Sunday, 9 February 2014

Sa'ad Abi Waqas Singa Yang Sembunyikan Kukunya

Sa'ad Abi Waqas juga mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya.”

Kisah Sa’ad Abi Waqas memang menarik kerana keimanan beliau setelah memeluk Islam serta kehebatan beliau setelah diberi tanggung jawab memimpin tentera Islam dalam perang Al Qadisiyah yang membawa kejatuhan kerajaan Parsi.

Sa’ad Abi Waqas berasal dari keluarga Quraisy yang terhormat itu menerima bantahan keras daripada ibunya sendiri apabila beliau memeluk Islam. Ibunya menentang dengan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan mogok lapar dengan harapan anak kesayangannya berubah pendirian. Namun Sa’ad Abi Waqas dengan tegas berkata.

“Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”

Kata-katanya itu membuat ibunya kecewa dan marah lalu menghalau Sa’ad keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Kemudian Sa’ad Abi Waqas ikut berhijrah ke Madinah.

Individu Yang Dikesan Sebagai Freemason

Freemason adalah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme. Asal-usul Freemason masih lagi kabur, namun rata-rata mengaitkan ia dengan tukang batu pada zaman Nabi Sulaiman(King Soloman). Tukang batu atau mason telah menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri bagi tujuan untuk membina kembali kuil nabi Sulaiman yang sekarang ini dipercayai telah dibina Masjidil Aqsa.
Samaada Islam mahupun Kristian, pertubuhan Freemason diharamkan dan ia diistiyharkan secara terbuka oleh pemimpin pro-Islamik dan pro-Kristianiti. Pernah satu ketika seorang Paus yang bernama Pope John Paul II dalam satu wawancaranya pada November 1983 telah mengharamkan para penganut Kristian Katholik daripada terpengaruh dengan pertubuhan Freemason. Beliau berkata,
Kamu semua tidak boleh menjadi seorang Katholik dan Freemason pada waktu masa yang sama!”
Beliau kemudian menambah,
Penilaian negatif gereja terhadap Freemason tetap tidak akan berubah kerana prinsip-prinsip Freemason jelas tidak dapat ditolak-ansurkan oleh doktrin gereja. Oleh itu, menjadi seorang anggota Freemason adalah haram sama sekali!”

Secara keseluruhannya, setiap pemimpin agama amat melarang penganutnya terlibat dalam pertubuhan Freemason. Freemason dikatakan mempunyai jarum yang bergitu halus. Luarannya sangat cantik dan oleh kerana itu ramai pemimpin di dunia termasuk yang beragama Islam terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang mereka.
Pertubuhan Freemason di Malaysia
Pertubuhan yang mempunyai darjah sehingga ke tahap 33 ini sebenarnya telah lama meresap ke dalam Malaysia semasa penjajahan British di sini. Kesannya, pembaca boleh lihat sendiri Lodge yang dibina di Ipoh, Penang, Perak, Johor dan beberapa tempat lagi di sekitar Malaysia. Hebatnya pertubuhan ini adalah mereka yang terlibat tidak pernah mengetahui tujuan asal pertubuhan ini. Dalam kata lain, individu yang mempunyai darjah 23 tidak akan mengetahui misi individu yang berada di darjah 32.

Prinsip Freemason
Pertubuhan yang jelas melanggar ajaran agama Islam ini mempunyai tiga prinsip utamayang jika dilihat secara kasarnya amat cantik. Tiga prinsip utama itu antara lain adalah:
  1. Cinta pada kemanusiaan atas dasar persaudaraan (Brotherly love to the whole human species) 
  2. Menghilangkan penderitaan (Relieve the distressed)
  3. Kebenaran sebagai sifat agung (Truth as a divine attribute)

Sebenarnya, Freemason hanya merupakan sebuah batu loncatan untuk masuk ke dalam komuniti rahsia yang ada di sebaliknya. Dengan sebab yang demikian, keanggotaan Freemason telah mengundang banyak individu berpengaruh menyertai secara rahsia. Namun, apakah niat mereka, tidak pula diketahui. Oklah, di bawah adalah senarai individu berpengaruh yang pernah menyertai pertubuhan rahsia ini. Jangan terkejut apabila terdapat individu yang tidak pernah pembaca jangkakan.

1. Sir Alf Ramsey
Beliau adalah Pengurus England ketika Piala Dunia 1966. Di bawah pengurusan Sir Alf Ramsey, England memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada tahun tersebut.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Waltham Abbey Lodge No. 2750 pada 5 October 1953.
2. Jose Rizal
Beliau adalah Pejuang kemerdekaan Filipina paling terkenal di tanah tumpah darahnya. Jose Rizal juga merupakan seorang doktor, penulis dan nasionalis paling berpengaruh pada zamannya.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Logia Solidaridad 53 Madrid, Spain kemudian dianugerahkan Worshipful Master of Nilad Lodge No. 144 pada 1892.

3. Theodore Roosevelt
Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26. Beliau memulakan tugas sebagai individu paling berkuasa di rumah putih pada tahun 1901 sehingga 1909.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Matinecock Lodge No. 806, Oyster Bay di New York.
4. Franklin Delano Roosevelt
Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-32. Beliau adalah watak utama semasa Perang Dunia Kedua meledak. Bersama-sama Josep Stalin dan Winston Churcill, beliau telah membentuk pakatan Berikat untuk memerangi kekuatan pakatan Paksi yang diketuai oleh Aldolf Hitler.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Holland Lodge No. 8 di New York
5. Harry S Truman
Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-33. Beliau mengambil alih jawatan presiden daripada F. D. Rossevelt pada 12 April 1945 selepas Rossevelt meninggal dunia pada tahun 1945. Truman adalah watak utama semasa Perang Dingin mula tercetus.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Belton Lodge No. 450, Belton, Missouri. Ditabalkan sebagai Grand Master of Missouri pada 1940 sehingga 1941.

6. Mark Twain
Beliau adalah penulis berbangsa Amerika Syarikat paling terkenal di zamannya. Beliau yang dilahirkan pada 30 November 1835 adalah sahabat akrab saintis terkenal, Albert Einstein. Antara novel terkenal hasil garapan beliau adalah The Adventures of Tom Sawyer (1876), dan sekuelnya, Adventures of Huckleberry Finn (1885).
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Polar Star Lodge No. 79, A.F. dan A.M., St. Louis, Missouri. Beliau dilaporkan disingkirkan daripada pertubuhan rahsia ini namun diterima kembali pada 24 April 1867.
7. George Washington
Beliau adalah Presiden pertama Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang jeneral dan panglima angkatan tentera Amerika Syarikat yang berjuang menuntut kebebasan mutlak daripada kerajaan British.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Fredericksburg VA. Dilantik menjadi Past Master of Alexandria Lodge No. 22, Virginia.

8. Emilio Aguinaldo
Beliau adalah Presiden Filipina yang pertama. Sebelum menjadi presiden Filipina yang pertama pada usia 29 tahun, beliau adalah pejuang kemerdekaan menentang cengkaman penjajah Sepanyol.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Pilar Lodge No. 203 (sekarang Pilar Lodge No. 15) di Imus Cavite dan merupakan pengasas kepada Magdalo Lodge No. 31 (ditukar nama kepada Emilio Aguinaldo Lodge No. 31 untuk menghargai jasanya).
9. Edwin “Buzz” Aldrin
Beliau adalah antara angkasawan yang pertama bersama-sama Neil Armstrong mendarat di bulan pada 1969.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Montclair Lodge No. 144 di New Jersey.
10. Mustafa Kemal Atatürk
Seorang pengasas republik Turki yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem monarki Turki Othmaniyyah. Di bawah penguasaanya, perlembagaan Turki yang berasaskan islamik telah diubah kepada perlembagaan berasaskan sekularisme.
Perlibatan dengan Freemason:  Bermula di Macedonia Risorta Lodge No. 80. Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan beliau mendaftarkan diri di Lodge Veritas, Thessaloniki, Greece.(dahulu di bawah kekuasaan Turki Othmaniyyah).

11. Silvio Berlusconi
Beliau adalah Perdana Menteri Itali sekarang. Sebelum menjawat jawatan tertinggi di Itali itu, beliau adalah taikun media paling berpengaruh di Itali.
Perlibatan dengan Freemason:  Beliau dilaporkan terlibat dalam skandal menjatuhkan kerajaan Itali yang melibatkan ‘tangan ghaib’ Freemason. Skandal itu dikenali denganPropaganda Due.  Propaganda Due atau P2 adalah lodge freemason yang berada di bawah seliaan Grand Orient of Italy.

12. Winston Churchill
Beliau adalah perdana menteri United Kingdom semasa era Perang Dunia Kedua. Beliau menjawat jawatan perdana menteri United Kingdom sebanyak dua penggal iaitu pada tahun 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955. Beliau satu-satunya perdana menteri daripada Great Britain yang memenangi anugerah Nobel in Literature dan diakui sebagai salah seorang individu yang berpengaruh yang pernah dilahirkan di dunia.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Studholme Alliance Lodge No. 1591, Rosemary Lodge No. 2851. (Nota: The Churchill Society mendakwa Churchill meletak jawatan di lodge tersebut pada 1912.)
13. Süleyman Demirel
Beliau adalah Presiden ke-9 Republik Turki daripada tahun 1993 hingga tahun 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak empat kali.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Bilgi Lodge No.015, Ankara iaitu Grand Lodge of Turkey
14. Benjamin Franklin
Beliau adalah salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat di samping enam individu yang lain iaitu George Washington, John Adams, Thomas Jefferson, John Jay, James Madison, dan Alexander Hamilton. Beliau juga adalah saintis, negarawan, diplomat, pakar politik dan penulis yang paling berpengaruh pada zamannya.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di St. John’s Lodge, Philadelphia pada Februari 1731
15. J. Edgar Hoover
Beliau adalah Pengarah pertama agensi sulit kerajaan Amerika Syarikat, FBI. Beliau bertanggungjawab melumpuhkan berpuluh-puluh geng mafia, triad dan kongsi gelap di seluruh Amerika Syarikat.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Federal Lodge No. 1 di Washington D.C.

16. Thomas Stamford Raffles
Seorang orientalis yang bertanggungjawab ‘membuka’ perlabuhan Singapura untuk kegunaan import dan eksport antarabangsa. Beliau adalah salah seorang orientalis yang paling rapat dengan sultan-sultan di perairan Selat Melaka termasuklah di Jawa, Surabaya dan Johor.
Perlibatan dengan Freemason:  Mula terlibat di Lodge De Vriendschap, Surabaya pada 5 Julai 1813.



Ketua Wira PERKASA Gelar Teresa Kok Sebagai IBLIS

KUALA LUMPUR 8 Feb - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris menggelar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai 'Iblis' selepas tindakannya memuat naik video Sambutan Tahun Baru Cina 'Onederful Malaysia' yang menerima kecaman dari pelbagai pihak terutama kaum Melayu.


Menurutnya, tindakan Teresa itu langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai ahli parlimen dan tujuan video tersebut dibuat perlu dipersoal kerana video itu telah mencetuskan kemarahan orang Melayu kepada orang cina.



"Dia ni boleh saya gelarkan sebagai 'Iblis' kerana tindakan beliau menyesatkan orang melayu dan memporak-perandakan negara, dia juga tidak layak duduk di negara ini kerana beliau dilihat tidak menghormati perlembagaan di negara ini.



"Dari dahulu lagi dia pernah pertikai mengenai tulisan jawi dan macam-macam lagi, mengapa mesti dia buat perkara yang melibat Islam dan Melayu, apa sebenar yang di mahukan.



"Dan sebagai ahli parlimen, beliau sepatutnya boleh menggunakan kapasiti tersebut kerana beliau adalah salah seorang daripada penggubal undang-undang, beliau boleh suarakan apa yang beliau tidak puas hati, tetapi mengapa perlu dia gunakan saluran tersebut dan menghina bangsa melayu," katanya kepada Rakyat News ketika dihubungi hari ini.



Sementara itu, ketika ditanya mengenai pihak yang menawarkan RM 500 kepada individu yang menampar Teresa, beliau memberitahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menyokong tindakan tersebut tetapi ianya jelas menunjukkan bahawa orang melayu di negara telah mula hilang sabar.



Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas Teresa bagi mengelakkan rakyat daripada bertindak sendiri.



"Kita tidak menyokong tindakan itu, tetapi dalam masa yang sama ini adalah contoh rakyat khususnya bangsa melayu yang telah mula hilang sabar kepada Teresa.



"Siapa yang mulakan provokasi sebenarnya, apabila perkara telah menjadi agak kecoh seperti ini baru dia takut dan buat laporan polis kerana menerima ugutan.



"Pihak berkuasa dan kerajaan perlu menjalankan tindakan yang lebih tegas kerana tindakan mereka sekarang agak lemah sehinggakan ada orang yang menawarkan wang untuk mengambil tindakan ke atas Teresa.



Video berdurasi 11 minit 39 saat itu disifatkan cubaan Teresa untuk menabur kebencian terhadap kerajaan Malaysia dengan melakukan provokasi secara sindiran mengenai isu-isu semasa termasuklah berhubung insiden di Lahad Datu.



PIhak polis juga telah mengesahkan menerima lebih 40 laporan berhubung penerbitan klip video berkenaan.





Perbezaan Layanan Antara Muslimin Dan Kafirin

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat ramai. Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman. Namun, bila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan. Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang di akhir zaman ini. 
Berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. Di antaranya:




Bila seorang pengusaha atau pejabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya.




Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan, dengan mudah dapat ditangkap, dibicarakan dan diputuskan hukuman penjara, walaupun mereka mengambil hanya satu buah tembikai atau tiga batang ubi kayu, mungkin saja kerana lapar.



Bila ada orang atau kumpulan dengan jelas merosakkan dan menghina ajaran Islam yang sangat fundamental, seperti Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya berlaku di negara Islam, maka orang dengan mudah mengatakan yang demikian itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama.




Namun, bila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten dengan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak boleh berdakwah dengan hikmah, bahkan perlu dicurigai sebagai calon pengganas.



Apa saja yang dituliskan dalam akhbar, dengan mudah orang mempercayainya, walaupun itu hanya tulisan manusia dan belum teruji kebenarannya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.




Akan tetapi, apa yang tercantum dalam Al-Quran belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Quran itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang mustahil berbohong. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari berbagai sisi ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan mengajarkan Al-Quran boleh mengajarkan fahaman terorisme.



Tidak sedikit manusia, termasuk yang mengaku Muslim yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka kacau dan mereka selalu menghadapai pelbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para penguasa negara mereka. Mereka masih saja menuntut: inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.




Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu akan membawa kepada kemunduran, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat, Adalah mustahil Allah menzalimi hamba-Nya.




Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia sedang menjalankan ajaran agamanya.




Namun, ketika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang selalu harus dicurigai, khususnya ketika masuk ke tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.



Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya dengan rapi, orang akan mengatakan bahawa Biarawati itu telah menghadiahkan dirinya untuk Tuhan-nya.



Namun, bila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terbelakang dan tidak sesuai dengan zaman, padahal mereka yang menuduh itu, para penganut fahaman demokrasi, yang katanya setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.



\Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja di luar kerana menjaga anak, menguruskan rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja di luar rumah demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suami, menguruskan kerja rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya dia dikongkong dan perlu dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki atau apa yang sering mereka katakan dengan kesaksamaan gender.

Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan pelbagai barang perhiasan dan pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.




Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya eksklusif dan berfikiran sempit tidak sesuai dengan peraturan dan paradigma kampus atau tempat kerja mereka.



Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah pembinaan bakat, kecerdasan dan kreativiti seorang kanak-kanak.




Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pola pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.



Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan keatas negara Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.




Akan tetapi, bila kaum Muslim melawan Yahudi atas nama pembebasan Palestin, atau melawan Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.



Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.



Namun, bila orang Palestina melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari penculikan dan pembunuhan oleh tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari dinoda oleh pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? kerana dia adalah seorang Muslim.


Bila anak-anak Yahudi diajarkan ilmu perang dan senjata automatik untuk membunuh kaum Muslimin di Palestin, maka akan menegatakan bahwa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri walaupun mereka adalah penceroboh.



Namun, bila anak Palestina belajar melemparkan batu menghadapi rejim Yahudi yang dilengkapi dengan tank dan senjata canggih yang menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka sebagai pelaku kejahatan yang pantas ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan belasan tahun.
Inilah sekelumit keajaiaban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita mendapatkan pelajaran yang baik sehingga dapat menentukan sikap yang benar, atau kita akan jatuh menjadi mangsa keajaiban akhir zaman? 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com