Monday, 3 February 2014

Fadhilat Surah Al Fatihah Yang Tidak Diketahui Ramai

1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking - Isi gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakan surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian, berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan. Racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa - Tulis surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain yang bersih lagi suci. Lalu tuangkan air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian beri minum kepada orang yang selalu pelupa.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit - Ambil sebaldi air lalu bacakan surah al Fatihah kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian, basuh kedua-dua tangan, kedua-dua kaki, muka, kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air tersebut. Penyakit yang dialami akan sembuh. Amalkanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata - Baca surah al Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian, usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Pesakit akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini. 

Kalau Hidup Sekadar Hidup, Babi Di Hutan Juga Hidup

"Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, 
kera di hutan juga bekerja"

Kata-kata Pak Hamka ini sangat menikam kalbu. Pada mereka yang hidupnya hanya sekadar hidup, tak tahu kenapa mereka diciptakan, atau tahu tapi tak melaksanakan tugas sebagai manusia yang sebenar, bolehlah dikatakan sebagai binatang yang disebutkan Pak Hamka di atas.

Juga, kalau hidup kita dari pagi ke petang bekerja mencari duit mata wang dunia, tanpa mengendahkan langsung untuk mencari pahala untuk mata wang akhirat untuk kita guna di akhirat kelak.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf, 7: 179 )

“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” (Al-Furqan, 25: 43-44)