Thursday, 23 January 2014

Malapetaka Apakah Datangnya Ini

Malapetaka apakah datangnya ini
Negara kalut riuh sekali
Hanya berebut satu kerusi
Kecohnya sampai keluar negeri

Malapetaka apakah berulang kini
Berebut kuasa tak hirau lagi
Habis di heret anak dan bini
Dipaksa keluar pergi mengundi

Malapetaka apakah yang mahu datang
Rakyat dan pemimpin asyik bergendang
Pantang berjumpa pasti meradang
Habis diungkit tak boleh dilarang

Malapetaka apakah ini semua
Hilang pertimbangan rakyat malaysia
Setiap pemimpin dianggap durjana
Pemberian pula dihina hina

Malapetaka apakah sedang menanti
Seluruh rakyat taksub berparti
Caci nista tak lekang di FB
Sudah menjadi makanan hati

Malapetaka apakah yang mahu dicari
Dulu raja kini menteri
Sejarah mula berulang kembali
Adakah tergadai negara lagi

Malapetaka apakah yang di seru
Pelusuk negara datang menjeru
Berkempen berfitnah bertalu talu
Kerana kuasa yang mahu diburu

Malapetaka apakah kini menjengah
Sanggup mengheret rakyat yang susah
Sedia bertempur pabila kalah
Nasib rakyat juga yang parah

Malapetaka kini sedang menjadi
Pemimpin masih leka bermimpi
Musuh sengaja bermain api
Kehancuran negara semakin pasti



Tanda Besar Kiamat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnyasepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
    • Asap,
    • Dajjal,
    • Binatang,
    • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
    • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
    • Yakjuj dan Makjuj,
    • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
    • sekali di barat dan
    • yang ketiga di Semenanjung Arab
    • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
      (H.R. Muslim)


      Illuminati n Freethinker

      Pergerakan Freethinker merupakan cabang paling radikal bagi salah satu Organisasi Pencerahan (The Enlightenment). Pengikutnya diberi nama Illuminati (tetapi mereka yang menggelarkan diri mereka “Perfectibilists”) – ditubuhkan pada 1 Mei 1776 di Ingolstadt (Upper Bavaria), oleh seorang Jesuit, Adam Weishaupt. 


      Kumpulan ini kini dikenali sebagai Illuminati Bavarian. Walaupun ia tidak dibenarkan beroperasi di sisi undang-undang, banyak intelektual berpengaruh dan ahli politik progresif mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan ini. Walaupun terdapat beberapa Freemason diketahui merupakan anggotanya, ia tidak dianggap bahawa Masonry mengiktirafnya. 


      Bicara Rakyat: Aku Mesti Jumpa Kiah Hari Ni Juga

      Leman dapat tawaran kerja di Ipoh. Punya la Leman seronok, dah bertahun Leman menganggur. Maklum la di kampong tempat leman ni mana la ada pekerjaan yang memerlukan SPM. kerja kerja kampong seperti mengail, berkebun dan lain kerja kampong semuanya tak perlukan kelulusan seperti leman. Malah kelayakan untuk kerja di kilang getah di pinggir kampong tu pun tak perlu tahu membaca dan menulis pun.

      Huh... bisik hati leman apabila memandang budak budak kilang yang keluar dari kilang bila mereka lalu didepan warong pak akob tempat leman mengeteh. Kenapa la mereka kerja kilang bergaji murah ni? Takder masa depan... rungut leman lagi.

      Aku mesti jumpa Kiah hari ni jugak, kata leman pada dirinya sendiri. Kiah ialah anak dara Pak Akob tokay warong tempat leman suka bergayut petang petang. Anak muda di kampong ni semuanya tergila gilakan Kiah. Warong Pak Akob ni penuhpun sebab mereka nak mengorat Kiah. Kiah seorang gadis yang cantik, malah yang paling cantik di Kampong Dusun. Kalau tengokkan muka Pak Akob memang takder siapa pun sangka yang Pak Akob ni ada anak perempuan secantik Kiah. Pak Akob kulitnya hitam legam dan bermuka bengis. Ramai yang kata kalau tengok muka pak Akob memang takder siapapun tergamak nak minum di warong tu.

      Tapi disebabkan Kiah maka ramai lah anak muda kampong dan orang orang tua yang nak menggatal menaruh harapan kepada Kiah. Tok Sidang Husin pun tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba. Pak Akob sebenarnya tahu semua tu tapi disebabkan mereka datang dan minum bergelas gelas Kopi Janda maka Pak Akob buat bodoh je. Lantak le demer nak ngorat, asalkan demer berhabis duit di warong aku ni... kekkekkek... mengekek Pak Akob gelak dalam hati.

      Tiba tiba Kiah menegur Leman. Nak minum apa bang? Tersentak leman dari lamunannya. Tergagap leman menjawab. Kkkkopi... Kiah. Kopi Kiah ke atau Kopi janda? tanya Kiah sambil tersenyum. Perhhhhhhh...... Bisa saja jantung Leman meletup bila melihat Kiah tersenyum gatal begitu.....

      Kiah.... Leman memanggil Kiah dengan suara lembut. Kali ni Kiah pula terduduk bila mendengar suara yang begitu lembut dan romantis. Terkejut pelanggan pelanggan lain bila tengok Kiah terguling guling jatuh. Apa halnya tu.... jerit Pak Akob dari belakang kedai. takder apa ayah... Kiah terjatuh, jerit Kiah pada ayahnya yang berada di dapur.

      Ya Man, baru Kiah dapat membalas panggilan Leman bila hatinya sudah tenang sedikit. Siapa yang tak kenal Leman. Leman ialah anak Tok Sidang Husin orang paling kaya di kampong Dusun ni. Malah leman juga adalah anak muda kampong yang paling hensem di Kampong ini. Semua anak gadis kampong tergila gilakan leman. Malah kak limah jadi gilapun disebabkan oleh Tok sidang husin menolak cintanya. kalau bapaknya hensem, apatah lagi anaknya yang bernama leman ni....

      Kiah... . sekali lagi dengan suara yang begitu romantis leman memanggil Kiah. Abang akan ke Ipoh esok untuk mula bekerja disana. Abang harap Kiah izinkan ya? Leha tertunduk dan setitik demi setitik airmatanya gugur ke tanah. Sambil mengangkat kepalanya dan terus merenung ke arah leman, Kiah terus berkata, Abang jangan lupakan Kiah ya kalau sampai di sana nanti.

      Tak Kiah, tak... abang takkan lupakan Kiah buat selama lamanya. Apa yang Kiah nak pesan kalau abang balik ke kampong nanti. insyaallah sebulan sekali abang balik la kampong untuk jumpa dengan Kiah.

      Kiah takder nak pesan apa apa pada abang, cuma Kiah nak pesan satu je pada abang.

      Apa dia Kiah...kata leman. Dalam hati Leman, Leman begitu pasti Kiah akan menyuruhnya meminang secepat mungkin.... yahoooooo..... jerit leman dalam hati.

      Cakap la Kiah desak Leman.

      Abang.... kata Kiah lagi.... Kiah cuma nak pesan janganlah abang lupa diri walaupun abang dah bekerja di Ipoh. Nanti tolonglah balik ke kampong bila waktu pilihanraya nanti. Pilihanraya mungkin tak lama je lagi. Bila abang balik tolonglah undi PAKATAN RAKYAT....

      Cerita ini dipetik daripada Fb dan dilakukan sedikit modifikasi agar sesuai dengan suasana dalam negara.

      Kenapa Pentadbiran Kristian Katolik Di Vatican City?

      Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?
      Sumber dari

      Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

      Kerajaan India Muslim

      Kerajaan Mughal merupakan salah satu warisan peradaban Islam di India. Keberadaan kerajaan ini telah menjadi motivasi kebangkitan baru bagi peradaban tua di benua India yang nyaris tenggelam. Sebagaimana diketahui, India adalah suatu wilayah tempat tumbuh dan berkembangnya peradaban Hindu. Dengan hadirnya Kerajaan Mughal, maka kejayaan India dengan peradaban Hindunya yang nyaris tenggelam, kembali muncul.

      Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Pada saat Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Akhirnya India pun perlahan-lahan bersentuhan dengan agama Islam. India yang sebelumnya berperadaban Hindu, sekarang semakin kaya dengan peradaban yang dipengaruhi Islam. Oleh sebab itu menjadi penting untuk menulis secara ringkas eksistensi Kerajaan Mughal di India yang beridentiti kan dengan Hindu.

      GILA!!! Tawar Seks Dari Rumah Ke Rumah

      KUALA TERENGGANU - Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah.

      Lebih memualkan, pekerjaan ‘lebih masa’ yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa ‘tutup mata’ dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya.

      Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.