Saturday, 1 February 2014

Bangla Ditetak Kerana Cuba Merogol

ALOR SETAR - Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah, di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah.

Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.

Sewaktu pergelutan, suami mangsa menetak lelaki tersebut pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Wanita berkenaan ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lepas.

Katanya sewaktu kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian. 

Lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas tiada orang di sekeliling rumah.

Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Bernama


Misteri Fenomena Kilat Menyambat Di Titik Yang Sama Beratus Tahun

Sebuah fenomena alam yang masih jadi misteri salah satunya yang berlaku di Venezuela  . Selama beratus-ratus tahun ada petir menyambar di titik yang sama di atas tasik Maracaibo .

Istimewanya , kilat itu pasti terjadi selama 160 hari dalam setahun dan berterusan selama 10 jam dalam semalaman . Penduduk  tempatan menyebut fenomena itu sebagai " rib a - ba " atau bermakna " sungai api di langit " . Petir itu pun warnanya boleh warna - warni , merah atau ungu , bergantung kelembapan cuaca .


Jumlah yang  ada 1.2 juta kali kilat dalam setahun yang jadi rekod terbanyak di dunia . Petir berkekuatan 40 ribu volts itu kelihatan hingga sejauh 250 batu sehingga kerap dijadikan penanda arah para nelayan  . Kini tarikan langit itu di kawasan 15 jam memandu dari Bogota , Colombia , sudah menjadi daya tarikan pelancong .

" Penduduk tempatan semua tidak menyedari kenapa petir menyambar setiap hari adalah perkara yang unik . Itu kan tidak berlaku di semua tempat di dunia , " kata Alan Highton , pemandu  pelancongan tempatan . " Mereka baru sedar itu unik setelah banyak yang sengaja datang untuk menonton . "

Belum ada penjelasan secara ilmiah mengenai " rib a - ba " ini meskipun banyak teori beredar . Beberapa penyelidik percaya bahawa petir tunggal tanpa henti berasal dari lapisan ozon Troposfera . Namun kejadian ini juga kadang berhenti tanpa amaran selama berbulan - bulan .

Terkahir kali petir berhenti menyambar pada Januari 2010 yang menjadi catatan paling lama sepanjang sejarah 104 tahun . Hal itupun membuat penduduk bimbang namun petir kembali 6 minggu kemudian dan berlaku seperti biasanya . Perkara yang sama hanya pernah terjadi pada 1906 setelah gempa besar menyebabkan tsunami yang menlanda Colombia dan Ecuador .




















http://zamrispoon.blogspot.com/2014/01/misteri-ratusan-petir-menyambar.html

Sebagai MB Selangor Anwar Boleh Hadir Persidangan Raja raja Melayu:Rafizi

Menurut Rafizi, "Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 


Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya. 


Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya.