Friday, 24 January 2014

Majlis Ulamak Yahudi

Yahudi adalah bangsa bagi sesuatu kaum, dikalangan mereka juga ada yang beragama Islam, Kristian, Komunis dan sebagainya. Namun, agama rasmi bagi umat Yahudi ialah Judais sepertimana bangsa Melayu amat sinonim dengan agama Islam walaupun ada dikalangan orang Melayu bukan beragama Islam.
Di dalam agama Judais, pembuat keputusan terhadap sesuatu fatwa Taurat ditentukan oleh suatu majlis rasmi yang dianggotai oleh para Rabbi (Gelaran kepada paderi Yahudi) seluruh dunia. Fatwa-fatwa yang diputuskan ini akan meliputi pelbagai aspek yang diamalkan dalam ajaran Nabi Ibrahim a.s. tidak lama dahulu.
Majlis yang bertanggungjawab membuat fatwa untuk seluruh masyarakat Yahudi dipanggil Chief Rabbinate Council (CRC). Di dalam CRC terdapat peringkat-peringkat jawatan yang dipilih secara undian oleh rabbi-rabbi dari seluruh dunia. Pemegang jawatan tertinggi CRC atau ketua bagi semua ulama Yahudi digelar sebagai Rishon L’Tzion.
Jawatan Rishon L’Tzion
Jawatan tertinggi ini dalam majlis ulama Yahudi ini dipilih melalui pilihanraya tertutup yang hanya diundi dikalangan rabbi-rabbi yang hadir. Pemegang jawatan Rishon L’Tzion berkuasa bagi menentukan fatwa untuk sebarang isu-isu yang berlaku didalam masyarakat Yahudi beragama Judais.
Namun begitu, jawatan ini bukanlah mudah untuk disandang, setiap calon yang bertanding untuk jawatan Rishon L’Tzion mesti mengambil ujian penulisan yang ketat. Ujian ini tidak dibuat sambil lewa tetapi dibina berasaskan sebuah kurikulum bersepadu (bukan KBSM) oleh rabbi-rabbi yang berpengalaman.
Sebelum mengambil ujian kelayakan itu, setiap calon mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu taurat di dalam bahasa Hebrew (bahasa rasmi Israel). Ini bermakna walaupun calon tersebut warga Brazil, ia hendaklah fasih berbahasa Hebrew.
Jika di dalam Islam, seseorang yang mahu bergelar ustaz wajib fasih berbahasa Arab dan mantap dari segi Nahu Sorof serta beberap ilmu asas lain seperti Fekah, Tauhid dan Tasawuf. Manakala agama Judais menetapkan bahasa Hebrew adalah wajib dipelajari disamping beberapa ilmu-ilmu lain.
Berikut ialah kitab-kitab yang perlu dihafal dan dikuasai oleh calon-calonRishon L’Tzion.
  • Bab Hichos Shabbos (8 kitab)
  • Bab Hilchos Niddah (4 kitab)
  • Bab Hilchos Issur V’Heter (3 kitab)
  • Bab Hilchos Mikvaos (1 kitab)
  • Bab Hilchos Eruvin (1 kitab)
  • Bab Hilchos Aveilus (1 kitab)
Perpecahan Suku Di Dalam CR C
Walaupun orang Yahudi pada dasarnya dilihat bersatu tetapi semangatasabiyah kaum tetap kuat dan menular sehingga ke dalam majlis ulama mereka iaitu Chief Rabbinate Council. Di dalam CRC sekarang, jawatan Rishon L’Tzion diwujudkan 2 kerusi iaitu untuk suku Ashkenazi dan suku Sephardi.
Memandangkan terdapat dua pemimpin dalam satu majlis peringkat antarabangsa maka berlaku juga beberapa perselisihan dari segi membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Dua jawatan dalam satu majlis ini telah wujud sejak sebelum penubuhan negara Israel lagi. Kedua-dua suku ini mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun menetap di negara yang sama.  
Pada masa sekarang, jawatan Rishon L’Tzion bagi suku Ashkenazi disandang oleh Rabbi Yona Metzger manakala suku Sephardi pula ialah Rabbi Shlomo Amar.
(Gambar) Dari kiri; Rabbi Shlomo Amar, Paderi Dr. William dan Rabbi Yonah Metzger
Kontroversi Rabbi Yona Metzger
Beliau yang dilahirkan pada 1953 adalah pemegang kuat fahaman Zionis dan pernah menang 2 anugerah melalui dua buah buku karangannya. Metzger banyak menulis doa-doa untuk dibaca di synagogue (kuil Yahudi) dan beliau amat terkenal sebagai orang yang banyak menulis.
Pada April 2005, Metzger bersama beberapa pertubuhan Islam dan Kristian bergabung untuk menentang pelancaran Festival Gay Sedunia yang dianjurkan oleh beberapa orang ternama. Walaupun Metzger kelihatan anti-homoseksual, beliau sendiri mempunyai masalah seksual yang kronik.
Pada 2005 juga, Metzger telah dituduh sebagai melakukan gangguan seksual yang teruk kepada seorang wanita dan juga meminta imbuhan secara haram bagi setiap upacara perkahwinan yang diuruskannya. Kes Metzger masih dalam perbicaraan hingga sekarang dan pendakwaan dibuat sendiri oleh Peguam Negara Israel iaitu Menachem Mazuz.
Perbezaan CRC dan Yahudi Ultra-Orthodoks
Walaupun ketua ulama Yahudi dilantik secara undian dari semua rabbi-rabbi seluruh dunia, Yahudi Ultra-Orthodoks adalah berkecuali dalam hal ini. Mereka tidak bersetuju dan tidak bersependapat dengan kelompok-kelompok rabbi di dalam Chief Rabbinate Council (CRC).
Mereka menganggap CRC adalah mainan golongan politik di Israel yang majoritinya dikuasai oleh penganut fahaman Zionis. Maka disebabkan itu, kita dapat melihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kelompok Ultra-Orthodoks seringkali bercanggah dan hanya diamalkan di Mea Sharim.
Ultra-Orthodoks dikenali sebagai kelompok Yahudi yang ekstrem dalam pengamalan ajaran-ajaran Taurat. Mereka agak tersisih dari kelompok Yahudi-Yahudi lain di Israel sehingga ada dikalangan mereka seringkali diejek hatta oleh masyarakat Yahudi sendiri.
Perbezaan paling ketara antara Ultra-Orthodoks dengan Yahudi lain ialah mereka tidak percayakan konsep Tuhan Zion yang dibawa oleh kelompok Ashkenazi dan Sephardi. Bagi mereka, Tuhan Zion adalah ideologi ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Taurat sebenar.
Peranan Lain Chief Rabbinate Council
Di antara peranan lain yang dimainkan oleh CRC ialah membuat keputusan bagi semua urusan-urusan;
  • Pengurusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian
  • Membincangkan undang-undang agama
  • Mengawal pentadbiran kuil-kuil
  • Mengurus selia Kottel (Tembok di sempadan Masjid Al-Aqsa)
  • Menentukan sambutan hari-hari suci Judais.
  • Menentukan takwim sembahyang kalender Hebrew
  • lain-lain yang berkaitan agama Judais.


Asal Usul Melayu

Malai bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.

63 Mati Kerana Cuaca Sejuk Di Thailand

- For the past 3 months, 63 person die over cold weather in 27 provinces in Thailand

- Most of those in Chiang Mai 

- The Ministry of Health foresee more deaths due to cold weather in Thailand

- Currently they are working with villages to educate villagers on precautions during cold weather

- Among which, eat well, drink 8 glasses of water, do not stay out, wear adequate clothing and do not consume alcohol

Today Chiang Mai temperature fell to -5'C



Satu Signal Dari UMNo Pahang Supaya Najib Berundur

Kalau bukan pasal Jawatan Dah Lama mereka tinggalkan umno. Sudah terang lagi bersuluh. Kejadian ini berlaku di negeri najib sendiri. 11 ketua pemuda bahagian di pahang tidak mahu ketua pemuda bahagian pekan iaitu bahagian najib sendiri menjadi ketua pemuda negeri Pahang.

Penolakan ini adalah satu signal kepada najib bahawa majoriti pemuda di pahang sudah tidak menghormati najib lagi. Rebutan jawatan didalam umno sudah lama berlaku dan ia lebih berkisar kepada mencari peluang perniagaan apabila menjawat jawatan didalam umno.

Ia juga adalah satu petanda bahawa usia pencen najib untuk menjadi perdana menteri sudah semakin hampir. Ramai kalangan pemerhati politik melihat ini adalah agenda perbuatan musuh politik najib di dalam umno sendiri untuk memalukan najib dan seterusnya mendesak najib untuk berundur.

Blogger blogger pro KJ dilihat bertali arus menyerang 11 ketua pemuda bahagian di pahang ini. Lihat blog mereka...

http://aktivispendangjr.blogspot.com/2014/01/panas-11-kp-umno-pahang-melampau.html?m=1

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2014/01/khairykj-baru-jadi-ketua-pemuda-dah-nak.html?m=1

http://daengselili.blogspot.com/2014/01/najibrazak-khairykj-azwanbro-11-pemuda.html?m=1

http://peluru-utara.blogspot.com/2014/01/yb-khairykj-kp-bera-dalang-di-sebalik.html?m=1

http://kedahkekl.blogspot.com/2014/01/hot-ketua-pemuda-bahagian-pahang-hina.html?m=1

http://kulaanniring.blogspot.com/2014/01/baru-jadi-ketua-pemuda-dah-tunjuk.html?m=1


Siapakah Imam Mahdi?

Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan lenyap dunia ini hingga Arab dikuasai oleh seseorang dari keluargaku yang namanya menyamai namaku. Dalam riwayat lain oleh Abu Daud: Namanya menyamai namaku dan nama bapanya menyamai nama bapaku (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
Terdapat 40 hadith tentang Imam Mahdi. Imam Mahdi tetap akan datangwalaupun sehari sebelum kiamat. Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas’ud dari pada Nabi SAW sabdanya:
Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”
Namanya Muhammad Bin Abdullah seperti nama nabi s.a.w. Imam Mahdi ialah keturunan Nabi dari cucunya Sayyidina Hassan (anak kepada Sayyidiana Ali dan Fatimah r.a.)
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah bersabda:
Mahdi itu dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya(mancung). Ia akan memerintah bumi dengan penuh kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah selama 7 tahunRiwayat Abu Daud.
Kisah Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj
Imam Mahdi akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Di situ beliau akan dikenali (sebelum itu semasa diperjalanan beliau tidak dikenali). Orang ramai di Mekah dan Madinah akan berbaiah dengannya. Beliau akan berjuang di Syria memimpin Islam melawan Kristian. Kristian mengatakan “Nabi Isa yang benar” manakala Islam mengatakan “Nabi Muhammad yang benar.
Imam Mahdi akan keluar dari Khurasan (samada di Iran atau di Afghan) manakala Dajjal keluar dari Iraq. Dajjal akan keluar setelah keluarnyaYa’juj dan Ma’juj.
Ya’juj dan Ma’juj ialah manusia dari keturunan Nabi Nuh iaitu anaknya yang bernama Yafis. Fizikalnya hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembokbagi mengepung mereka.
Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembokdi antara kami dengan mereka?
Ya’juj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:
Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Pada masa itu Imam Mahdi telah ada.
Semasa Dajjal keluar mengamuk, orang Islam sedang sembahyang Asar berjemaah di satu masjid di Damsyik, turun Imam yang diletakkan di menara masjid iaitu Nabi Isa. Imam Mahdi menyuruh Nabi Isa menjadi imam dan sebaliknya, berlaku tolak-menolak sehinggalah akhirnya Imam Mahdi menjadi imam sembahyang asar. Selesai sembahyang, Nabi Isa keluar mencari Dajjal.
Dajjal tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah. Tiap-tiap jalan pintu masuk ditunggu oleh malaikat. Dajjal tidak nampak kerana hanya bermata satu. Malaikat memusingkan Dajjal apabila ia menuju ke pintu masuk. Setelah Dajjal melihat Nabi Isa, ia berlari sekuat hatinya hingga akhirnyaNabi Isa akan membunuh Dajjal dengan lembing yang dibawanya dari langit.
“Ia memerintah selama 7 tahun“.
Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak dan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi s.a.w. (Sebelah maqam Rasulullah telah dikosongkan untuk Nabi Isa, penegak syariat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman)

Ahli ahli Freemason

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Telah diterangkan sebelum ini bahawa strategi Dajal adalah dengan memperbanyakkan pertubuhannya di sana-sini,satu untuk mengekalkan ia (survive) dan yang kedua untuk mengelirukan orang ramai.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).