Saturday, 22 February 2014

Larangan Membuat Binaan Diatas Kubur

Hukum membuat binaan di atas kubur adalah tidak digalakkan. Ini berdasarkan larangan daripada Nabi SAW iaitu daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: “Rasulullah SAW melarang daripada mengkapurkan kubur (binaan), duduk di atas dan membuat binaan di atasnya.” (HR Muslim)



Bahkan baginda pernah memerintah Ali Bin Abi Talib RA untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya ada binaan. Baginda berpesan kepada beliau: “Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur yang ditinggikan melainkan kamu meratakannya.” (HR Muslim)

Berdasarkan hadith-hadith di atas, para ilmuan Islam melarang daripada membuat binaan di atas kubur. Jika hendak menandakan itu adalah kawasan perkuburan, sebahagian ulama membolehkan meninggikan timbunan tanah sekadar satu jengkal. Ada yang membolehkan binaan sekadar untuk menahan tanah dari dihakis oleh air. Namun jika yang dibuat adalah satu binaan yang berlebih-lebihan, maka ia dilarang.

Imam Nawawi berkata: “al-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Aku telah melihat para imam Mekah memerintahkan untuk menghancurkan bangunan yang ada di atas kubur. Riwayat yang memperkuatkan tindakan tersebut adalah daripada sabda Nabi SAW, hendaklah kamu tidak membiarkan kuburan yang ada timbunan kecuali kamu ratakan.” (Syarah Sahih Muslim)

Hukum Menyintai Isteri Orang

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang ?

JAWAPAN :

Al-hamdulillah ,Al-Jawab :

Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :


ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :


المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

*Sumber dari aljawhar.wordpress.com