, mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri untuk membayar RM50,000 sebagai kos.

Kemanakah Perginya Wang Zakat?

PENINGKATAN peratusan masyarakat Islam miskin menjadi persoalan apabila badan yang bertanggungjawab dilihat seolah-olah gagal untuk membantu golongan ini walaupun dikhabarkan kutipan zakat cukup tinggi setiap tahun. Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pihak yang terlibat harus peka dengan perkara tersebut supaya tidak disalah anggap. “Timbul persoalan bagaimana ia diuruskan, itu yang kita sebut tentang jenama Islam, adakah yang kita penting bangunannya, atau tulisan khatnya, atau sebenarnya bagaimana urus tadbir yang dijalankan. “Ke mana perginya zakat? Kita tidak kata ia diselewengkan atau sebagainya kerana ia diuruskan oleh pelbagai nama agensi yang ada bajetnya tersendiri,” katanya. Kata beliau, adalah tidak munasabah jika wang zakat tidak dapat diagihkan secara teratur kerana setiap negeri mempunyai pusat pungutan zakat. “Kita adalah negara terbai

Kenapa Prof. Dr. Maurice Bucaille Masuk Islam?

MENYELONGKAR MISTERI KENAPA DR MAURICE BUCAILLE MEMELUK ISLAM SELEPAS BEDAH MUMIA FIRAUN YANG TENGGELAM DI LAUT KETIKA MEMBURU NABI MUSA Presiden Perancis mena warkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Peranci

Ammar Merasakan Ibubapanya Akan Dipenjarakan Kerana Bersalah Memukulnya

STOCKHOLM: "Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan," kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka. Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka. Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula. "Mereka akan masuk ke dalam penjara, saya tidak tahu untuk berapa hari atau bulan. Apabila mereka dibebaskan, saya boleh bertemu mereka semula," kata Ammar menerusi temuduga yang direkodkan lebih awal yang dipertontonkan di mahkamah daerah Solna di sini. Azizul Raheem Awalluddin, seorang pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya, Shalwati Nurshal ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya b

Pasaran Terbuka Menindas Rakyat: Tan Sri Muhammad Ali Hashim

SHAH ALAM – Sistem ekonomi Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas tidak wajar ditolak namun umat Islam perlu lebih berhati-hati kerana ia berteraskan sistem kapitalis bersifat zalim serta tidak memperjuangkan keadilan kepada pengguna di negara ini. Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa pasaran bebas hanya menguntungkan golongan kaya manakala golongan miskin pula akan jauh ketinggalan sekali gus melonjakkan kadar inflasi yang tinggi. Katanya lebih membimbangkan apabila kerajaan sendiri mengamalkan sistem liberal yang cenderung kepada amalan rasuah dan kompromi dalam urus tadbir ekonomi negara ini sekali gus menggalakkan monopoli ekonomi oleh syarikat korporat dan multi nasional. “Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia. “Kerajaan pula tidak b

PERKASA akui terima bantuan MKN, BTN, JASA

NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan programnya.  Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.  Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.  Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini.  “Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd Perkasa untuk jayakan program selama ini. Berapa banyak? Berjuta-jutakah? Berbilion-

Mahkamah Arahkan Presiden Pas Bayar RM2juta

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu agar membayar Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu sebanyak RM2 juta. Selain itu, Abdul Hadi juga telah diarahkan membayar 5% faedh daripada writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.Shamsul menyaman Abdul Hadi Awang ekoran dakwaan Presiden PAS itu bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU-13 lalu. Ek oran itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR termasuklah di kerusi DUN Bukit Besi yang ditandingi oleh Shamsul. Walaupun ada ikrar daripada pimpinan tertinggi PKR untuk menyelesaikan perkara berkenaan namun demi maruah diri yg di FITNAH oleh Presiden PAS beliau tetap menyaman dan membawa perkara ini ke mahkamah...

Pasangan Di Dakwa Di Sweden Dakwa Anak Menipu Dalam Keterangan

Rakyat Malaysia, Shalwati Norshal dan suaminya yang kini berdepan perbicaraan kes di Mahkamah Sweden, menafikan dakwaan anaknya kononnya dikawal dengan rotan oleh ibu mereka. Peguam bela Shalwati, Kristofer Stahre berkata, anak guamnya memaklumkan anaknya, Ammar tidak bercakap benar dalam kenyataan yang diberikan kepada pegawai penyiasat ketika rakaman video dikemukakan di mahkamah.

Kes Pasangan Malaysia Di Sweden: Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba

STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa mendera anak mereka berkata rotan yang digunakan terhadap adik beradiknya bertujuan memastikan mereka berdisiplin seperti hamba. "Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu," kata Ammar , 12, dalam satu temubual yang direkodkan awal januari lalu. Video temubual itu disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna di sini, pada hari Jumaat. "Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba," katanya. Mendengar keterangan itu, ibunya Shalwati Nurshal dilihat memuncungkan bibirnya dan menyilang tangan. Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul. Aduannya itu menyebabkan mereka melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Polis wanita yang menemubual Ammar bertanya mengenai alat yang digunakan ole

Kesian Erra Kerap Menangis Sebelum Cerai

Shah Alam: Aktres terkenal, Erra Fazira, 40, yang bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kelmarin, mengakui banyak menangis memikirkan hal anak tunggal mereka dua hari sebelum perceraian. Hak penjagaan Engku Aleesya, 5, yang diberikan kepada bekas suami menjadi antara syarat dipersetujui bersama sebelum Erra memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.  Bagaimanapun, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu itu enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan yang disifatkannya terlalu sensitif untuk diperkatakan, selain perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga.  “Saya akui banyak menangis dua hari sebelum ke mahkamah... bukan kerana perceraian ini, tetapi memikirkan soal anak. Jangan tanya soal hak penjagaan anak lagi, saya...

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JAKIM BERKAITAN “ SEMINAR PEMIKIRANKASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.  2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:  i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.  ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.  iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi  iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an  v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu  vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Kha

Mufti Perak Kecam Mahathir Kerana Terpengaruh Ajaran Sesat

IPOH:  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad. Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan sesat oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dalam ajaran Islam. "Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya. "Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini hari ini. Harussani menjelaskan, kerajaan perlu menguatkuasaan undang-undang selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh banyak negeri termasuk Perak dan bertepatan dengan rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang agar golongan sesat seperti Kassim Ahmad boleh di

Apa Yang Tak Kena Dengan Erra?

Demikian kata Erra Fazira ketika ditanya oleh media mengenai punca penceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, semalam. "Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," ujar Erra seolah mahu mengelak.

Gempar!!! Tentera Asing Berada Di Johor Lengkap Dengan Senjata

SEGAMAT – Kehadiran 'tentera asing' di sebuah kebun kelapa sawit di Jementah dekat sini, petang kelmarin menggemparkan penduduk. Apa tidaknya, kejadian ini berlaku ketika negara mengingati peristiwa hitam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu tepat setahun lalu. Takut sesuatu yang buruk bakal berlaku, seorang penduduk yang ternampak kelibat tentera asing ini terus membuat laporan polis di Balai Polis Jementah. Bertindak atas aduan ini, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin satu pasukan polis bertindak mengepung kawasan kebun terbabit. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, laporan dibuat oleh penduduk yang melalui kawasan tersebut dan menyangka tentera asing ini sedang menjalankan latihan. “Polis kemudian mendapati sekumpulan lelaki sedang berkumpul dengan berpakaian celoreng bersama beberapa laras senjata api,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam. Kesemua mereka yang ditahan terd

Che Ta Tak Sanggup Bermadu

PELAKON Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya. “Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima. "Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,” katanya. Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya. Baru-baru ini, dia terbabit menjayakan sebuah telefilem khas terbitan Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah. Telefilem arahan Joez

Demo sembelih ayam ibarat brek kepada semua provokasi

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan demo menyembelih ayam serta melumur darah pada kain rentang Khamis lalu adalah perlu bagi menghentikan semua provokasi sehingga mencetuskan keresahan kaum hari ini. Dalam wawancara bersama KiniTV, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata apa yang dilakukan oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia itu ibarat brek kepada ketegangan kaum selama ini. Video:  http://www.kinitv.com/video/4001O32 BicaraKini: Demo sembelih ayam ibarat brek kepada semua provokasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpanda ngan demo menyembelih ayam serta melumur darah pada kain rentang Khamis lalu adalah perlu bagi menghentikan semua provokasi sehingga mencetuskan keresahan kaum hari ini. Dalam wawancara bersama KiniTV, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata apa yang dilakukan oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia itu ibarat brek kepada ketegangan kaum selama ini.

Asyraf Wajdi Tempelak Nazri Aziz Isu Valentine's Day

Berikut adalah posting terbaru Asyraf Wajdi Dusuki mengenai Valentine's Day: SUMBER HORMATI INSTITUSI DAN AUTORITI AGAMA Semua pihak kena hormati autoriti dan institusi yang menjaga agama seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Tidak kira mereka yang berjawatan Menteri hinggalah kepada rakyat marhain. Malah orang bukan Islam juga mesti hormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang jelas mengisyaratkan kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Negara. Satu-satu fatwa yang dikel uarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan termasuk dalam isu sambutan Hari Valentine adalah bersifat Ijtihad Jamaa'i dan bukannya secara simplistik tapi mengambil kira keseluruhan konteks isu dan permasalah yang dibangkitkan.  Ini selaras dengan kaedah fekah: الحكم على الشيء فرع عن تصوره "Berhukum atas sesuatu adalah dengan memperkirakan keseluruhan konteks dan kefahaman yang melingkarinya" (Al-Ghazali; Al-Mustashfa fi Usul al-Fiqh; Dar al-Kutub 9/11). Kegagalan menghormati institusi dan autoriti ag

Kerajaan Johor Zalim? Rampas Tanah Anak Yatim?

Selepas solat subuh di Masjidil Haram pagi tadi, secara tiba-tiba saya ditegur oleh seorang lelaki tua dari Johor yang mengenggam tangan saya sangat erat dan ke mudiannya memeluk saya. Semasa berbual beliau menyatakan rasa AMAT DUKACITA tentang apa yang berlaku di Negeri Johor dan Tentera Timbalan Setia Negeri Johor atau Johor Military Forces (JMF). Katanya begitu zalim Kerajaan Johor dan Sultan Johor mengambil tapak yang telah diluluskan dan dikhas untuk pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim bagi memindahkan mereka dari tapak asal di Bukit Cagar telah " DIRAMPAS" BAGI membina Kem JMF. Surat kepada Kontraktor bagi membina Rumah Anak Yatim di tapak yang "DIRAMPAS" TELAH dikeluarkan, Namun ianya dibatalkan disebabkan JMF telah mengambil tanah tersebut. Kesedihannya ialah TIADA AHLI POLITIK DI JOHOR yang berani melawan atau memperjuangkan Nasib Anak-Anak Yatim ini walaupun isu ini telah dimaklumkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan dan JUGA Ahli Parlimen. Mereka

MAKLUMAN: JANGAN KELUAR RUMAH

Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia.  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar.  "Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.  "Orang ramai juga dinasihatkan supaya minum banyak air, dan selalu membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak memandu dalam keadaan berabu oleh kerana ia boleh menyukarkan penglihatan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.  Gunung Sinabung berada dalam keadaan yang mudah meletup sejak 15 September dan letupan terbaru bermula pada 30 Jan mengak